Awas! Amaran Kencing Manis Tahap 1

Semalam Ibu mendapat berita, sepupu yang berusia 44 tahun disahkan mengidap kencing manis tahap 1. Mengejutkan kerana sepupu Ibu itu seorang yang kuat bekerja, aktif dan berat badan juga normal. Namun tidak dinafikan yang beliau cukup suka dengan minuman bergas dan jeruk.

Mungkin itu punca beliau mengidap penyakit ini. Sebelum memulakan sesi menyucuk diri sendiri dengan insulin, beliau datang untuk bertanyakan apa suplemen bagus untuk mengawal gula dalam darah dan bermulalah sesi konsultasi bersama beliau.

Apa itu kencing manis tahap 1? Bagi pengidap kencing manis atau diabetes tahap 1, pankreas mereka tidak dapat menghasilkan insulin. Insulin amat penting untuk membantu sel badan menukarkan gula kepada tenaga. Kekurangan insulin menyebabkan gula terbentuk dalam darah dan ianya adalah bahaya.

Tanda- tanda amaran kencing manis

Jika anda mengalami tanda- tanda seperti dibawah, berkemungkinan anda mengidap diabetes tahap 1. Untuk mengawal darah dalam gula, anda perlu mengambil insulin sepanjang hidup anda.

gejala- gejala-pengidap-kencing-manis

1. Rasa dahaga yang luar biasa

Anda masih dahaga walaupun sudah meminum air sehingga 8 gelas sehari. ianya disusuli dengan mult kering, nafas berbau dan kerap kencing.

2. Kehilangan berat badan

Apabila tahap gula dalam darah kekal tinggi, kencing manis tahap 1 sering membawa kepada kehilangan berat badan yang tidak di jangka, peningkatan selera makan dan kekurangan tenaga serta mengantuk.

3. Masalah kulit

Masalah kulit yang dimaksudkan disini ialah kulit gatal dan kering, jerawat yang bernanah dan jangkitan kulat pada kemaluan. Anda juga akan mudah mendapat kudis buta yang tidak diketahui dari mana jangkitan itu berlaku.

banner-naikkan-hb-1

4. Luka yang lambat pulih

Apabila anda ada luka akibat jatuh atau terhiris benda tajam, luka itu akan lambat puli berbanding biasa. Jaga- jaga jika anda terkena duri, kerana ramai pengidap kencing manis terpaksa hadapi keadaan di mana kaki atau tangan dipotong akibat terkena duri.

Kesimpulannya, jauhilah minuman- minuman bergas yang manis. Penyakit kencing manis ini berlaku kerana diri kita sendiri yang menjemputnya. Kadar pengambilan gula proses boleh kita kawal dengan azam dan semangat yang kuat. Bimbing diri sendiri dan keluarga ke arah kehidupan yang lebih sihat.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Kebaikan minyak ikan untuk anak
Awas! Amaran Kencing Manis Tahap 1

0
Your Cart