5 Petua Popular Mandian Untuk Anak Demam, Batuk Dan Selsema

Dari zaman dahulu lagi jika anak demam, mak atau nenek kita akan beri pelbagai petua untuk menurunkan suhu anak selain daripada ubat yang diberi oleh klinik. Berikut adalah antara petua paling popular yang melibatkan mandian atau air jerlum. Ianya masih kekal popular dari dulu sampai zaman sekarang.

Jerlum anak dengan air asam jawa

Tidak diketahui sejauh mana keberkesanan petua ini, tapi inilah yang selalu dibuat oleh mak saya sendiri. Demam je terus ramas asam jawa dengan air suam. Terus dilumurkan ke satu badan saya dan adik beradik lain yang demam. Mungkin faktor susah dapat ubat tahun 1980 an dulu, menyebabkan mak kami menggunakan petua traditional ini dahulu. Jika demam berlarutan barulah mak rujuk kami pada klinik yang jaraknya hampir setengah jam dari rumah kami dalam felda.

Mandi dengan air perahan lemon

mandian lemon

Ini petua paling popular dari dulu sampai sekarang. Lemon dihiris nipis- nipis dan diperah ke dalam air suam. Rendamkan anak dalam air suam tersebut. Ini kerana vitamin C daripada buah lemon dipercayai dapat menurunkan suhu badan anak. Disamping itu apabila anak tersumbat hidung, lemon juga mampu mencairkan kahak dan melegakan hidung tersumbat.

Mandi air daun inai

Petua ini amat popular di negeri utara tanahair. Daun inai diambil sekali batangnya. Kemudian dibersihkan daripada semut atau kotoran. Kemudian direbus dalam periuk besar sampai air berubah menjadi perang pekat. Biarkan air sehingga suam kemudian mandikan anak tanpa bilas dengan air lain.

Daun bunga raya

Petua ini juga biasa digunapakai oleh nenek moyang kita zaman dulu juga. 1 malaysia biasa pakai yang ni disebabkan dulu kita ada banyak pokok bunga raya yang ditanam di keliling rumah.Selain sebagai hiasan laman rumah, daunnya juga berguna untuk digunakan ketika anak demam. Daunnya diramas sehingga keluar lendir dalam air sejuk. Kemudian guna air lendir tersebut untuk dilap pada badan anak, celah ketiak dan celah peha untuk turunkan suhu badan anak.

Epsom Salt

Petua ini biasa dikongsi daripada emak era moden ini. Rendamkan anak dengan air garam atau magnesium sulphate. Jenama yang biasa guna ialah Epsom salt. Caranya sama juga dengan lemon tadi, ambil 3 sudu epsom salt dan larutkan bersama air suam. Kemudian rendam anak di dalam air tersebut selama 10 hingga 15 minit. Keluarkan anak dari tempat mandi tanpa bilas.Selain dari berfungsi untuk menurunkan suhu anak, air garam ini dipercayai juga dapat merilekkan saraf anak yang menegang sebab kurang sihat tadi.

Mandian Tasneem

mandian anak selesema

Pada era moden ini, banyak petua lama dikomersialkan demi memudahkan ibu dan ayah yang sibuk. Ibu dan ayah tidak perlu lagi membuang masa dengan menyediakan bahan dan merebus itu ini.

Tasneem antara jenama bayi dan kanak- kanak yang dipercayai ibu ayah di Malaysia mempunyai mandian CF Bath untuk membantu menurunkan suhu demam. Mencairkan kahak serta melegakan batuk. Essential oil dalam mandian ini ada lemon, orange, tea tree, cypress dan frankinsence yang mana semua ini menyumbang kepada penuruhan suhu secara alami.

Boleh terus klik whatapp dibawah untuk order mandian Tasneem.

Apapun petua yang kita gunakan pastikan suhu badan anak sentiasa dipantau. Sediakan termometer suhu yang boleh digunakan pada bila- bila masa sahaja. Suhu badan anak jangan melebihi 39 degree dan jangan melebihi 3 hari demamnya. Batuk dan selsema biasa ambil masa sikit untuk sembuh sepenuhnya.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Anak Sukar Tidur, Suka Menangis dan Berjaga Malam
5 Petua Popular Mandian Untuk Anak Demam, Batuk Dan Selsema

1
Your Cart