Anak Sukar Tidur, Suka Menangis dan Berjaga Malam

Saya sangat takut untuk melalui satu lagi proses mengandung, bersalin dan melahirkan anak. Diantara ketiga fasa ini, fasa melahirkan anak paling banyak meninggalkan kenangan pahit dalam sejarah hidup saya membesarkan 3 orang anak lelaki. Kadang ianya meninggalkan trauma yang berterusan bila melihat baby baru lahir yang sedang menangis.

Anak saya yang sulong boleh menangis 3 jam terus tanpa henti masa dalam pantang. Tangisannya bukan tangisan biasa, ia tangisan macam kena cubit tu. Tangisan hingga meyebabkan dia hilang suara dan menyebabkan perutnya kembung dan banyak angin.

Rujuk doktor, katanya anak kembung, rujuk ustaz katanya kena sawan tangis. Banyak dah jumpa ustaz, doktor dan orang- orang lama, namun anak ini berterusan tangisannya hingga usianya mencecah 6 bulan. Bila dia menangis apa yang boleh kami buat ialah, dukung dan bawa dia naik kereta atau berarak dalam rumah. Saya penat, diganti oleh ayahnya pula.

Lahir anak kedua, perkara yang sama berulang, tapi kali ni dia menangis siang saja. dan boleh hentikan tangisan itu dengan tidur dalam buaian. Anak ke 3 tangisannya makin kurang. Mungkin sebab kami pun dah mahir cara pegang, cara pemilihan baju, masa mana perlu mandi dan lain- lain.

Alhamdulillah, anak ke 4 saya baru lahir 2 bulan lepas, tiada lansung masalah menangis dan payah tidur sewaktu dalam pantang hingga sekarang. Lega akhirnya saya tidak stress dalam pantang. Bila tiada stress tiadalah kemurungan, bengkak susu atau masalah- masalah lain. Fasa pantang saya laluinya dengan seronok dan gembira.

Apa yang saya sediakan ialah persekitaran yang tak panas. Perlis sangat panas, jadi saya hanya sediakan baju lubang- lubang untuk baby newborn. Tiada baju tebal atau baju romper. Kadang siang hari pun hanya pakaikan dypers saja. Kemudian saya sediakan minyak urut bayi. Minyak urut ni sangat membantu kasi bayi bertenang dan rileks. Biasanya baby akan mudah tertidur bila kita urut bayi. Jenama minyak urut baby saya tentunya Resty Oil by Tasneem naturel.

baby massage oil

Kemudian saya sediakan kit kecemasan anak. Dalamnya ada all balm dari tasneem dan ada termometer cek suhu anak. Saya pula elakkan makan makanan yang boleh sebabkan baby kembung atau tak sedap perut macam pedas sangat atau jamu.

tasneem naturel  balm

Tasneem naturel adalah jenama tempatan yang saya percayai keberkesanannya. Ia bersifat semulajadi dan organik. Tiada bahan pengawet kimia atau paraben atau SLS dalam kandungan setiap produk tasneem. Seperti dalam gambar saya gunakan setiap balm tasneem untuk baby saya. Calm balm sebenarnya sangatlah membantu anak untuk duduk diam dan bertenang.

T-rub pula memang khas untuk kembung, colic atau pun sembelit. Saya memang sapu kerap di perut baby supaya tiada masalah kembung. Boleh dapatkan semua produk tasneem kat sini ye.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Ingatkan anak kena sawan, tapi bukan sawan
Anak Sukar Tidur, Suka Menangis dan Berjaga Malam

0
Your Cart