Adakah ibu minum kopi, selamat pada bayi menyusu?

Setiap ibu menyusu mempunyai minuman kegemaran masing- masing. Ibu menyukai campuran esp+ kurma sebagai minuman seharian, ia juga milk booster Ibu selain alfalfa dan vitamin c. Berjumpa kembali teman lama, dia menceritakan dia ketagih kepada kopi pracampuran jenama terkenal semasa dalam tempoh menyusukan bayinya.

milkbooster

Susunya tidak berkurang, tidak pula sampai bengkak payudara namun teman Ibu ini sempat meyusukan bayinya sehingga usia 2 tahun.

Soalan Ibu bolehkan ibu yang menyudukan bayi mengambil minuman kopi pracampuran untuk menambah kecergasan tubuh? Apakah pengambilannya secara harian boleh meninggalkan kesan buruk kepada bayi? Menjawab soalan ini Ibu suka menulis kembali jawapan daripada  Puan Rita Rahayu Omar, seorang pakar laktasi di Malaysia.

Umumnya ibu yang menyusukan bayi boleh makan atau minum apa sahaja yang diingini asalkan ia diambil dalam kadar sederhana. Untuk pengetahuan anda ibu menyusu boleh minum minuman berkafein asalkan ia dalam amaun sederhana. Ketahuilah bahawa segelintir bayi terutamanya yang berumur bawah enam bulan mungkin lebih sensitif kepada pengambilan  kafein oleh si ibu.

Jika anda minum kopi semasa hamil, anak anda mungkin sudah biasa dengan kehafiran kafein dalam susu ibu. Jika anda mengelakkan minuman kafein sepenuhnya semasa hamil, bayi anda akan sensitif terhadap kafein yang diminum si ibu semasa menyusu.

Sehubungan itu, bayi baru lahir perlu mengambil masa yang lama untuk mencerna kafein tersebut. Bayi pramatang pula mungkin akan mempunyai masalah dengan pengambilan kafein si ibu. Jika anda ingin minum kopi, pastikan minum selepas sesi menyusu atau mengepam. Dengan demikian paras kafein akan menurun pada sesi penyusuan seterusnya.

buku-bf

Satu kajian menunjukkan amalan meminum kopi yang tahap ketagih akan menurunkan kandungan zat besi dalam susu ibu. Berdasarkan buku menyusu tulisan Nancy Mohrbachern pengambilan kafein berlebihan oleh ibu iaitu melebihi 750ml sehari boleh memberi kesan kepada bayi di mana bayi akan menunjukkan tindakbalas yang negatif.

Bayi yang terlebih kafein menjadi aktif, bermata luas dan tidak akan tidur dalam tempoh yang lama. Bayi mungkin akan menjadi cerewet. Jika ini terjadi, kurangkan atau hentikan terus pengambilan antara dua hingga 3 minggu untuk melihat sebarang perubahan.

Jika anda teragak- agak berkenaan amaun kafein, perhatikan kelakukan bayi anda. Itu sahaja cara untuk anda mengenalpasti bayi anda sensitif terhadap kopi atau tidak. Ia bergantung pada umur dan tahap kesihatan bayi. Dianggarkan amaunnya perlu kurang daripada cawan bersaiz 5 oz atau 500mg/ sehari. Malah pelbagai sumber menyarankan had bagi pengambilan kafein adalah antara 300mg hingga 750mg sehari.

Jadi pilih minuman anda, pastikan yang bermanfaat untuk bayi syurga anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge