10 Cara Atasi Sembelit Anak dan Orang Dewasa

Jika anak atau orang dewasa tidak membuang air besar selama 3 hari, bersedialah untuk berhadapan dengan sembelit yang teruk. Sembelit ini normal tapi jika dibiarkan anda akan mengalami kesakitan yang teruk terutama semasa meneran. Lubang dubur boleh koyak dan boleh menyebabkan buasir juga. 

Begitu juga anak- anak, jangan biarkan anak tidak membuang air besar lebih 3 hari terutama anak yang sudah makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, susu tepung dan sebagainya. Dibawah ada 10 cara mudah bagi atasi sembelit anak dengan segera.

1. Atasi sembelit dengan minum air kelapa

Air kelapa perlulah yang segar dari buahnya. Bukan yang dibeli dikedai yang ada tambahan gula. Seeloknya bagi anak setengah cawan – 1 cawan sebelum mula makan makanan berat yang lain.

2. Atasi sembelit dengan buah betik

Untuk anak atas 6 bulan yang belum ada gigi, boleh lenyek betik masak dan jadikan puri. Beri anak makan puri betik dulu sebelum beri bubur nasi atau susu botol.

makanan alami untuk sembelit
Buah betik masak

3. Atasi sembelit dengan minum banyak air putih

Walaupun anak minum susu tepung, anak haruslah diberi air putih juga. Anak usia 1- 3 tahun memerlukan antara 1 liter air putih setiap hari. Orang dewasa pula memerlukan paling minimum 3 liter sehari.

4. Balm/ Minyak Ubat

Selain makanan ada juga balm atau minyak ubat yang boleh melegakan sembelit dengan segera. bahan dalam balm atau minyak ubat ini perlulah mempunyai bahan yang bagus untuk perut seperti tangerine, serai dan bergamot. Pilihan saya ialah balm T-RUB dari tasneemnaturel. Sapu balm dan dengan sedikit urutan, ia mampu memberikan kesan segera pada perut. Boleh klik sini untuk dapatkan balm ini dengan segera.

ubat kembung bayi

5. Minum jus nanas

Sediakan buah nanas yang sudah masak, untuk atasi sembelit hanya perlu meminum jusnya sahaja, seratnya perlu ditapis dan dibuang. jadikan amalan 2 kali sehari untuk pembuangan air besar yang lancar. Untuk anak pula hati- hati beri jus nanas dibimbangi anak akan sakit perut dan cirit birit pula.

6. Amalkan minyak zaitun

Setiap malam sebelum tidur boleh minum 1 sudu minyak zaitun. Untuk anak kecil boleh juga beri minyak zaitun sesudu kecil setiap malam. Minyak zaitun akan rasa tidak sedap, tapi sangat membantu melancarkan penghadaman dalam tubuh. Najis jadi lembut dan mudah untuk kita membuang.

7. Kunyit

Kunyit boleh buat jus atau makan begitu sahaja. Antioksidan yang ada di dalam kunyit mampu menjaga dan melindungi usus. Selain itu jika rasa sakit kerana sembelit vitamin daripada kunyit boleh meredakan rasa sakit itu.

8. Jauhi makanan segera

Jangan amalkan makanan segera selalu walaupun hanya kentang goreng. Bahan pengawet dalam makanan segera memang boleh menyebabkan sembelit kerap berlaku.

9. Makan makanan yang banyak mengandungi prebiotik dan probiotik

Makanan yang mempunyai kandungan prebiotik yang tinggu ialah arabic gum, pisang, bawang dan bijirin. Manakala probiotik ialah yogurt, budu, dan makanan yang diperap seperti kimchi dan jeruk.

10. Bersenam

Senaman yang mudah ialah kayuh basikal. Untuk anak kecil boleh buat senaman gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal. Selain itu boleh mulakan aktiviti berjalan kaki selama 20 minit setiap hari.

1 thought on “10 Cara Atasi Sembelit Anak dan Orang Dewasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge