Adam Anak Pramatang

adam-4-tahun

Comel ke tidak Muhammad Adam Bin Pazil ni? Comel kan. Sekarang Adam sudah mencapai usia 4 tahun. Hari ini adalah hari lahir Adam yang ke 4 tahun. Adam ini sebenarnya anak saudara Ibu. Teman sepermainan Iman dan Ikhwan. Dulu kami tinggal satu rumah, tetapi mulai bulan lepas Adam sudah tinggal dirumah sendiri bersama ibu dan bapanya.

 

Anak Tidak Cukup Bulan

Menyingkap kelahiran Adam pada 4 tahun yang lepas, Adam dilahirkan premature atau tidak cukup bulan dengan hanya mempunyai berat sebanyak 1.6kg. Masa tu Ibu sedang mengandungkan Iman. 27/11/11, pada jam 1 pagi mama Adam mengejutkan Ibu dan memberitahu air ketuban telah pecah. Kami semua cemas kerana usia kandungan baru memasuki 31 minggu.

Walaupun mama Adam telah melahirkan anak pertama 14 tahun yang lepas, Mama Adam tetap juga cemas kerana ini adalah pengalaman yang pertama berhadapan dengan air ketuban pecah. Mama Adam di bawa ke hospital kira- kira 20minit perjalanan. Kami semua sambung tidur la sambil doakan mama  Adam dan Adam selamat…huhu

Esoknya, mama Adam beritahu dia yang masih belum melahirkan kerana doktor bagi ubat penahan kelahiran. (Ada ke ubat camtu?). Namun Adam dilahirkan juga setelah 2 hari mama Adam di hospital. Seperti biasa bayi tidak cukup bulan akan ditahan di incubator, atau orang kampung panggil  balang bayi.

Anda juga mungkin boleh melihat pengalaman Ibu Daya yang melahirkan anak pramatang ini:

Susu Ibu Kurang

Sepanjang 23 hari itu, mama Adam berulang alik hampir setiap hari ke hospital kerana doktor pesan bayi prem perlu diberi susu ibu. Susu mama Adam masih belum ada lagi kerana usia kandungan baru memasuki 31 minggu. Kerana inilah mama Adam mengalami tekanan yang teruk. Sakit melahirkan masih terasa, anak juga masih belum di belai, sakit untuk mengepam susu pula yang datang.

Ibu hanya mampu memenangkan perasaan mama Adam, bantunya berpantang dengan baik dan sekali sekala membuat researh bagaimana untuk memperbanyakkan susu badan. Kalau lah masa itu dah kenal produk menyusu yang berlambak kat pasaran kan? Namun Allah Maha Berkuasa. Walaupun tertekan, mama Adam masih mampu menghantar stok susu ibu pada Adam walaupun kuantitinya sedikit.

makanan-anak-kurang-matang

Cukup  23 hari Adam di hospital, akhirnya Adam di bawa balik ke rumah. Ya Allah, pertama kali melihat Adam, Ibu tidak berani untuk memegangnya. Sangat kecil, sebesar tapak tangan sahaja. Namun Adam bayi yang kuat. Inilah Adam sekarang, sihat dan kuat walaupun badannya kecil sahaja.

Jadi pada para ibu yang mempunyai anak premature di luar sana, jangan risau kerana anak prem juga mampu membesar seperti anak- anak yang lain juga. Positifkan minda dan sediakan makanan yang baik- baik untuk anak prem seperti madu, kurma, multivitamin, minyak ikan dan susu ibu.

Untuk suplemen kesihatan anak anda boleh klik sini.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

4 Comments
  • protozoan
    January 6, 2015

    salam puan…
    bagus info yang disajikan di dalam blog puan.
    mengenai ubat penahan kelahiran… yg lazim digunakan adalah nifedipine. ia adalah sejenis ubat darah tinggi tetapi digunakan secara off-label untuk menghentikan kontraksi rahim. tujuan penghentian kontraksi ni untuk melanjutkan masa supaya suntikan steroid (2 dos dalam jarak masa 12 jam) dapat diberikan kepada ibu untuk mempercepatkan proses pematangan paru-paru bayi prem.
    terima kasih 🙂

    • Pn Aminah Hussain
      January 8, 2015

      Terima kasih kerana berkongsi ilmu yg bermanfaat ini..baru tahu ubat tahan beranak tu ialah steroid..huhu

  • Razali
    October 22, 2016

    Assalammualaikum.sy nk bertanya..ada kemungkinan kah bayi yg lahir pada usia 7 bulan akan mengalami masalah bile menigkat dewasa..seperti iq yg rendah atau cara perwatakan seakan terencat akal.

    • Pn Aminah Hussain
      November 2, 2016

      tidak tuan..tapi jika anak tuan ada menunjukkan kelakuan tidak normal seperti lambat bercakap atau tidak boleh tumpukan mata pada satu tempat, tuan wajib rujuk anak tuan ke terapist

Produk Kami

Previous
Cara Ajar Anak Pandai Mengaji
Adam Anak Pramatang

0
Your Cart