Saya menceburi bisnes secara online ini semenjak tahun 2014. Produk pertama yang saya jual ialah 1 set flashcard kanak- kanak dan hanya mendapat keuntungan sebanyak RM6 sahaja bagi setiap set yang terjual.

Semuanya bermula kerana saya tidak dapat kerja lepas grad pada tahun 2010. Saya menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa selama 2 tahun dan melahirkan 2 orang anak. Ketika anak kedua berumur 6 bulan, suami galakkan saya untuk menjadi seorang dropship.

Semua basic untuk berniaga dia sediakan iaitu sebuah smartphone dan internet yang stabil. Walaupun hanya bermula sebagai dropship, saya terus membuka akaun kegemaran ramai pembeli masa itu iaitu Maybank dan Cimb dan dalam masa yang sama saya terus mendaftar online banking. Saya juga sempat mengkaji apa bisnes yang mudah dan tahan lama.

Menjual educational toys dan buku keuntungan tak besar. Untung RM1 pun ada dan alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana dah berjaya peroleh pendapatan sendiri walaupun jauh beza dengan kawan- kawan yang makan gaji. Dalam masa yang sama, saya bangunkan page menjual saya di facebook sehingga memperoleh 10 ribu like dalam masa setahun.

Kemudian saya didaftarkan dengan 1 syarikat MLM dan dimasukkan ke group coaching yang sangat best. Group ini membawa kita lebih mendekati tuhan dan membina bonding best sesama ahli. Aura positif group membuatkan saya ikut sebiji- sebiji cakap mentor tanpa banyak soal. Saya minta duit modal buat web dan belajar fb ads dengan suami.

Pada akhir 2014 saya dapat kumpul modal untuk menjadi pemborong dan memperoleh margin tinggi. Pada awal 2015 saya mula mengambil ejen dropship sendiri dan membina team ejen saya dengan menjual barang yang ada margin tinggi ini tadi. Kemudian saya dan suami kami berusaha pula untuk ambil educational toys dari china sendiri.

Dunia bisnes ada cabaran dan dugaannya tersendiri. Saya juga tidak terkecuali diuji. Pernah nak giveup kerana customer call marah barang lambat sampai, barang pecah, kemek dan koyak. Saya ganti semua barang yang pecah tanpa berkira untung rugi, yang penting customer puas hati.

Paling kemuncak saya diuji ialah kehilangan barang yang bernilai jualan sebanyak RM1200. Saya kena ganti semula barang pada customer dan dapatkan gantirugi dari pejabat pos. Malangnya saya hanya dapat gantirugi nilai suku sahaja dari jualan. Namun ini tidak mematahkan semangat saya kerana dalam masa saya diuji, iklan produk saya dapat sambutan dan customer datang tanpa henti.

Team ejen saya juga sudah berkembang dan pada 2016 saya mempunyai hampir 150 orang ejen di ibudoakan ABM & Toys. saya bawa team untuk jual balm tasneem. Kemudian tasneem naturel dilahirkan oleh mentor saya. Tanpa fikir panjang saya memborong produk dari tasneem dan menggunakan sistem ejen untuk menjual. Alhamdulillah selama 2 tahun group ibudoakan/ teamIDK telah berkembang mempunyai hampir 3000 ejen berdaftar.

Bila kita mengambil keputusan untuk berbuat sesuatu, kita kena bersungguh- sungguh untuk mencapai matlamat akhir. Matlamat akhir saya ialah, walaupun saya tidak berkerja, saya akan mempunyai pencen atau KWSP saya sendiri. Anda yang membaca ini juga semuanya boleh mencapai impian dengan buat bersungguh- sungguh.

Akhir kata, surirumah boleh jana pendapatan sendiri, ada pencen sendiri, ada KWSP sendiri, yang penting kena dapatkan mentor atau guru terbaik untuk kekal lama dalam industri ini.