10 perkara tentang kulit bayi baru lahir yang patut anda tahu

10 perkara tentang kulit bayi baru lahir yang patut anda tahu

Apabila diberi peluang skin to skin dengan bayi sendiri selesai melahirkan, kita dapat merasakan segala kesakitan semasa kontraksi, 7 jam dalam labor room terutama anak sulong hilang begitu sahaja. Apa di dunia hadapan ialah menjaga, mendidik dan mengasuh anak dengan sebaiknya.

Masih Ibu ingat selepas melahirkan anak ke2 Ibu, Ibu ditempatkan di wad biasa wanita kerana wad bersalin tengah diubah suai. Ikhwan dilahirkan jam 4.30 pagi, jam 8 pagi sudah ditempatkan di wad biasa bersama Ibu. Wad biasa tiada penghawa dingin, pesakit pula ramai sehingga terdapat tambahan katil.

cara menghilangkan ruam bayi

Menjelang jam 1 tengahari, keadaan bertambah panas dengan kebanjiran pelawat ke dalam wad. Ikhwan sudah tidak selesa lagi, bila buka kain yang membalutnya, ruam telah banyak terdapat di leher, atas dahi dan bahagian pelipat siku. Tanpa berlengah abah ikhwan meminta supaya kami balik ke rumah hari itu juga, demi mengelakkan keadaan kulit ikhwan bertambah teruk.

Walaupun dirumah tiada juga penghawa dingin, namun Ikhwan tak akan berpanas peluh di wad yang penuh dengan manusia. Kulit bayi sangat sensitif kan? Selain ruam banyak lagi perkara yang berkaitan dengan kulit bayi yang perlu ibu- ibu semua tahu.

Bila kita tahu apa yang normal, apa yang tak normal boleh la kita membuat persiapan yang sepatutnya. Mari lihat apa 10 perkara berkaitan kulit bayi yang patut anda tahu.

1. Terdedah kepada ruam

Kebanyakkan bayi yang baru lahir akan ditumbuhi ruam. Namun ruam ini tidak membahayakan dan akan hilang sendiri. Memang diakui menjaga kulit bayi sedikit rumit. Oleh sebab itu kita perlu mengetahui tahap tahap masalah kulit si manja sama ada ia boleh dirawat dirumah atau memerlukan perubatan dan cara mengelakkan dari mendapat masalah tersebut.

2. Ruam lampin

ruam-lampin

Jika bayi mempunyai kulit kemerah- merahan di sekitar punggung, pelipatan peha dan alat sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin terlalu ketat, lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau alah kepada sabun, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia yang terlalu kuat. Sediaan krim ruam yang semulajadi di rumah.

3. Jerawat dan bintik putih

jerawat-pada-bayi

Jerawat pada bayi ada kaitan dengan yis, bukan sebab minyak terkumpul macam kita orang dewasa. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu.

4. Tanda lahir

tanda-lahir

Satu daripada sepuluh orang bayi mempunyai tanda lahir. Lazimnya tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.

5. Kulit kering

kulit-bayi-mengelupas

Bayi yang dilahirkan overdue biasanya akan mengalami kulit kering dan mengelupas. Kulit asas yang terletak dibawah kulit yang mengelupas itu adalah sihat, lembut dan lembap.

6. Kepala berkerak

cara-hilangkan-kerak-bayi

Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya akan hilang pada tahun pertama. Bahasa perubatannya dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan lebihan minyak dan muncul sebagai kulit bersisik, berlilin, ruam pada kulit kepala, sisi hidung atau belakang telinga.

7. Ruam panas

Ruam panas ialah biji kecil kemerahan. Ia biasanya muncul pada bahagian badan bayi yang biasa berpeluh seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada pelipatan kulit. Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut ke persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan memakaikan bayi baju dari material kain kapas.

8. Masa mandi

Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga hingga 5 minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain dengan air sabun. Cara mengeringkan bayi adalah dengan tepuk kering, bukan menggosok kerana menggosok akan menanggalkan kelembapan semulajadi kulit.

9. Milia

keputihan-pada-muka-bayi

Satu daripada 2 orang bayi mempunyai lebam keputihan. Ia biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kalenjar minyak. Tidak perlu rawatan, kerana milia akan hilang sendiri.

10. Produk penjagaan bayi

Gunakan detergen yang lembut untuk mencuci bayi anda. Sebaik- baiknya ialah daripada bahan semulajadi yang rendah bahan kimia atau tanpa bahan kimia lansung.

2 Comments

Add Your Comment

CommentLuv badge