10 sebab kenapa tidak boleh give up dengan shaklee

10 sebab kenapa tidak boleh give up dengan shaklee

Tajuk ini ditujukan khas buat semua SID baru dan yang baru- baru nak berbisness online. Saya juga hampir 2 tahun menjadi SID dan masih lagi bertaraf distributor biasa, belum naik ranking supervisor dan ke atas. Sesetengah SID yang mana sudah setahun atau 2 tahun biasanya kalau belum naik ranking mesti akan lemah semangat untuk buat shaklee.

Ini yang saya rasa apabila pada april lalu, 2 orang sideline saya naik ranking supervisor. Semenjak itu saya lemah semangat, masa banyak fokus pada bisness buku dan alat bantuan mengajar kanak- kanak. Namun 2 bulan fokus pada buku, masa saya banyak pula dihabiskan dengan menjawab PM customer. Yelah, apabila guna FB Ads, kena jawab terus, nanti customer lari. Saya kehilangan sesuatu di situ.

Screenshot_2013-06-06-11-52-47-1

Setelah di selidiki balik dan membaca kisah- kisah SID yang berjaya, akhirnya saya membuat keputusan untuk terus bersama shaklee, berusaha lagi untuk membantu orang lain supaya lebih sihat dan gembira. Lagi bersemangat apabila mendapat semua ini dengan berbisnes online.

1. Hubungan kita dengan Allah tidak akan putus

Jujur saya akui, inilah perkata pertama yang saya tertarik semasa join shaklee setahun yang lepas. Di dalam master ceklist ada solat sunat, dan zikir- zikir yang wajib dibuat. Siapkan dalam masa 1 hari dan table masterceklist akan penuh tanpa lubang- lubang. Tiada masa sangat untuk scroll fb, bersembang di whatapp atau mengumpat di wall orang lain.

2. Semuanya berjadual

Mentor dah ajar buat jadual. Bukan hanya jadual dalam shaklee, jadual dalam melakukan kerja rumah. Jadual untuk homeschooling anak, jadual bila nak update blog, bila nak update status dan sebagainya. Hidup penuh disiplin dan teratur, Insha Allah tiada apa yang kurang. Suami tidak terabai, anak juga tidak berbusuk hancing kencing.

3. Dah lama tak makan ubat

Ini yang paling saya suka. Semenjak bershaklee, ilmu saya mengenai suplemen dan ubat semakin banyak. Mata ini dah terbuka melihat buruknya kesan jika selalu menggunakan ubat. Ubat itu ada dadah! Dulu anak demam sikit terus bawa jumpa doktor, seperti biasa paracetamol dan antibiotik diberi pada anak. Anak cepat baik, tapi kesan jangka masa panjangnya? Nauzubillah

Dengan ilmu yang ada, kawal dulu suhu anak guna cara alami. Lemon, madu, habatussauda, vit c, al manna semua digunakan. Pantau suhu anak, jerlum selalu kepalanya, perhatikan juga tanda- tanda yang lain. Selepas 3 hari jika masih 39 degree, barulah bawa anak ke klinik.

4. Bonus beribu

Sesiapa pun bila berbines mahukan bonus atau income yang stabil. Anda boleh dapat semua ni daripada shaklee. Cuma rajin dengan tidak aje. Lagipun usaha kita nak dapat beribu tu, shaklee yang bayar. Bukan kita goyang kaki terima hasil jualan downline kita atau dapat percentage daripada bonus downline kita yang menjual.

Shaklee turut memberi car bonus pada sid yang layak. Tak perlu kereta yang mahal- mahal dan show off. Cukup hanya kita tahu kita tak perlu berhutang dengan bank untuk mendapatkan sebuah kereta proton ke, kereta nissan ke, BMW sekalipun. Tidak BERHUTANG!

financial-freedom

5. Ada blog sendiri

Shaklee menemukan saya dengan bloger- bloger terkenal di Malaysia. Kebanyakkannya ditemukan di alam maya, di facebook, di group blogger dan dengar suara mereka di webinar. Siapa tak kenal team denaihati dan saya adalah salah seorang yang bertuah kerana sempat personal coaching dengan blogger eizil.com di Perlis ni.

Blog adalah kedai, kedai yang boleh saya katakan kekal bertahun- tahun walaupun kita sudah mati ketika itu. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, selain berjumpa doktor, dia akan google apa kesan, apa punca penyakitnya dan disinilah dia akn menjumpai blog kita yang telah kita terangkan pasal penyakit ini walaupun itu tulisan kita yang 5 tahun lepas. Nampak x sejauh mana kekalnya ‘kedai’ kita ni.

6. Ukhuwah sesama islam

Ini yang paling disukai. Kekadang life seorang surirumah ini boleh dikatakan tiada kawan. Seperti saya yang hidup di kampung, rumah jiran juga sangat jarak- jarak. Kawan- kawan sebaya semua keluar bekerja, yang ada cuma makcik- makcik kampung yang sesekali dijumpai waktu rewang kenduri kahwin. Namun dengan kewujudan network sendiri yang berkembang, saya boleh bersembang, bertadarus, mengaji bersama- sama ‘anak- anak’ downline yang berada jauh- jauh. Pelbagai tips turut dikongsi terutama perihal anak dan paling penting, resepi makan juga akan dikongsi.

8. WAHM

Surirumah yang ada income sendiri. Wah ini title yang di cari semasa perbincangan dengan suami yang tidak membenarkan saya bekerja supaya dapat memberi tumpuan kepada 2 cahayamata kami dan mak dan ayah mertua yang sudah berumur. Sambil masak kat anak dengan mak ayah, dah terfikir nak iklan apa hari ni, nak menulis pasal apa. Siap aje sesi belajar dengan anak ambil masa 1 jam untuk menulis, update status dan sebagainya, sambil tu boleh jeling- jeling anak juga. Hati mak ayah pun terjaga.

9. Jadi leader/ mentor

Cita- cita saya dulu nak jadi pensyarah atau guru. Sebabnya nak tinggalkan ilmu sebagai amal jariah yang dapat menolong kita di akhirat kelak. Tapi menulis, mengajar downline dari A sampai Z ilmu bisnes pun boleh dikategorikan sebagai guru juga. Bezanya ianya tidak bergaji dan anak muridnya berada di alam maya sahaja.

10. Motivasi

Dalam group besar juga, ada contest yang selalu dibuat oleh upline untuk berjuang melawan sifat malas dalam diri. Motivasi mengenai kehidupan, anak- anak, ragam customer semua dikongsikan. Mana yang baik jadikan tauladan, mana yang buruk jadikan sempadan. 

Jutawan-Shaklee

Pendek kata tidak rugi join shaklee untuk lebih kebaikkan. Berubah menjadi seorang yang pasif kepada aktif, berilmu dan berakhlak mulia. Jangan give up jika anda seorang SID macam saya!

Nak join bisnes yang best ni? Sila hubungi saya sebagai SID anda

Puan Aminah Hussain

SMS@whatapps : 0175082443 

email : ibudoakan99@gmail.com

COD : perlis, jitra, changlun, uum

Add Your Comment

CommentLuv badge