Anak tak lalu makan nasi? Nah 8 makanan ringkas yang anak pasti suka!

As salam kepada semua pembaca sekalian. Yang pastinya ramai pengunjung blog Ibu ialah ibu- ibu dan bapa- bapa yang suka kepada ilmu- ilmu dan tips parenting. Ibu suka berkongsi tip- tip parenting dengan ibubapa sekalian kerana Ibu juga mempunyai 2 orang anak kecil yang mempunyai 1001 ragam. Tips dan ilmu yang dikongsi dalam blog ini adalah hasil daripada pembacaan, feedback customer dan pelbagai seminar keibubapaan yang Ibu hadir samada offline ataupun online.

cara bagi anak makan dengan mudah

Siapa kat sini anaknya terlalu memilih untuk makan? Atau tiada selera untuk makan? Anak syurga kita seawal usia 2 hingga 4 tahun memang begini. Apa yang pasti, jika kita dari kecil sudah biasakan anak dengan perasa seperti garam dan gula, anak inilah biasanya yang sukar untuk makan nasi atau makanan berat.

Seawal usia 6 bulan, kita biasanya akan memperkenalkan makanan kepada anak. Dimulai dengan puri buah, bubur dan biskut, anak akan mendapat rasa yang pertama dengan makanan ini. Jadi perlu diingatkan disini, tidak perlu menambah garam, gula atau perasa tambahan dalam makanan pejal yang diberikan pada anak sehingga usianya 2 tahun. Selepas 2 tahun barulah perkenalkan makanan bergaram atau bergula.

Jika anda memang dah bagi anak rasa garam pada usia 6 bulan, anak akan mudah terbiasa dengan makanan yang berperisa. Jadi harapan anak untuk makan sayur adalah amat mustahil sama sekali.

Jadi beringatlah ibubapa sekalian. Pastikan tiada perisa dibenarkan dalam makanan bayi sehingga usianya mencapai 2 tahun. Anak ibu pernah membuat perangai tidak mahu makan nasi selama 2 minggu. Risau Ibu dibuatnya, namun setelah mengolah sedikit menunya, akhirnya tiada lagi masalah penurunan berat badan atau picky eater ni. Jom lihat apa resepi yang anak- anak suka makan selain nasi.

1. Cucur nasi.

jika anak tak suka makan nasi

Blend nasi secawan, Potong kecil- kecil carrot, bawang merah dan daun sup. Masukkan semua bahan kedalam setengah cawan tepung gandum. Kacau sehingga sebati dan goreng. Anak pasti suka apatah lagi dihidangkan dengan segelas air minuman kegemaran mereka. Air kegemaran anak Ibu tentulah minuman coklat buatan bumiputera.

2. Spageti carbonara

spageti-carbonara

Tak payah banyak bahan untuk kuahnya. Memadai dengan susu segar dimasak dengan carrot dan bawang dan dimasukkan sedikit ayam atau daging yang sudah kita cincang atau kisar. Tidak dilupakan sekeping cheddar cheese. Jangan gunakan sosej ye, kalau nak guna sosej juga, biarlah buatan sendiri.

3. Makaroni bakar

Kuah spageti tadi hanya tambah telur dan sedikit daun sup. Gaulkan pada makaroni yang telah direbus dan ditutup dengan sekeping cheddar cheese. Anak pasti tertambat dengan bauan cheese yang semerbak daripada oven kita. Dan pastinya akan makan dengan penuh selera.

4. Bihun goreng singapore

Ketepikan cili. Hanya perlu tumis bawang dengan sedikit potongan udang atau sotong. Masukkan bihun yang telah lembut. Sesuai dihidangkan panas- panas dengan pop corn homemade.

5. Nasi putih gulung

nasi-gulung-telur

Ini selalu trick yang Ibu buat pada anak teruna ibu. Goreng sebiji telur yang telah dipukul sedikit dengan kicap. Goreng dengan nipis dan membuat kepingan besar untuk balut nasi. Nasi yang telah digaul dengan ayam dan sedikit sayur cincang akan dimasukkan kedalam telur itu. Buat seperti swiss roll. Anak- anak pasti tidak bertanya apa dalam gulungan telur yang cantik itu.

6. Pizza

Hanya gunakan roti keping biasa tu, hanya sapu dengan sos dan topingnya kita boleh gunakan ayam yang telah direbus dan dicarik- carik. Masukkan cendawan butang, tomato, bawang dan tutup dengan sekeping cheddar cheese. Anak yang melihat juga pastinya tertawan, apatah lagi ianya masakan ibu kesayangan.

7. Nasi ayam

Anak- anak memang suka makanan yang berkuah. Masakan yang simple seperti nasi ayam mampu mengugat selera anak. Tapi pastikan tiada MSG dalam hidangan. Kiub pati ayam juga tidak perlu digunakan. Hanya rebus ayam, masukkan dalam nasi dan goreng ayam yang lembut, si anak pasti menambah 2 kali.

8. Biskut dan roti

cookies-homemade

Jika anak memang tidak mahu makan nasi, dan asyik makan biskut yang dibeli di kedai, apa kata kita sendiri membuat homemade cookies untuk anak. Blend conflakes jagung atau oat masukkan ke dalam tepung gandum.

Tidak perlu resepi yang canggih- canggih, hanya perlu tahu apa yang berkhasiat untuk anak. Pastikan tidak dimasukkan gula putih dalam biskut kegemaran anak. Guna gula seminimum yang mungkin untuk kurangkan gula dalam badan anak.

Olah Resepi Sendiri

Itu dia sebahagian daripada makanan ringkas yang biasa Ibu masakkan bila anak cakap tak nak makan nasi. Jangan terlalu mengikut buku resepi, sebab bila baca bahan dan cara- cara memasak tu akan membuatkan kita mengeluh. Allah panjangnya cara membuat! Banyaknya bahan yang diperlukan! Ini semua kita boleh olah resepi tu menjadi resepi masing- masing.

Melihat anak makan hasil daripada apa yang kita masak adalah amat menyenangkan hati. Jangan paksa jika anak tidak mahu makan, sebaliknya cuba untuk menyuap anak ketika anak tengah khusyuk bermain atau semasa anak sedang menonton rancangan TV kesukaannya.

Semoga bermanfaat!

6 thoughts on “Anak tak lalu makan nasi? Nah 8 makanan ringkas yang anak pasti suka!”

    1. nanti dah umur 6 tahun tu memang takde memilih dah. fasa diaorang tengah berselera. 1-5 tahun memang cerewet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge