Apakah Kita Boleh Marah Anak?

Rentetan daripada artikel kesan marah, cubit dan pukul anak, ramai yang bertanya kepada Ibu apakah kita tidak boleh marah atau memukul anak lansung. Ini persoalan penting, kerana ketegasan itu biasanya akan disusuli dengan marah, supaya anak lebih mendengar kata dan tidak mengulangi perkara yang sama.

Pertama sekali marah itu perlu kena pada tempatnya. Ada masanya kita perlu marah dan sebaliknya. Kita marah apabila anak- anak telah melanggar prinsip atau persetujuan yang telah dipersetujui sebelum ini. Marah begini bukan sahaja boleh bahkan ianya perlu!

Namun ada jenis marah yang negatif. Tidak kira kesalahan anak besar atau kecil yang dia tahu hanya nak marah saja! Jadi apabila terdetik perasaan marah yang begini dan tangan mahu menghayun, tunggu sebentar. Allah!

Tahan diri kita! Ingat semula kesedaran tentang anak. Anak itu amanah daripada Allah. Ucapkan bismillah, kita pasti boleh. Tarik nafas dan banyakkan beristigfar. Ikut cara Nabi, rasa nak marah sila duduk atau terus mengambil wuduk. Jika belum reda segera berbaring.

Tips bagaimana meransang otak anak dengan mainan edukatif untuk perkembangan anak yang sihat, cergas dan cerdas.

Sabda Nabi, orang yang kuat itu bukanlah jaguh bergusti tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu menahan marahnya. Jom kita lihat apa panduan memarahi anak ini

1. Tidak menggunakan kekerasan fizikal.

Apabila terpaksa merotan, lakukan dengan cara yang berkesan dan sekadar memberi kesan terkejut. Bezakan antara merotan dan membelasah. Memang Nabi ajar pukul anak yang tidak solat setelah usianya 10 tahun, namun bukan pukul yang membelasah.

2. Tidak menggunakan kata- kata yang menyakitkan

Kata- kata itu lebih tajam daripada pedang. Hindari diri daripada mencerca peribadi anak ketika marah. Jangan menggunakan perkataan, “adik ni degil la, tak dengar kata mama.” Ianya juga doa dari mulut seorang ibu pada anak. Sampai ke besarlah anaknya tidak akan mengdengar cakap dan degil. Nauzubillah

3. Hindari memberi label buruk

Ketika sedang marah, memang mudah melabelkan anak dengan perkataan nakal, degil, bebal, dan sebaginya. Sebutan begitu berpotensi memberi kesan pada jiwa anak- anak. Ia bakal melekat kuat dalam jiwanya dan turut menjadi sebahagian dalam membentuk perilaku anak.

4. Tidak menegur depan orang ramai

Sikap negatif seperti rendah diri dan terlalu pemalu adalah kerana pernah dimalukan. Hindari memarahi anak depan orang ramai atau kawan- kawanya. Tidak dinafikan sebgai ibubapa kita mudah melenting, beremosi dan seumpamanya. Kita cenderung terus memarahi anak dengan bertujuan pencegahan supaya anak tidak melakukan perkara tersebut lagi.

Apa yang jelas tindakan melulu itu menyebabkan anak mengalami perasaan malu yang luar biasa. Kesannya akan dilihat semasa bersekolah nanti. Anak akan jadi terlalu pemalu dan tidak boleh memberi kerjasama dengan guru dan rakan sekelas.

5. Salahkan perangai, bukan anak

Semasa marah, beritahu anak yang kita memarahi perbuatan mereka, bukan peribadi anak. Contoh jika anak marah sehingga membaling buku.

” Apa tu? Itu berbuatan biadap sayang, tidak sopan. Kalau orang nampak, kamu dikata orang. Orang akan berkata kamu anak kurang ajar. Jangan ulangi perangai begini lagi. Allah tidak suka, ayah tidak suka dan ayah tegur kerana ayah sayangkan kamu.

“Marilah sembahyang. Haish! Kamu ni sudah ditegur baik- baik tidak mahu dengar”

Ini cara marah yang kurang bijak. Ibu sendiri masih berjuang untuk marah dengan cara yang lebih bertamadun. Apa yang paling penting, anak- anak mesti diberitahu megapa mereka dimarahi dengan cara- cara yang tidak menyakitkan hati dan fizikal mereka.

Selamat menahan diri!

 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Cegah gastrik sewaktu berpuasa
Apakah Kita Boleh Marah Anak?

0
Your Cart