9 cara menerima kelahiran bayi cara islam

Mendapat cahaya mata adalah perkara yang paling mengujakan dalam hidup seseorang. Baik suami mahupun isteri, ia adalah penyambung keturunan kita di dunia dan menjadi bekalan di akhirat kelak. Bayi yang dilahirkan adalah sesuci kain putih dan terdapat cara bagi menyambut kelahran secara islam. Ini adalah sunnah dan sunat dibuat untuk menjaga kesucian bayi dan keturunan kita.

1. Azan

azan-bayi

Apabila anak itu lahir, perkara pertama ialah hendaklah mengazankan anak pada telinga kanan bayi dan iqamat pada telinga kirinya. Sabda Nabi SAW sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri, maka bayi tersebut akan dijauhkan daripada gangguan syaitan.

2. Sujud syukur

Suami disunatkan melakukan sujud syukur sebaik sahaja anak telah keluar daripada rahim ibu sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan perbanyakkan zikir dengan menyebut Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahhuakbar.

3. Hebahkan berita gembira

Bayi yang selamat dilahirkan perlu diberitahu kepada orang sekelilingnya termasuk ahli keluarga, rakan- rakan dan jiran tetangga . Ia bertujuan untuk memberitahu kepada kenalan dan rakan- rakan yang kita sangat gembira menerima amanah daripada Allah. Bagi individu yang menerima berita kehadiran bayi adalah sunat baginya mengucapkan tahniah sambil mendoakan kebaikan ibu dan bayi.

4. Tahnik

bertahnik

Tahnik atau lebih dikenali sebagai belah mulut hendaklah dilakukan pada bayi baru lahir. Caranya ialah mengambil sedikit kurma atau manisan pada jari telunjuk lalu dimasukkan ke dalam mulut bayi lalu digerakkan perlahan- lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi sehingga ke rongga tekak bayi. Amalan ini secara tidak lansung mampu menguatkan sarat- saraf yang terdapat dalam mulut bayi.

5. Nama anak

Setelah mengambil keputusan memilih nama yang disediakan, dapatkan nasihat daripada yang arif dahulu berkaitan makna dan sebutan. Seeloknya nama yang dipilih diistiharkan pada hari ke tujuh dan semasa melakukan akikah jika mampu.

6. Cukur rambut

cukur-kepala-bayi

Amalan ini dilakukan pada bayi baru lahir dengan mencukur rambutnya. Amalan ini digalakkan selepas tujuh hari kelahiran bayi. Manakala disunatkan bersedekah dengan perak mengikut timbangan rambut yang dicukur kepada bayi miskin atau orang yang kurang berkemampuan.

7. Akikah

Akikah adalah majlis meraikan kelahiran bayi dengan tujuan untuk memberitahu kepada orang ramai kelahiran bayi ini. Majlis ini juga diharap dapat mengeratkan hubungan sesama jiran, saudara mara dan keluarga. Lazimnya 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan. Sunnah ini adalah hanya bagi yang mampu, jika tidak mampu tangguhlah ia sehingga mampu kelak.

8. Berkhatan

Ibubapa disunatkan mengkhatankan anaknya baik lelaki ataupun perempuan. Sunnah dikhatankan bayi pada hari ketujuh kelahiran untuk kebersihan dan mencegah penyakit seksual. Menjadi sunat untuk bayi perempuan dan satu kewajiban bagi bayi lelaki.

9. Berdoa

doa anak baru lahir

Hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibubapa untuk anaknya. Berdoalah memohon keberkatan untuk anak dan memohon perlindungan anak dari godaan syaitan.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1 Comment
  • Fendy
    February 5, 2019

    As Assalamu ‘alaikum
    bayi perempuan di perlu di Azan atau Iqamat sahaja sudah memadai?

Produk Kami

Previous
50 ayat positif yang perlu diucapkan pada anak
9 cara menerima kelahiran bayi cara islam

0
Your Cart