All Posts By Pn Aminah Hussain

Perlukah Anak Diberi Vitamin Atau Makanan Tambahan

Semenjak Ibu aktif  mengambil bahagian dalam satu group ibubapa yang ditubuhkan di facebook, soalan lazim yang keluar daripada ibubapa ialah:

Perlukah anak diberi vitamin atau suplemen?

Respons daripada ibubapa yang menjawab juga pelbagai. Ada yang kata perlu, ada yang kata tidak perlu. Persoalannya sekarang apakah jenis zat atau vitamin yang diperlukan oleh seorang kanak- kanak membesar?

vitamin-anak-cerdik

Melalui blog Dr Zubaidi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh budak ialah:

  1. Kalsium
  2. Vitamin B12
  3. Vitamin D
  4. Asid Lemak (Omega 3)
  5. Zat Besi

Ramai juga ibubapa mempunyai anak yang kurus, tidak lalu makan atau terlalu memilih makanan sampai merunsingkan ibu yang menyediakan makanan. Setiap kali ke klinik, si ibu pula terpaksa menghadap leteran nurse atau doktor yang menyuruh ibu mempelbagaikan resepi supaya anak cukup makan. Kadang- kadang vitamin lysine juga diberi oleh doktor sebagai satu cara untuk meningkatkan nafsu makan anak.

Sebenarnya apa itu suplemen?

Suplemen sebenarnya adalah makanan tambahan selain daripada makanan asas yang berguna untuk membantu anak kita membesar dengan baik, cerdik dan cergas. Namun penggunaannya adalah perlu sederhana, tidak perlu berlebihan.

Jadi ibubapa sendiri perlu mengetahui anaknya memerlukan suplemen atau tidak. Jika graf tumbesarannya normal, BMI juga normal maka tidak perlu vitamin untuk anak. Berlainan pula jika anak anda:

multivitamin-lengkap-anak

  • tidak cukup berat
  • kurus melidi
  • kerap demam
  • memilih makanan
  • terlalu mudah dijangkiti selesema
  • autisme
  • pertuturan lambat

Maka, anda perlu mencari info bagaimana suplemen atau vitamin tambahan ini boleh membantu anda mengatasi permasalahan pada anak ini. Adalah perlu diingatkan bahawa pengambilan vitamin perlu yang semulajadi tanpa terlalu banyak bahan pengawet.

Pernah di satu status ibu yang bertanya, terjadinya perbalahan antara ibu- ibu kerana ada yang mencadangkan makanan sunnah yang diproses sebagai suplemen untuk anak. Terdapat bantahan daripada ibu yang lain dengan mengatakan makanan sunnah ini perlu diberi secara nyata, bukan diproses. Yang diproses, zatnya dah tinggal 30% sahaja.

Ibu sebenarnya setuju dengan pendapat ini. Makanan tambahan yang diproses mengandungi bahan pengawet yang banyak. Jadi tepuk dada tanya selera apa vitamin atau suplemen apa yang perlu anak anda makan.

Jika bertanya pada Ibu, jenis suplemen yang diberi pada Iman dan Ikhwan ialah buah kurma, kismis, minyak ikan dan badam. Ibu juga memberi susu multivitamin untuk anak semenjak umurnya 2 tahun kerana memilih makanan dan berat telah mencecah garisan kuning.

Alhamdulillah, Iman sudah makan sayur dan buah, serta berat badannya sederhana, tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus. 3 tahun seberat 13kg. Adiknya 1tahun setengah 8.8 kg.

Tidak Elok Bagi Anak Tengok Tv

Assalammualaikum semua ibu- ibu yang anggun..

Menjadi kebiasaan kepada kita membiarkan anak menonton tv apabila kita ingin membuat kerja rumah atau berehat. Kita memberi anak menonton tv kerana ia adalah salah satu cara supaya anak diam. Namun timbul persoalan mengenai elok atau tidak memberi anak-anak menonton TV atau ipad atau computer.

jika-anak-suka-tengok-tv

Perlu had anak tengok Tv

Jawapannya, tidak elok jika tiada kawalan. Boleh, jika program yang ditonton dipilih dan dipantau kandungan dan kesannya. Membiarkan anak-anak kecil terdedah kepada TV terlalu lama boleh menjadikan mereka tidak keruan.

Emosi mereka akan menjadi turun naik dan tidak stabil akibat menonton sesuatu cerita itu kerana emosi anak- anak yang masih kecil akan merasai apa cerita itu sampaikan. Ini adalah reality kerana anak Ibu yang berumur 1 tahun boleh menangis jika ketika menonton cerita Upin dan Ipin episod Ikhlas Dari Hati.

Jika anak tidak diberi peluang untuk aktif bermain, ia boleh menyebabkan mereka menjadi lembab, malas atau menjadikan perangai mereka tidak keruan.

Sesetengah rancangan mempunyai subliminal messages yang tidak baik yang boleh menyebabkan penonton terpukau dan kemudiannya berperangai tidak keruan terutama jika terkena trigger. Oleh itu ibu bapa perlu ambil masa dan meninjau serta memantau lalu memastikan rancangan yang mana yang menimbulkan kesan baik dan yang mana tidak.

Walaupun rancangan itu baik, seperti rancangan kartun, jangan terlalu lama dedahkan anak-anak kecil kepada penontonannya. Ada akibat lain yang tidak baik pula timbul, contohnya kesan pada mata dan telinga anak.

Bagaimana hendak menangani masalah anak suka menonton TV atau ipad? Lakukan jadual dan pastikan dia mengikut jadual itu. Ada masa bermain aktif, ada masa melukis, ada masa bercerita dan membaca buku, ada masa menonton TV dan selepas menonton wujudkan masa untuk dia bercerita apa yang dia tontoni.

vcd-al-quran-untuk-bayi

Jika tv juga yang perlu digunakan untuk anak terutama jika si ibu ingin mandi atau memasak, pasanglah vcd- vcd pembelajaran seperti Siri Mengenal Huruf Hijaiyah atau vcd juz Amma dan sebagainya. Terdapat banyak pilihan vcd pembelajaran yang bagus dan mampu menimbulkan minat anak. Sebagai contoh, Ibu sendiri memperdengarkan Juz Amma ketika Iman berusia dari 1 Tahun. Alhamdulillah sekarang Iman dah berusia 3 tahun dan mampu menghafal surah muqaddam sehingga surah Al-Fil.

Kesimpulannya, bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik. TV adalah alat yang menjadi berfaedah hanya bila kita bijak menggunakannya.

Cara Untuk Bersihkan Gigi Anak Kecil

Bila anak tumbuh gigi pertama

Pertumbuhan gigi bagi kedua- dua anak saya adalah hampir sama. Sebatang gigi dibahagian bawah mula tumbuh apabila mereka mencecah umur 8 bulan. Bagaimana dengan anak ibu- ibu semua diluar sana? Umur berapa anak anda mempunyai gigi?

Dengan tumbuhnya gigi, ini bermakna anak kita sudah bersedia untuk menerima makanan yang mempunyai sedikit tekstur. Kita sudah boleh memperkenalkan anak kepada makanan pejal seperti potongan lobak dan ayam yang dihiris nipis- nipis.

cara-berus-gigi-anak

Namun, dengan memperkenalkan anak kepada makanan yang bertekstur ini, ia akan menyebabkan karies pada gigi anak. Senang cerita, gigi anak akan kekuningan jika tidak dibersihkan dengan segera. Apa kaedah paling sesuai untuk mencuci gigi anak? Adakah perlu untuk membeli berus gigi dan ubat gigi yang khas untuk kanak-kanak?

Cara cuci gigi bayi

Di sini saya kongsikan cara saya menjaga dan mencuci gigi anak.

1. Basahkan napkin anak dengan air suam.

2. Mulakan mencuci pada lelangit anak diikuti dengan lidah dan seterusnya gigi anak.

Mudah, senang dan cepat. Tanpa perlu memdedahkan anak kepada ubat gigi berflourida yang mungkin tidak sesuai lagi untuk anak pada usia mereka yang masih kecil. Perlu diingatkan, cara cucian ini tidak boleh ditangguhkan. Setiap kali anak selesai menyusu ( walaupun susu badan sepenuhnya) dan selepas makan terus sahaja cuci mulut dan gigi anak dengan menggunakan kaedah di atas.

Saya telah mempraktikkan cara ini semenjak anak saya tumbuh gigi dan alhamdulillah sampai sekarang anak saya berumur 3 tahun setengah tiada masalah gigi kuning, buruk, mereput atau mulut berbau.

Saya juga membeli berus gigi kanak- kanak sebagai latihan untuknya membiasakan diri dengan memberus gigi. Tetapi saya tidak menyediakan ubat gigi berfluorida kerana saya merasakan anak saya masih terlalu kecil untuk didedahkan dengan bahan kimia dan pengawet.

Yang paling penting, bawa anak ke klinik pergigian untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian sekurang- kurangnya 2 kali dalam setahun. Sekiranya berlaku kes kecemasan pada gigi anak anda,seperti gigi berdarah bawalah segera ke klinik gigi.

Anak Demam. Apa Yang Perlu Dibuat?

JIKA ANAK DEMAM

Ini adalah status update dari Puan Siti Aisyah Yusof di facebooknya. Membaca panduan ini, saya terpanggil unuk berkongsi penjagaan bayi ketika demam dengan para pembaca saya yang dikasihi.

Jom kita baca dan cuba ye. Semoga berjaya.

Panduan untuk ibu- ibu semua, semoga bermanfaat.

✔ Jika anak demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun kerana semasa penulis bergelar cikgu sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk. Samalah dengan suhu badan anak yang panas tadi.

✔ Bila selsema, tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu- ibu moden hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Penulis cuba praktikkan setiap kali anak mengidap selsema, alhamdulillah paling maksimum pun adalah 3 hari sahaja.

cara-turunkan-suhu-baby-demam

✔ Jika anak batuk, tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik.

Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

✔ Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

✔ Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Anda juga boleh menyediakan suplemen tambahan pada anak untuk menguatkan imun anak sendiri. Suplemen Untuk Anak

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

JOM KITA KONGSIKAN UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA

Kehidupan Seorang Ibu

SERONOKNNYA JADI IBU

Ada kawan pernah berkata pada ibu.

Hidup ang seronok je aku tengok, duk umah rilex jaga anak je.

Mesti korang pun penah dapat pujian yang macam ni kan? Bagaimana korang respon? Seperti ibu mesti korang akan senyum dan berkata Alhamdulillah.

Namun apa hakikat sebenar disebalik jawatan seorang surirumah sepenuh masa ini? Bagi ibu yang bekerja di luar sana harap selepas membaca artikel ini korang tidak lagi berasa irihati atau jeles dengan kaum ibu yang bergelar seorang surirumah.

Inilah artikel rutin seorang ibu yang tidak bekerja.

surirumahtangga-sepenuh-masa

Bangun pagi adalah seawal jam 6 pagi. Ini adalah untuk solat dan bersiap sedia untuk memasak sarapan pagi. Lagi pula jika ada permintaan dari suami atau anak- anak yang inginkan sarapan yang berat seperti nasi lemak, nasi goreng dan sebagainya.

Jam 7 pagi semua telah sedia terhidang di atas meja. Anak- anak dan suami datang menjamu selera dan terus ke sekolah atau ke tempat kerja tanpa membasuh walaupun sebiji gelas. Setelah semuanya ke destinasi masing- masing, ibu terus menyelesaikan kerja membasuh pinggan sementara menunggu anak yang masih kecil terjaga daripada tidur.

Jika anak masih belum terjaga, segala baju kotor pula dikutip dan di basuh menggunakan mesin basuh automatik. Ibu tidak akan berenti jika anak kecil masih tidur. Masa ini lah sesi mengemop lantai atau menyapu keseluruhan rumah dilakukan.

Dan kerja akan diberhentikan sementara jika anak kecil sudah bangun tidur. Masa untuk menyuapkan makanan dan menyiapkan baby supaya bersih dan wangi. Apabila anak kecil sudah bangun, pergerakan untuk membuat kerja rumah yang lain akhirnya terbatas.

Apa yang boleh dilakukan adalah perkara yang simple je seperti melipat kain, menyapu lantai dan memotong sayur. Ada juga ibu- ibu yang sambil menjaga anak terus menyediakan masakan tengahari, apatah lagi jka baby tersebut tidak menangis atau membuat perangai.

Biasanya baby akan tido balik apabila die kenyang dan penat bermain melebihi 2 jam. Selepas baby tido, masa inilah sang ibu pulun melakukan pelbagai kerja serentak.

  • memasak
  • menjemur kain
  • menyapu sampah yang belum habis tadi

Memasak saja biasanya memakan masa selama 2 jam. Ibu biasanya masak yang simple sahaja dan biasanya akan mengambil masa selama 1 jam. 1 jam berikutnya ibu akan berehat, kadang- kadang terlelap, kadang- kadang xdapat berehat kerana si kecil sudah terjaga.

Begitulah rutin harian seorang ibu. Memang patut seorang ibu digelar supermom tau, sebab ibu xkan berehat selagi kerja rumah masih belum selesai.

Antara Surirumahtangga Dan Engineer

Tidak pernah Ibu fikir, suatu hari nanti Ibu akan bergelar seorang surirumahtangga sepenuh masa. Ini bukan impian Ibu, Ibu bercita- cita mahu menjadi seorang guru. Cita- cita ini ialah impian yang Ibu tanam dari zaman sekolah rendah lagi.

Tetiba bila berada di politeknik yang beraliran kejuruteraan cita- cita Ibu juga turut bertukar. Masa ni tekad hati Ibu ingin menjadi seorang jurutera, bahasa glamournya engineer. Jadi Ibu berusaha bersungguh- sungguh untuk merealisasikan cita- cita Ibu itu.

Oleh kerana keputusan SPM Ibu yang cukup- cukup makan je, Ibu bermula dengan sijil, seterusnya diploma dan akhirnya ijazah. Ibu telah habiskan masa 8 tahun untuk pengajian semata- mata untuk menjadi seorang engineer.

konvokesyen-unimap-jurutera

Percaturan Allah lagi hebat, Ibu berkahwin sejurus selepas tamat peperiksaan akhir di universiti. Namun cita- cita Ibu tetap Ibu teruskan. Setiap hari Ibu menghadiri temuduga untuk bergelar engineer, namun sekali lagi Allah menguji.

Ibu disahkan hamil anak pertama, tiada lagi kilang yang sanggup mengambil seorang engineer lepasan universiti tempatan tanpa pengalaman dan rekod kerja.

Akhirnya, bermulalah kerja Ibu di rumah. Ya, dengan kehamilan anak pertama ibu akhirnya bergelar seorang surirumah sepenuh masa. Bergelar surirumah bukanlah satu kerja yang mudah. Tiada masa untuk goyang kaki, tidur sepanjang hari atau mengadap televisyen 24jam seperti yang diperkatakan oleh orang ramai.

Lagi pula jika anak semakin bertambah dan tinggal pula dengan mertua. 24jam ibu terisi dengan kerja- kerja rumah yang berlambak. Nak tahu kerja apa? Kita sambung esok la ye..heheh

Eh, ada jugak yang sama situasi seperti Ibu ek? Jom sharing cerita korang kat ruangan komen dibawah.

Pengedar Shaklee di Kuantan, Pekan, dan Kemaman

 

Pengedar Shaklee di Kuantan, Pekan, dan Kemaman

Pengedar Shaklee Kuantan, Pekan dan Kemaman
Pengedar Shaklee Kuantan, Pekan dan Kemaman

Nama saya Aisyah binti Abdul Madul

Saya mengenali Shaklee sejurus selepas menghabiskan pantang sewaktu melahirkan. Sepanjang tempoh berpantang selama dua bulan, saya hanya memberikan susu badan kepada bayi saya.

Apabila sudah kembali bekerja, saya cuba memberikan susu formula kepada bayi. Namun begitu, saya dapati bayi saya sentiasa menolak susu formula tersebut. Oleh itu, saya terpaksa juga memberikan susu badan supaya tumbesaran bayi saya tidak terganggu.

Walau bagaimanapun, lama kelamaan saya dapati susu badan saya semakin berkurangan dan bayi juga cepat berasa lapar. Sehinggalah pada suatu hari saya melihat sesuatu di facebook kawan saya iaitu ESP Shaklee. Selepas sebulan menggunakan ESP saya berasa susu badan saya lebih meriah, lebih pekat dan bayi saya cepat kenyang. Tidur malamnya juga tidak terganggu.

Saya juga dinasihati supaya mengambil ESP tersebut bersama-sama Alfalfa Complex. Alhamdulillah, hasilnya juga sangat memuaskan. Selain itu, saya turut mencuba vitamin Lecithin untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan.

Walaupun berat badan saya tidak bertambah dengan mendadak, tetapi dengan pengambilan ketiga-tiga produk ini saya berjaya mendapatkan berat badan yang dikehendaki. Dahulu sebelum berkahwin saya menghadapi masalah jerawat dan parut jerawat yang agak teruk. Tetapi sekarang tidak lagi kerana protein ESP juga berfungsi untuk kecantikan wajah. Saya sangat berpuas hati dengan keadaan muka saya sekarang. ESP juga sangat membantu saya ketika berpuasa.

Dengan pengambilan setiap pagi semasa bersahur, saya masih kekal bertenaga sehingga waktu berbuka kerana ESP memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang agak lama.

Saya juga turut mengesyorkan pengambilan Alfalfa Complex kepada suami saya. Ini kerana suami saya merupakan penghidap resdung yang agak serius. Selepas pengambilan Alafalfa selama hampir 3 bulan saya dapati suami saya mula serasi dan berpuas hati. Penyakit resdungnya juga dapat dikawal walaupun tidak hilang seratus peratus.

Saya dihubungi secara sms/ whatapp 0167253423

fb : Aisyah Abdul Madul

email : rajiman84@yahoo.com

0
Your Cart