5 makanan yang boleh menganggu mood anak

Seringkali gula menjadi satu- satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan anak- anak aktif dan sukar di kawal. Namun tahukah anda, makanan lain juga memberikan kesan buruk kepada kelakuan anak- anak syurga kita. Antaranya ialah :

Produk tenusu

produk-tenusu

Bagi simanja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.

Pewarna tiruan

pewarna-makanan

Tidak ramai yang tahu pewarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactive dan perubahan tabiat. Kebanyakkan ibubapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata- mata. Hati- hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti, susu kultur dan biskut.

Gula

bahaya-gula

Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang seperti diabetis, obesiti dan sebagainya.

Bahan pengawet

msg-dalam-makanan

Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur pada anak.

Bahan pengawet seperti formalin, kalsium benzoat, sulfur dioksida, kalium asetat, asam sorbat digunakan secara meluas terutama dalam makanan ringan kanak- kanak. Jadi ibu- ibu tolong bagi perhatian pada apa yang anak anda makan.

Bahan perasa

Jika anak anda suka makanan ringan, fast food maka kemungkinan besar anak anda telah memakan sejumlah MSG yang tinggi. MSG, atau monosodium glutamat adalah penyedap makanan yang telah digunakan di seluruh dunia. Namun, mengambil MSG dalam jumlah berlebihan dapat merosakkan kesihatan anak anda. Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactive kepada kanak kanak.

Jadi pastikan setiap makanan yang dimakan oleh anak tidak mengandungi 5 item di atas dengan kerap. Kurangkan atau tidak diberi lansung lagi bagus. Bertukarlah kepada snek sihat dan kalau boleh biarlah homemade oleh ibu tersayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge