Bagaimana meminta maaf pada anak

Bagaimana meminta maaf pada anak

Dalam banyak perkara, Ibu yakin inilah perkara yang paling susah untuk dilakukan oleh kita sebagai ibubapa. Perlu Ibu tekankan kat sini, kita bukan lah ibubapa dizaman dahulu yang tidak pernah berbuat salah, kita adalah manusia biasa, yang selalu melakukan kesalahan terutama kepada anak sendiri.

Jadi jika kita mahu menjadi ibubapa role model kepada anak, mulakan latihan meminta maaf kepada anak atas perkara yang pernah melukai atau menyakiti hati anak kita. Contohnya kita memarahi anak kerana mereka mengganggu kita semasa kita penat, memukul dan membentak anak atas kesalahan mereka yang remeh temeh.

Mulakan berlatih meminta maaf daripada anak kita. Persoalannya kenapa perlu minta maaf? Tambahan pula kepada anak- anak sendiri? Sebenarnya anak memerlukan contoh atau role model yang anak boleh dijadikan contoh. Adakah kita suka apabila anak berbuat salah dengan rakan sebayanya, tetapi tidak mengakui kesilapan itu sebab tak pernah nampak ibu atau bapa meminta maaf.

ajar anak minta maaf

Masalah mental bangsa kita ialah ego, enggan mengakui kesilapan sendiri dan meminta maaf. Bandingkan saja dengan bangsa jepun yang mudah meminta maaf tetapi sanggup membunuh diri sendiri akibat malu apabila berbuat salah. Bukanlah maksud Ibu di sini mahu anda memnbunuh diri, namun sikap merendahkan hati dan meminta maaf itu adalah tanda jiwa yang besar dan sebaiknya dipupuk dari awal usia lagi.

Anda boleh mengikuti cara ini untuk memohon maaf kepada anak:

• Mengaku. Jika memang Anda salah, Anda harus mengakuinya di depan anak.

• Tenang. Sebelum anda meminta maaf dengan tenang, anda perlu menenangkan diri terlebih dahulu.

• Ikhlas. Ketika meminta maaf, anda harus ikhlas. Anak biasanya akan mengetahui anda ikhlas atau tidak, jadi harus ikhlas dan buangkan ego.

• Terus terang. Berterus terang tentang permohonan maaf anda secara langsung dan tidak berbelit-belit. Anda haruslah memohon maaf atas sikap anda bukan keperibadian anda. 

• Jangan menyalahkan. Sebelum atau sesudahnya permohonan maaf, jangan sesekali menyebut ayah bersikap begitu kerana anak. Hal ini akan menyebabkan anak berasa bersalah. 

• Berbincang. Ajak anak melihat kembali kepada masalah berlaku dan cadangkan suatu cara yang akan dilakukan jika masalah yang sama kembali berlaku.

• Jangan Berlebihan. Minta maaflah dengan sewajarnya, kerana memang anda yang salah dan perlu meminta maaf walaupun bukan dengan anak sendiri.

cara-minta-maaf-pada-anak

• Lupakan. Semua orang biasa berbuat salah, jadi sesudah minta maaf dan cari jalan keluar, lupakan masalah tersebut dan berusahalah untuk tidak mengulanginya lagi.

• Ajarkan cara menjawab permintaan maaf dari orang lain. Anak perlu tahu dengan ayat “Ya, ibu maafkan kamu,” berguna untuk mengajarkan anak memaafkan kesalahan orang lain.

Memang tak mudah menjadi pihak yang salah kerana semuanya jadi serba salah. Namun masalah yang datang tentu jadi pembelajaran yang baik bagi ibubapa dan juga bagi anak itu sendiri. Semakin dewasa anak kita, hubungan pun semakin indah dan intim.

Add Your Comment

CommentLuv badge

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No posts found.

Make sure this account has posts available on instagram.com.

Subscribe Our Newsletter!

AncoraThemes © 2020. All Rights Reserved.