Aktiviti main pasir untuk ransang minda anak

As salam kepada semua ibu bapa anak syurga..

Sudah dekat dengan cuti meraikan tahun baru cina. APA aktiviti atau rancangan yang sudah dirancang bagi menghabiskan masa berkualiti dengan anak dan keluarga tersayang? Seronok bukan apabila dapat melakukan aktiviti bersama- sama. Apatah lagi jika mainan atau percutian itu mampu meransang minda anak- anak.

Ibu sekeluarga suka menghabiskan masa bersama- sama di tepi pantai. Pantai pilihan mestilah di negeri kelahiran Ibu iaitu Terengganu. Pantainya yang cantik, putih, bersih dan luas adalah menjadi pilihan Ibu untuk anak bermain. Bukan mandi laut ye, hanya melakukan aktiviti main pasir bersama- sama.

cara-bantu-anak-autisme
Gambar hiasan

Kadang- kadang terdetik, alangkah bertuahnya jika tinggal di tepi pantai, anak- anak bebas bermain tanpa batasan waktu dan tempat. Tahu tak kenapa? Aktiviti main pasir ini sebenarnya sangat bagus untuk anak- anak syurga kita. Jom baca apa kebaikan main pasir yang Ibu petik daripada buku 100 aktiviti untuk anak.

Bagaimana aktiviti main pasir bantu perkembangan anak

1. Meransang motor halus

aktiviti bagus untuk anak

Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir  membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak- anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan jika di pantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah.

2. Menjadikan deria lebih peka

Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan.  Dengan pasir anak- anak akan menyentuh, memerah, dan bermain dengan gembiranya.

3. Menulis dan melukis

Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria. Bermain pasir adalah jawapannya.

Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4. Pemikiran kreatif

mainan pasir di rumah

 

Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Caranya tidak terhad seperti bermain bola yang hanya menyepak dan baling. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjanaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.

Di sini lah kenapa terapi pasir sangat bagus untuk kanak- kanak  autisme. Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.

5. Aktiviti ceria

Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam permainan dengan pasir ni. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti bina highway/trek untuk kereta mainan, buat bangunan, buat tempat tinggal binatang – binatang.

Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunkan (fine motor).

6.  Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial

Tanam mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam memisahkan anak- anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2. Contoh tanam dinasour: anak- anak boleh berangan menjadi arkeologist.

kinetic sand original

Tahu tak, sekarang ada pasir yang boleh dibeli dan boleh bermain dirumah. Namanya kinetic sand. Jadi tiada alasan lagi untuk ibu bapa bermain aktiviti yang bagus ini dengan anak- anak. Berminat hendak dapatkan kinetic sand? Sila Klik Sini atau terus hubungi saya di whatapp 0175082443.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1 Comment
  • syu amir
    October 4, 2018

    bagus main pasir…tapi anak2 saya nie geli pasir..hahaha…

Produk Kami

Previous
Milk booster semulajadi
Aktiviti main pasir untuk ransang minda anak

0
Your Cart