2 Tahun Usia Kemerdekaan

“Sudah 2 tahun anak Ibu”.

Bisik saya bersendirian apabila melihat telatah Iman ketika usianya memasuki 2 tahun. Semua hendak disentuhnya dan ingin dilakukan sendiri. Orang ke dapur, dia ke dapur, neneknya menyapu, dia pun sama menyapu.

tips-mengajar-anak-2-tahun

Baju hendak dibuka sendiri, makan juga hendak disuap sendiri walaupun banyak bersepah atas lantai dari masuk ke dalam mulut. Terhibur juga rasa hati ini walaupun tersangat penat apabila nasi bertaburan, air berlimpahan.

“Besar nanti boleh tolong ibu ye abg…”

Ungkapan ini merangkap doa agar anak berkekalan dalam mood positif untuk menolong sehingga usia dewasa. Menginjak ke usia 2 tahun, anak sudah mula mahu berdikari. Semua yang dilakukannya ingin dibuat sendiri.

Jika dilarang, siap la untuk mengadap tangisan protesnya. Usia untuk menerokai alam sekeliling sudah bermula. Apa yang perlu kita sebagai ibubapa perlu lakukan? Adakah melarang semua indakannya akan membantu tumbesaran minda dan sosialnya?

Anak yang sedang berkembang ini jangan disekat perkembangannya. ia akan mendatangkan kesan kepada proses pembelajaran dan pembinaan tasawur kehidupan. Tasawur ini penting sebagai panduan kepadanya menghadapi dunia.

Analoginya, jika kita sampai di suatu kawasan yang baru, pasti kita teruja untuk mengetahui apa yang ada di situ. Begitu juga dengan anak, mereka sangat teruja untuk mengetahui apa yang ada dihadapannya. Jangan disekat rasa ingin tahu ini, jika disekat anda seperti memotong akal anak- anak syurga kita.

Usia 2 tahun sangat sesuai untuk kita terapkan perkara- perkara asas yang mudah. Contohnya setiap kali hendak tidur, bacakan bersamanya doa tidur. Bacakan dengan jelas dan minta anak mengikut apa yang kita baca. Setiap kali masuk rumah, amalkan dengan memberi salam dan gunakan cara yang sama, ajar anak mengikuti kita perlahan- lahan.

Perkara- perkara begini memang nampak kecil, namun ianya dapat membantu anak- anak membina persekitaran agama dalam hidupnya. Di usia begini otaknya seperti span yang menyerap semua perkara yang akan menjadi tunjang dalam kehidupannya kelak.

Namun tidak pula bermaksud kita hanya membenarkan semua perbuatannya. Anak- anak juga perlu diberitahu dengan adab dan peraturan. Contohnya beritahu mereka supaya jangan sakiti adiknya, bila perlu berhenti bermain dan masuk ke dalam rumah, bila untuk tidur, kemas semula mainan selepas selesai bermain dan pelbagai lagi.

tips-anak-rajin

Nampak macam mustahil kan? Namun jika dilatih dari usia ini mereka akan menurutinya dengan baik. Tetapi ibubapa jangan harapkan anak melakukannya dengan sempurna. Mungkin mainan akan dikemaskan, tetapi tidak semua. Jadi kita semua perlu melakukan perkara mengemas itu sekali denagn anak- anak.

Libatkan anak dalam kerja- kerja ringkas dirumah seperti cuci kereta, lipat baju, susun baju, mengangkat barang- barang ringan dan mengemas rumah. Jangan lupa berikan anak pujian setiap kali dia menyelesaikan tugasnya walaupun tidak sempurna. Ini amat menbantu si kecil mengetahui bahawa yang dilakukannya itu perkara yang sangat baik dan wajar dilakukan.

Berilah peluang kepada anak syurga kita memenuhi kehendak dirinya untuk berdikari tetapi dengan kawalan dan seliaan ibubapa dan penjaga. Peraturan, adab dan nilai- nilai agama boleh menjadi landasan untuk membimbing dan mendorong anak ke arah pembentukkan insan soleh dan solehah. Insha Allah…

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Awas! Amaran Kencing Manis Tahap 1
2 Tahun Usia Kemerdekaan

0
Your Cart