Abang Adik Suka Berebut Mainan

Sifat Anak Lelaki

Kebelakangan ini Ibu selalu membawa Ikhwan dan Iman ke tempat- tempat kenduri dan ramai juga yang menegur alangkah baiknya hubungan 2 beradik ini. Tidak bergaduh berebut mainan atau mengusik antara satu sama lain.

Alhamdulillah, anak- anak Ibu jika berada diluar rumah suka memerhati keadaan sekeliling. Iman yang telah berusia 3 tahun setengah amat ramah dengan orang sekeliling dan petah bercakap. Ramai yang suka berbual dengannya.

Ikhwan pula 1 tahun setengah, tidak menyukai orang sekeliling tetapi suka memerhatikan perbuatan orang lain. Dia juga akan ralit dengan sesuatu mainan tidak kisahlah mainan itu sudu atau polisterin tempat kenduri.

Adakah Iman dan Ikhwan suka bergaduh?

cara-mengatasi-pergaduhan-anak

Namun, apabila berada di rumah 2 beradik ini suka bermain bersama, tetapi perkara yang selalu buat Ibu risau ialah perangai yang suka berebut mainan. Walaupun Ibu dan Abah telah membeli mainan yang sama, namun jika abangnya memegang ipad islamic, adiknya juga akan berebut ipad islamic yang sama.

Bagaimana cara untuk mengatasi perangai adik abang yang suka berebut mainan ini?

Menurut majalah pa & ma, bergaduh dan bertelingkah adalah perkara biasa bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Melalui pergaduhan, mereka belajar bertolak-ansur dan memahami diri sendiri dan orang lain.

Dari segi istilah psikologi, ia dipanggil temperamen atau personaliti. Ini adalah betul kerana apabila Iman dan Ikhwan bergaduh, Iman akan belajar meminta maaf daripada adiknya jika terkasar. Dia juga akan mengalah jika adiknya hampir menangis. Namun sikap si adik lagi tegas, dia akan tetap mengambil mainan abangnya.

Ternyata si adik lebih berani, tegas dan berdikari daripada abangnya. Mungkin adik mewarisi sifat Ibu yang garang. Tetapi apa yang ditunjukkan itu adalah sifat atau personalitinya yang belum disaluti dengan ilmu kebijaksanaan.

anak-rapat-suka-bergaduh
Si abang dan Si Adik Kesayangan Ibu

Apabila anak meningkat dewasa, tentu dia dapat membezakan yang baik dan buruk. Justeru, pemantauan dan didikan yang sempurna amat penting baik pada abang mahupun adik. Abangnya juga adalah contoh kepada adik. Apa yang si abang lakukan, si adik akan turut sama mengikut.

Ibu perlu sentiasa menegur anak-anak dengan kata-kata seperti “ Ibu bukan marahkan adik, Ibu sayang adik tapi Ibu marahkan perangai adik yang suka rampas barang abang.”

Katakan kepadanya yang anda marah akan perbuatannya yang salah. Marah itu tandanya sayang dan mahu dia menjadi anak dan adik yang baik. Sebaiknya barang-barang yang dibelikan untuk anak-anak adalah pilihan mereka sendiri.

Jadi setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dengan karenah anak dan lengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan jika anak yang dilahirkan rapat- rapat.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Sembelit pada Bayi dan Kanak- kanak
Abang Adik Suka Berebut Mainan

0
Your Cart