All Posts By Pn Aminah Hussain

Tip Pemilihan Mainan Untuk Anak Speech Delay

Assalammualaikum ibu bapa bahagia semua.

Sebagai seorang penjual edu toy untuk anak- anak, Ibudoakan selalu diminta untuk cadangkan produk yang sesuai untuk anak speech delay. Alhamdulillah, kenalan Ibu iaitu Puan Izana seorang speech therapist ada berkongsi tip dalam permilihan mainan untuk anak yang di sahkan speech delay.

Tanda anak menghadapi masalah speech delay

Anak speech delay mempunyai masalah kemahiran bercakap seiring usianya. Sepatutnya:

Diusia 1 tahun- 1 setengah tahun dah boleh menyebut perkataan mudah seperti mama, ibu, baba, ayah

Diusia 2 tahun anak sudah boleh gabung 2 patah perkataan seperti “Nak makan”, “Dah habis”

Di usia 3 tahun anak sudah boleh gabungkan 3 hingga 4 patah perkataan seperti “Ibu ada burung atas pokok”

Tahap anak lambat bercakap pelbagai mengikut kemahiran asas

  1. Eye contact– bila bercakap dia boleh pandang mata kita, perhatikan apa kita buat
  2. Daya tumpuan
  3. Mengambil giliran– boleh pasing bola, pasing mainan
  4. Meniru- kemahiran paling susah bagi anak speech delay iaitu meniru apa yang kita cakap
  5. Menyesuaikan gambar- Tahap matching skills
  • Objek- dengan objek
  • Objek dengan gambar
  • Gambar dengan gambar
  • Gambar dengan gaya
  • Bermain

Sebagai seorang penjual barang mainan, soalan yang wajib ditanya pada mak ayah ialah “Apa target therapist untuk anak”

Contoh jawapan:

  • Melatih eye contact dengan orang
  • Nak anak lebih focus
  • Nak anak boleh bermain bersama kawan- kawan yang lain
  • Nak develop fine motor anak

Antara cadangan mainan:

Knob puzzle

Jangan bagi puzzle ABC, Nombor atau aliff ba ta dulu. Puzzle abc, 123 dan aliff ba ta boleh beri untuk anak speech delay 4 tahun ke atas.

Pemilihan knob puzzle kena ada latar belakang yang kosong atau tidak serabut.

Kebaikan knob puzzle:

  • Melatih anak meminta
  • Melatih anak develop motor halus- jika anak sudah boleh masukkan objek dalam puzzle, fine motor anak sudah ok
  • Melatih mengenal gambar
  • Meniru bunyi

Kitchen roleplay suitcase, Bermain masak- masak.

Target meniru percakapan. Paling mudah minta anak tanya mak dan ayah nak makan apa, anak masak. Mama nak air sirap, minta anak sebut sirap, jus, oren, nasi dan sebagainya

Wood cutting fruit and vegetable

Target anak dapat menyamakan objek, untuk fine motor, meminta objek dan mengenal warna/ objek.

Lacing bead

Target belajar meminta, kenal benda/ objek/ warna, latih fine motor jika anak boleh memasukkan tali dalam lubang pada objek

Genius button art/ mushroom nail

Target untuk melatih daya tumpuan anak, mengenal warna

Mengambil giliran selepas ibu letak bead anak ambil bead lain dan letak. Jika anak cabut balik bead maksudnya anak belum mencapai tahap boleh mengambil giliran

Anak akan belajar berkongsi, meminta

Fine motor- anak menolak button tu keluar dari

Matching egg- kemahiran menyamakan benda

Pemilihan Buku

Perlu memilih buku board book bagi memudahkan untuk anak yang mempunyai masalah kemahiran motor membelek buku

Buku tidak boleh melebihi 10 karektor

Cerita kena mudah/ simple

Background/ gambar dalam buku tidak serabut

Mulakan mengenal anak dengan gambar baru kosa kerja

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi 1001 manfaat kepada ibubapa yang mempunyai anak speech delay. Paling penting adalah apa jua mainan yang dibelikan untuk anak, ibubapa perlu turut sama bermain dengan mereka.

Artikel ini adalah berdasarkan FB live video daripada Puan Nurul Izana Abdul Rahman ( Speech therapist @Terapis Pertuturan Bahasa )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengedar balm tasneem kawasan sungai besi kuala lumpur

 

Assalamualaikum wbt

Nama saya Syuhaidah Binti Norazrin, berumur 29 tahun.

Saya adalah pemilik page Little Caliph Education Tools dan instagram edutoys.tasneem.nature.

Saya amat meminati aktiviti homeschooling dan disebabkan inilah, saya menceburi perniagaan online menjual educational toys dan buku untuk anak-anak.

Disamping itu, saya juga pengedar sah Balm Tasneem Naturel yang berpusat di Sg Besi dan kawasan sekitarnya. Saya memilih balm Tasneem Naturel sebagai kit kesihatan untuk anak saya kerana balm ini diperbuat dari bahan-bahan semula jadi dan InshaAllah selamat untuk penggunaan seisi keluarga.

Saya ingin membantu ibu ayah diluar sana untuk mendidik dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Sebarang pertanyaan atau pembelian educational toys dan balm Tasneem Naturel ibu-ibu boleh hubungi saya di 017 345 3305 (Aida).

Saya tidak menjanjikan yang terbaik tetapi saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam menjaga dan mendidik anak, Amanah Allah.

Pengedar balm tasneem kawasan Sec 32 Shah Alam, Kg Bukit Naga

 

Assalamualaikum..
Saya Azlida, 33 tahun. Merupakan suri rumah sepenuh masa. Mempunyai 2 orang putera dan 2 orang puteri. Alhamdullilah..

Saya merupakan seller online. Antara barang-barang yang saya jual adalah edu toys dan buku untuk baby dan kanak-kanak. Fb page saya adalah Smart Kid Toys Galery dan Bambamcomey Tasneemanturel. Saya merupakan agen sah Tasneem Naturel di Shah Alam.

Alhamdullilah balm ini banyak membantu saya uruskan emosi anak-anak di rumah dan di tempat awam. Bahan-bahan dari tasneem naturel balm ni adalah dari sumber organik, semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia. Produk muslim yang terjamin halal dan sangat selamat untuk kanak-kanak.

Dengan itu, saya akan bersama-sama dengan team mate yang lain untuk berusaha keras dan terus maju lagi, supaya saya dapat mengubah diri dan keluarga. Saya ingin membantu ibu-ibu lain di luar dengan memperkenalkan, menyampaikan kebaikkan produk

Tasneem Naturel dan ingin membantu ibu-ibu untuk menguruskan emosi anak-anak semasa mereka tidak sihat, masalah anak tantrum, sukar tidur dan lain2.

Kepada yang berdekatan dengan Sec 32 Shah Alam, Kg Bukit Naga boleh cod/pickup balm tasneem naturel dengan saya. Pos keseluruh malaysia.

Hubungi saya di nombor 011-2908 1984 (whatsapp)

Saya akan memberi konsultasi terbaik untuk ibu-ibu sepanjang penggunaan produk ini.

Pengedar Balm Tasneemnaturel Ampang dan Cheras

Assalamualaikum.

Saya Azzue, 35 tahun. Saya ada menjual barang-barang bayi dan kanak seperti educational toys dan buku. Saya juga merupakan Agen sah Tasneem Naturel yang berpusat di Tun Hussein Onn, Cheras Selangor.

Saya pemilik FB page dan Instagram Kaseh Emak. Saya sangat meminati produk yang berasaskan bahan semula jadi.

 

Saya memilih Tasneem Naturel sebagai kit kesihatan untuk anak-anak kerana ianya berasaskan bahan semulajadi. Ia juga sangat membantu saya menguruskan anak-anak dengan lebih baik apabila emosi, perilaku dan kesihatan anak-anak berada dalam keadaan yang sangat baik.

Saya ingin membantu ibu ayah diluar sana yang mempunyai anak yang selalu terganggu tahap kesihatan dan kerap sakit serta sukar makan ubat ubatan.

Dengan TASNEEM NATUREL hanya “sapu sapu je” InshaAllah berkesan.

Saya tidak menjanjikan yang terbaik tetapi saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam menjaga dan mendidik anak, Amanah Allah.

Berikhtiar mencari yang terbaik untuk anak anak syurga kita.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/6013-3405534/membantuibukeutamaankami

COD Balm Tasneem Naturel sekitar Cheras dan sekitarnya

 

PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

Semua ibu bapa akan risau apabila bayi mereka dijangkiti batuk dan selesema. Bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan baik. Sudah tentu tidur mereka juga akan terganggu. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran mereka.

Kebiasaannya bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, yang menghidap batuk dan selesema tidak akan diberikan sebarang ubat-ubatan oleh doktor. Ianya adalah normal selagi bayi masih aktif dan menyusu dengan baik.

Ini mungkin berlaku kerana terdapat lendiran yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir. Lendir (kahak) ini akan keluar sendiri melalui muntah atau najis.

Pencegahan

Disebabkan bayi sangat mudah dijangkiti, ibu bapa perlu kurangkan membawa anak ke tempat-tempat yang ramai orang. Ingat formula ini: semakin ramai anak kita berjumpa orang, semakin tinggi risiko untuk anak kita dijangkiti.

awas! Sekiranya batuk dan selesema diikuti dengan demam, malah anak kelihatan lesu dan kurang menyusu, segeralah ke hospital untuk mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif.
Sangat penting untuk kita sentiasa memantau keadaan anak kita. Jika mereka dijangkiti, berikan susu badan dengan lebih kerap supaya mereka akan lebih mudah termuntah. Ini akan membantu kahak keluar secara semulajadi.

Petua semulajadi

Saya akan kongsikan beberapa petua yang sangat berguna untuk diaplikasikan kepada bayi anda. Ini adalah rawatan alternatif yang kita boleh lakukan di rumah.

Walaupun batuk dan selesema biasa berlaku dan ia akan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi, kita perlu risau dan mengambil langkah cepat supaya ia tidak menjadi lebih teruk. Selain itu, jangan lupa berdoa supaya anak kita segera sembuh dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

1. TEPUK PERCUSSION


Tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang melengkung. Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu. Jangan menepuk pada tulang belakang bayi. Tulang belakang mereka masih belum kuat. Tepuk percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak.

2. PEMAKANAN IBU

Untuk ibu yang menyusukan anaknya, diet harian ibu adalah sangat penting. Ibu perlu lebih selektif terutamanya dengan makanan manis yang akan merangsang pengumpulan mukus. Ambillah makanan yang berkhasiat terutamanya sayur-sayuran hijau.

3. MINYAK BAWANG PUTIH


Bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya dan tambah minyak masak/ zaitun/ bayi. Lenyekkan bawang putih di dalam minyak tadi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya. Bawang putih memang sangat terkenal dengan sifatnya yang tinggi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan

4. KUNYIT


Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk sedikit kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

5. MANDIAN LEMON


Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.

6. GARLIC SOCKS
Bakar bawang putih, letakkan di dalam stokin anak (pastikan bawang putih yang telah dibakar tidak terkena direct dengan kulit tapak kaki anak)

7. HABBATUS SAUDA DAN MINYAK ZAITUN
Goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.

Di samping kita berikhtiar, jangan lupa untuk berdoa moga Allah beri kesembuhan buat si kecil kita. Jika mereka ceria, sihat dan gembira, itulah yang sangat membantu perkembangan mereka.

8. Sapu balm pada anak

Cara paling mudah untuk kesan segera supaya pernafasan anak tidak tersumbat ialah dengan sapu balm tasneemnaturel pada dada, dan tapak kaki anak.

 

Fungsi dan bahan dalam balm tasneem untuk selsema dan batu bayi. Sapu 2 kali sekali selepas mandi, anak akan dapat tidur lama walaupun masih dalam kedaan tidak sihat. Balm CF- Rub mampu mencairkan kahak dan kahak akan keluar bersama najis bayi.

Ada ibu bapa tidak sanggup memberikan anak ubat batuk kerana anak masih bawah usia 2 tahun. Jadi kawal suhu anak semasa demam dan sapu balm secara kerap. InshaAllah anak selesa.

untuk dapatkan balm tasneem ini boleh terus buat belian di sini

Boleh juga whatapp saya untuk info lanjut mengenai balm.

Essential oil bantu kawal tantrum anak

Anak kecil Mengamuk

Kita biasa lihat di pasaraya, pasti ada adegan anak kecil menangis sambil menghentak kaki sehingga berguling-guling di atas lantai. Ada juga yang menjerit-jerit selagi kemahuan mereka tidak dituruti. Nak tak nak, ibu bapa terpaksa mengikut kehendak anak dek kerana malu dengan pandangan dan label orang sekeliling.

Bagi yang mempunyai anak kecil pula, banyak aktiviti harian yang terpaksa ditangguhkan demi menjaga si kecil yang sentiasa merengek dan tidak selesa. Bila diperiksa pampers nya, semua ok. Perut pun tak kembung, susu pun sudah diberi. Jadi, apa yang tidak kena dengan si kecil kita ni? Buntu memikirkan apa lagi yang harus dilakukan untuk buat si kecil lebih selesa.

kontrol marah

Tantrum boleh berlaku apabila anak berada dalam emosi yang tidak stabil. Ia adalah cara untuk anak mengekspresikan perasaan mereka. Ramai ibu bapa yang mengeluh, malu, marah, sedih, dan kecewa bila menghadapi anak yang sedang tantrum.

Di tambah pula bila ada orang sekeliling yang mula melabel anak kita sebagai ‘nakal’ dan ‘tak mendengar kata’ disebabkan masalah tantrum yang sukar dikawal.

Ikhtiar

Jangan sedih! Sebagai ibu bapa, ikhtiarlah yang terbaik untuk anak-anak kita. Belajarlah mengawal emosi anak, tetapi dalam masa yang sama kita tidak terlalu mengikut kehendak mereka.

Selain faktor emosi, anak juga boleh jadi tantrum kerana sarafnya yang terlalu aktif. Mereka jadi tidak selesa tanpa sebab yang khusus. Ini kerap berlaku kepada anak kecil. Essesntial oil adalah antara salah satu penyelesaian terbaik yang boleh diberikan kepada anak kita.

Kebelakangan ini, essential oil semakin menjadi buah mulut kerana kelebihannya yang sangat banyak. Ia bukan sahaja digunakan untuk kesihatan tubuh badan malah turut digunakan untuk menguatkan emosi tenang, melegakan stress, serta mengatasi trauma.

Mengapa essential oil?

Walaupun essential oil mempunyai aroma tetapi ia bukan minyak wangi. Ia merupakan bahan ekstrak daripada tumbuhan dalam bentuk cecair yang sangat pekat dan mudah meruap.

Di dalamnya mengandungi bahan kimia aktif yang sangat baik untuk kesihatan badan serta bermacam lagi fungsi-fungsi lain.

Molekul essential oil adalah sangat halus dan mudah diserap masuk ke dalam salur darah, membolehkannya dibawa ke seluruh badan dan juga otak bagi memberikan kesan yang diingini.

Oleh sebab itu, essential oil ini hanya perlu di sapu pada tempat-tempat tertentu sahaja contohnya seperti di kawasan nadi dan di tempat yang berkulit nipis supaya ia lebih mudah diserap dan memberikan kesan dengan lebih cepat.

Lebih menarik lagi, essential oil mampu merangsang ‘amigdala’ iaitu bahagian otak yang dipanggil ‘pusat emosi’ di mana semua emosi (sedih, marah, kecewa, gembira) disimpan.

Keadaan seperti mudah cemas, kemurungan, autisme, fobia, dan lain-lain sering dikaitkan dengan fungsi amigdala yang terganggu akibat pelbagai sebab.

Jadi, dengan menghidu atau menggunakan essential oil ini, ia akan membantu unutk melegakan ketakutan, tekanan, trauma, serta menaikkan mood dan minda yang lebih positif.

Oleh itu, essential oil boleh digunakan sebagai salah satu alternatif untuk mengawal anak-anak yang kuat merajuk, mudah dan kerap tantrum, hiperaktif, autisme, trauma dan lain-lain.

Hakikatnya, kesihatan emosi adalah sangat penting. Anak yang bahagia dan stabil emosinya pasti lebih mudah untuk diurus dan lebih bijak dalam menangani masalah.

Mereka mudah untuk membawa diri dan lebih bersikap empati.

Dapatkan eo untuk kawal anak tantrum dalam bentuk balm. calit- calit je anak dah tenang. Boleh lihat perkongsian dari ibu dan ayah yang berpengalaman menggunakan balm ini untuk anak mereka yang tantrum teruk di page ibudoakan.

Punca Anak Mengamuk (tantrum)

ANTARA PUNCA ANAK MENGAMUK (TANTRUM)

Pernah tak ibubapa semua rasa malas nak bawa anak keluar? Sebab nanti anak akan mudah mengamuk dan membuat perangai depan orang.

Secara semulajadinya anak anak yang berusia 1-4 tahun adalah normal sekiranya mereka mengalami keadaan marah yang melampau. Rasa nak mengamuk dan kuat merajuk. Kebanyakan anak- anak akan mengalami hal ini tidak kiralah di negara mana sekalipun.

Tantrum biasa terjadi kerana beberapa punca. Antaranya ialah :

1. Kecewa.

Jangan dikira hanya orang dewasa saja yang boleh rasa kecewa atau frust menonggeng. Anak-anak pun mengalami hal ini.

Misalnya, anak-anak akan menjadi cepat marah apabila mereka tidak dapat sesuatu yang sangat mereka inginkan.

anak menangis

Dalam erti kata lainnya, mereka gagal. Kegagalan inilah yang mendorong wujudnya rasa kekecewaan, dan akhirnya kemarahan itupun meledak

2.Letih atau terlalu penat.

Anak anak yg keletihan dan kepenatan melampau akan menjadi mudah marah. Aktivitinya yg padat dengan waktu bermain akan membuat anak cepat marah & beremosi.

3. Ibu bapa terlalu menghalang.

Sikap orangtua yang terlalu banyak menghalang & mengekang anak turut menyumbang kepada penderaan emosi anak.

Anak akan berasa stress apabila dihalang untuk membuat sesuatu kerana mereka merasakan seolah olah tidak dipercayai. Anak anak ini pada suatu saat akan mencapai titik kemuncak stress dan mengakibatkan api kemarahan yang dipendam meledak.

4. Sifat dasar anak yang emosional.

Beberapa anak mewarisi sifat dasar emosional daripada ibu bapanya. Cek diri kita, adakah kita bersifat emosional?

Mereka ini cenderung untuk hilang sabar dengan mudah serta akan marah marah meskipun atas perkara yang remeh temeh.

anak nakal

5. Keinginan terlalu mudah dipenuhi.

Salah satu kesalahan yang lazim dilakukan oleh ibu bapa adalah terlalu mengikut kata anak anak. Semua keinginan anak dipenuhi dengan mudah tanpa mahu mendidik anak itu bagaimana caranya untuk memperoleh sesuatu yang diingini.

Menangis sedikit anak dipujuk dengan aiskrim atau mainan. Nah, akhirnya ini akan menjadi kebiasaan, & anak anak ini sudah mengenali pola game yang dibentuk sendiri ibu bapa.

Suatu ketika, dia ingin memiliki sesuatu, dia akan menangis & mengamuk jika keinginan tidak segera dipenuhi oleh ibu bapanya.

SHARE SEKIRANYA ANDA RASAKAN IA BERMANFAAT

Cara mengajar anak membaca

Salah satu hal terpenting yang harus diajarkan kepada anak sebelum memasuki sekolah adalah membaca dan menulis. Melatih anak membaca juga bukan merupakan hal yang mudah lebih- lebih lagi jika anak sangat suka bermain. Namun ibubapa sekalian jangan risau, kini ada beberapa tip mudah mengajar anak membaca.

Jom cuba:

  • Sediakan buku asas membaca seperti buku bacalah anakku, pantas membaca, buku suku kata dan sebagainya
  • cara mengajar anak membacaSediakan kad imbas, playdoh,blok kayu atau permainan lain yang menyokong aktiviti membaca

aktiviti anak suka membaca

Gunakan teknik yang menarik anak.

  • Anak kecil akan lebih mudah dalam membaca bentuk-bentuk dan gambar. Pada umumnya, anak usia 3-5 tahun sudah mula tertarik kepada gambar dan simbol.
  • Jadi sesi kad imbas sangat penting sebelum beralih kepada buku.
  • Imbas 10 kad selama 10 saat, kemudian baru beralih pada 1 mukasurat buku. Paling banyak 2 mukasurat sudah memadai bagi satu sesi.

Ketika mengajar anak, tolong hindari hal- hal yang boleh menganggu konsentrasi anak sepeti bunyi televisyen, radio atau smartphone anda. Tolong bertukar kepada silent mode.

Catat setiap sesi pembelajaran dan kemajuan yang ada untuk dianalisis sebagai bahan mengajar lebih jauh.

Cara bagi anak seronok membaca (perkongsian dari FB: Dr Siti Ujila Official)

Biarkan anak pilih buku yang dia mahu baca. Sebab bila anak yang pilih, dia sedang ada curiosity yang tinggi dan dari situ dia akan suka membaca.

Layankan anak ketika dia membaca seperti kita melayannya ketika bermain. Contohnya bila nampak gambar dalam buku tersebut, kita tanya

“Eh, ni gambar apa kakak? Kenapa dengan nenek ni? Kakak baca ek, nanti cerita dengan mama tau apa yang jadi dengan nenek ni, kesian mama tengok dia”

Tengoklah macamana anak teruja nak baca dan ceritakan pada kita.

Bila nak beri hadiah pada anak atau buatkan sesuatu yang menggembirakan hati anak, contohnya bawa anak berenang atau pergi ke taman mainan hingga anak sangat gembira, katakan yang

“Allah buat kakak gembira ni, sebab hari tu kakak rajin sangat baca buku yang mama baru beli tu. Allah sayang orang yang suka membaca. Tengok hari ni Allah dah buat kakak happy”. Biar anak tahu yang kegembiraan yang dinikmatinya itu ada kaitannya dengan ia suka membaca.

Pastinya, ada kaitannya dengan Allah menyukainya. And selepas itu, pancing anak untuk terus membaca; “So lepas ni kakak baca lagi buku rajin-rajin ye sayang”.

Berhentilah Sebelum Anak Bosan

Perkara paling penting dalam proses ini ialah berhentilah sebelum anak bosan. Bila anak sudah menunjukkan tanda bosan seperti lihat adiknya bermain, tidak senang duduk, segeralah habiskan sesi itu.

Tidak perlu paksa anak habiskan mukasurat atau buku. Cukup sekadar bacakan doa supaya anak mudah menerima apa yang dipelajarinya tadi. Sebagai ibubapa yang bijak, jadilah teman membaca bagi anak. Bermainlah bersamanya, menarilah bersama, bernyanyilah bersama, menmbaca juga perlu bersama.

Istiqamah lah sehingga 3 -6 bulan. Anak akan pandai membaca selepas itu. InsyaAllah.

Balm Homemade Atasi Anak Menangis

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Allah telah kenalkan balm homemade ini pada Ibu mulai sebulan yang lalu. Bayi comel kesayangan Ibu mulai bertenang dan jarang sangat menangis sekarang. Boleh baca sini apa yang Ibu hadapi dulu.

Jika ilmiy tertidur usai solat maghrib dan terjaga kembali masa Ibu dan ahli keluarga yang lain hendak tidur, Ibu hanya sapukan balm ini, urut tapak kakinya sekejap dan setengah jam selepas itu ilmiy akan tidur semula.

tiada tangisan lagi

Ibu dan abah sudah dapat tidur yang berkualiti dan lama. Tidur anak kesayangan Ibu yang lain juga nyenyak dan abang ilmiy yang hendak ke sekolah setiap pagi pun tiada lagi ‘drama’ setiap pagi.

Apa yang ada dalam balm ini sehingga dapat membuatkan ilmiy senyenyak dan setenang itu? Jom kita baca mengenai balm dan Roll On Tasneem Nature:

  • Kami hanya menggunakan bahan yang 100% semulajadi, tiada paraben, tiada SLS, tiada bahan kimia.
  • Bahan yang digunakan adalah minyak pati 100%, beewax, shea butter, olive oil, almond oil dan coconut oil.
  • ada 4 balm yang dirumuskan untuk menyelesaikan permasalahan yang biasa berlaku pada anak- anak terutama kembung perut, susah tidur, mudah selsema dan batuk serta menangis tidak tentu pasal.

Ada 2 jenis balm yang Ibu selalu sapukan pada ilmiy iaitu calm time dan sleep time Sebelum terlupa, Ibu nak cakap balm ini hanya sapu luaran sahaja, ada tempat tertentu yang khas untuk sapu balm supaya kesannya lebih cepat dan lama.

  1. Calm Time
    Produk ini membantu menenangkan anak anda jika dalam keadaan meragam atau tantrum. Hanya sapukan di tapak kaki, di belakang telinga, ubun-ubun mengikut kesuaian anak anda.tambahan bahan:
    Lavendar
    Bergamot
    Stressaway
    Peace and calm
    Orange
  2. Sleep TimeProduk ini membantu anak yang susah tidur. Ia mengandungi essential oil yang dapat seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Malah memberikan tidur nyenyak dan berkualiti. Sapu di kaki, belakang telinga, pergelangan tangan dan ubun-ubun.tambahan bahan:
    Lavendar
    Cedarwood
    Stressaway
    Orange
    Bergamot

Bahan utamanya ialah pati essential oil dan dicampur dengan VCO. Patutlah anak tenang dan rasa selesa, pati minyak ini sangat membantu menenangkan anak dan juga orang dewasa seperti kita. cuba kita tengok senarai essential oil untuk sleep dan relax

minyak untuk bagi anak tidur

Jadi pada ibubapa diluar sana yang mengalami masalah seperti kami, boleh la cuba dapatkan balm tasneem nature ini. Berbaloi dan tiada tekanan lagi bila kita habis idea mahu hentikan tangisan bayi.

seunit balm RM49 sahaja. WHATAPP 0175082443 UNTUK INFO LANJUT

Cara Tenangkan Bayi Menangis

Assalammualaikum WBT semua pembaca

Sudah agak lama Ibu tidak menulis di ruangan ini. Maafkan Ibu kerana tidak konsisten menyediakan ilmu untuk ibubapa sekalian, ini kerana Ibu mengandung dan melahirkan buat kali ketiga. Masa bersama si kecil dan bisnes juga sangatlah padat.

Alhamdulillah, Ibu sekali lagi telah selamat melahirkan anak lelaki dan diberi nama Muhammad Ilmiy, yang bermaksud yang terpuji ilmu. Semoga Muhammad Ilmiy memperoleh dan mnyebarkan ilmu yang baik sewaktu dewasa kelak.

MUHAMMAD ILMIY

Seperti ibu berpantang yang lain, 2 minggu selepas kelahiran Ilmiy mulai berjaga di waktu malam. Jika tidak selesa dia akan menangis walaupun sudah menyusu dan bertukar lampin.

Satu cara sahaja untuk buatkan Ilmiy tidur kembali, kami suami isteri terpaksa ‘tawaf’ satu rumah setiap malam. Fuh! Ibu dan bapa diluar sana juga mengalami situasi ini kan? Bermata panda sewaktu dalam pantang itu perkara biasa.

Ilmiy juga dibacakan surah rukyah 24 jam, kami juga berjumpa alim ulama untuk menenangkan Ilmiy jika dia mula hendak mengamuk. Alhamdulillah dengan pengalaman 3 anak sebelum ini, susah tidur malam ini hanya berlansung selama 2 minggu sahaja. Selepas itu Ibu sudah mula boleh tidur malam dengan tenang.

apple-learning-quran-thumbnail

Apple learning Quran ini peneman ilmiy semasa kecil. Senang je bagi dia dengar ayat suci Al Quran dari apple ini.

Sekarang permata berharga Ibu ini sudah berusia 4 bulan dan guess what?

Ilmiy sudah pandai merajuk!

Bukan merajuk biasa, merajuk dia disertai menangis seperti kena cubit dan lama. Allahhu, lagi sekali kami bergilir- gilir mendukung dan bawa ilmiy pusing satu rumah. Berpeluh jugalah sebab ilmiy sudah 7kg.

Bila Ibu update kelakuan anak soleh ini di facebook, ada seorang kawan minta Ibu sapukan balm buatannya sendiri pada ilmiy. Pucuk dicita ulam mendatang, Ibu setuju dan kawan ibu ini berikan 4 jenis balm seperti gambar di bawah.

balm homemade

Balm homemade dan dimasak dengan penuh kasih sayang, berasaskan ensential oil dan vco. Ibu sapukan yang calm time balm pada ilmiy. Apa tindakbalas ilmiy? nanti Ibu ceritakan pada artikel akan datang. Memang boleh hentikan tangisan bayi balm ini..Tunggu Ibu buat kupasan ye

0
Your Cart