10 Petua nenek ketika berpantang yang patut generasi muda tahu

Assalammualaikum WBT ibu- ibu hebat semua..

Sakit selepas bersalin tidak sepatutnya diambil ringan dan dibiarkan begitu sahaja. Ramai wanita tidak menghiraukan kesihatan mereka selepas bersalin kerana memikirkan keadaan sudah selamat setelah melahirkan anak. Pendapat sebegini harus dielakkan dan berbahaya kepada kesihatan anda. Kebiasaannya selepas bersalin, wanita akan mengalami beberapa masalah umum yang tidak sepatutnya diambil ringan. Mari Ibu huraikan setiap permasalahan dan petua untuk mengatasinya mengikut petua nenek atau orang- orang lama.

1. Sakit atau pening kepala

petua nenek

Ada beberapa sebab penyebab kepada sakit atau pening kepala ini. Antaranya ialah kurang tidur kerana menyusu bayi, kesan selepas bersalin atau suhu badan yang turun naik. Jika kurang tidur anda boleh gunakan petua nenek ini. Ambil buah limau nipis atau limau kasturi, potong ia dan basahkan ke kulit kepala,biarkan sehingga kering kemudian baru di cuci. Lakukan sebelum mandi pagi. Ibu biasanya akan buat ini sebelum bertungku. Selesai bertungku air limau nipis tadi dah kering dan boleh terus mandi.

Jika sakit kepala kerana suhu badan, ikat rambut anda ketat- ketat dan tinggi- tinggi. Cara demikian menyebabkan muka anda turut tegang dan dapat menghindarkan sakit kepala.

2. Rasa letih dan lemah

Keadaan ini pasti dirasai oleh ibu bersalin kerana telah menggunakan banyak tenaga semasa bersalin, menyusu dan menjaga anak. Oleh sebab itu, para ibu bersalin  dinasihatkan banyak berehat, makan suplemen selepas berpantang atau jamu, makan dan minum dengan secukupnya. Anda juga perlu berurut untuk melegakan ketegangan, dapatkan tidur yang mencukupi serta lain -lain penjagaan kesihatan.

3. Bengkak mata

Ibu yang kurang tidur kerana sering berjaga malam bagi melayan ragam anak yang baru lahir akan memberi kesan pada diri terutama bengkak pada bawah mata. Untuk menghilangkan kesan itu, sapu kulit limau nipis atau kulit timun pada bawah mata, setelah itu baru dicuci. Petua nenek pula ialah gunakan bahagian dalam kulit telur dengan cara mengambil lendirnya dan sapu pada bawah mata yang bermasalah itu.

4. Muka pucat

Ibu yang selepas bersalin akan mengalami muka pucat dan kusam. Petua nenek senang je, gunakan bedak ramuan istimewa. Ambil secawan beras dan 1 inci kunyit, dibersih dan dikisar atau ditumbuk dengan lumat. Kemudian dibancuh dengan air suam sehingga ia menjadi pekat seperti bedak sejuk. Amalkan sapu 2 kali sehari pada muka dan leher, inshaAllah muka tidak pucat atau kusam lagi.

Anda juga boleh makan nasi berulamkan kunyit muda. Ulam kunyit bukan sahaja baik untuk mengelakkan wajah pucat, bahkan kulit muka akan kemerah merahan.

5. Gatal vagina

Sekiranya para ibu kurang menjaga kebersihan, kemungkinan akan dijangkiti gatal gatal pada vagina yang luka. Bagi mengatasi gatal -gatal pada vagina, nenek sarankan petua berikut:

ramuan:

  • daun sireh 7 helai
  • asam jawa sebesar ibu jari kaki
  • rebus ramuan dengan dua gelas air hingga mendidih. Kemudian cuci vagina menggunakan air suam rebusan tersebut. Amalkan setiap kali selepas kencing atau selepas menukar pad.
  • cara mengatasi gatal pada faraj

6. Sakit payudara

Sakit payudara akibat bengkak susu memang menyakitkan. Si ibu pula mungkin akan diserang demam atau buah dada menjadi keras. Cara senang mengatasi bengkak buah dada ialah dengan menuam tempat bengkak dengan tuala yang telah direndam dengan air suam. Petua nenek ialah mengambil sarang tebuan tanah iaitu sarang yang dibuat dari tanah dan campurkan dengan air asam jawa dan air. Setelah itu sapukan pada buah dada beberapa kali sehingga hilang rasa sakit.

7. Air susu kering

Ada banyak cara untuk mengatasi masalah ini seperti gunakan milkbooster semulajadi. Petua nenek pula ialah minum air lobak putih yang dicampur dengan segelas air suam. Minum air lobak itu 2 kali sehari. Petua lain makan ulam pucuk kaduk yang direbus.

8. Rahim mengembang dan longgar

Selain bertungku, bersalai dan memakan jamu atau suplemen, ada cara lain yang dipetuakan oleh nenek iaitu ambil 2 atau 3 biji buah manjakani. Rendam dalam air panas sehingga lembut. Kemudian gentel halus kira kira sebesar biji kacang dan telan. Amalkan pagi dan petang. Selain makan buah manjakani juga boleh ditumbuk lumat dan bancuh dengan air dan sapu pada ari- ari sehingga sekeliling bahagian belakang dari pinggang hingga ke punggung.

9. Perut mengendur

Untuk mengempiskan perut petua nenek ialah tumbuk sehingga lumat dua sudu besar lada hitam. Campur dengan ragi tapai dan kemudian digaul pula dengan cuka dan sedikit air asam jawa. Setelah semuanya sebati sapukan dada perut dan pinggang kemudian balutlah dengan bengkung. Amalkan setiap pagi selepas bertungku.

10. Bisa ari ari

Jika ibu- ibu merasa sakit pada ari -ari selepas bersalin, amalkan meminum air panas sebaik sahaja merasa sakit. Sebaiknya campurkan sedikit dengan madu asli. Air panas dapat memecah angin dan mencairkan darah beku. Dapatkan set bersalin yang mampu memberi tenaga untuk berdepan dengan semua masalah ini.

Bayi yang comel adalah pengubat dan penawar kepada ibu melupakan kesakitan yang dialaminya ketika bersalin. Laluilah kesakitan itu dengan penuh kesabaran dan tawakal kepada Allah SWT. Semoaga anak yang telah lahir itu menjadi penyejuk mata, penenang di hati kita semua.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

4 Comments
  • Qider
    July 8, 2015

    Saya juga mengamalkan air sireh tu, buat minum dan buat basuh di kawasan vagina. memang rasa harum, segar dan tak gatal-gatal.

    • Pn Aminah Hussain
      July 9, 2015

      saya juga amalkan.lagi bagus dari pencuci yang katanya ekstrak sireh tu, tapi ada chemical semua. memang ada chemical la kalau dah berbuih kan

  • Aniey Yusoff
    July 17, 2015

    Petua org lama2 yang kita tingglkan kan..

    tq for info ^^ boleh jd rujukan ni 🙂

  • Dila
    August 31, 2017

    menarik tips orang lama nih,
    Dila menulis…Rawat Resdung Kalau Takut Risiko Jangkitan OtakMy Profile

Produk Kami

Previous
Amalan mudah bersalin supaya anda tidak trauma lagi untuk mengandung
10 Petua nenek ketika berpantang yang patut generasi muda tahu

0
Your Cart