Balm Trub Tasneem Naturel untuk kembung perut bayi dan anak

T-RUB produk tasneem naturel yang ketiga popular selepas CF-RUB dan Calm Time sepanjang setahun K.Amy menjual produk ini. Mungkin sebab mintak telon banyak di pasaran agaknya, jadi pilihan untuk pelanggan memilih T-RUB tu agak tipis.

Tapi yang sangat istimewanya T-RUB ni.. bukan minyak telon sebarang telon, banyak sangat kegunaannya dan antara BALM KEGEMARAN K.AMY.

Nak tahu sebab apa K.Amy sangat suka balm ini? Sebab K.Amy ada anak yang berumur 5 tahun namanya Ehsan yang ada picky eater , bila budak terlalu memilih makanan akan ada masalah penghadaman selain kerap muntah kerana perut mudah masuk angin.

Puncanya sebab terlalu memilih makanan dan tak suka makan. Bila terlewat sikit siapkan makanan dia, mulalah perut dia buat perangai. Cepat masuk angin dan sukar buang air besar. Sangat merisaukan kalau Ehsan mula berhari-hari tak buang air. Pada fikiran K.Amy, mungkin perut dia tak tahu nak buang apa dari badan dia, semua meresap jadi tenaga. Jadi, perut cepat lapar.

Dulu, sebelum jumpa T-rub, K.Amy memang tak buat apa-apa, Cuma peka pada masa makan Ehsan je. Bila dah jumpa T-rub, K.Amy pun cubalah sapu T-rub seperti yang disyorkan, tapi lain jadinya. Ehsan tidur nyenyak.

Eh, kenapa pula Ehsan tertidur? K.Amy terus search fungsi essential oil ni kat MR GOOGLE. Oh, ada lavender rupanya, salah satu perangsang mood relaks dan tidur. Okay, take noted. Mungkin balm ini sudah mula ‘bekerja’.
Sebaik sahaja Ehsan terjaga, Ehsan buang air besar dengan sangat banyak. Alhamdulillah…syukur.

Percaya atau tidak, sejak peristiwa ini, sehingga sekarang Ehsan dah tak muntah lagi dan bila sehari Ehsan mula tak buang air besar, cepat-cepat K.Amy sapu T-rub. Paling cepat selepas 30 minit Ehsan mesti membuang.

Selain Ehsan, K.Amy pun kerap menggunakan T-rub, berat pun dah turun, ia berkesan nak turunkan berat badan selain ia juga dapat mengeluarkan toksin dalam badan.
Menarik kan??

Pertama kali Ehsan guna balm trub tasneem

Jom K.Amy cerita sikit apa kandungan bahan semulajadi yang ada di dalam balm ini beserta fungsinya:

Junipers : mempunyai ciri-ciri anti bakteria dan anti kulat yang boleh mencegah jangkitan bakteria pada salur kencing selain membantu merangsang enzim pencernaan dan menyerap protein, lemak dan nutrient daripada makanan.

Tangerine : dapat membantu sistem perkumuhan dan penyingkiran toksin dalam badan selain ia membantu menyembuhkan luka jika ada di dalam perut.

Fennel: membantu mencegah dan melegakan kembung perut. Ia juga terkenal sebagai antimaspodic yang dapat mengurangkan kesakitan gastrik, senak perut, loya dan sendawa.

Patchoulli : berkesan bagi mengurangkan keradangan dan kemurungan. Ia juga bersifat antiseptik yang menghalang jangkitan pada luka.

Ginger: antara yang biasa kita dengar dan arif dapat membantu buang angin dalam perut. Ia juga bertindak membuang toksin dalam badan.

Lemongrass : ia membantu menurunkan suhu badan yang tinggi, mengekalkan fungsi sistem penghadaman dan meningkatkan pembuangan air kecil.

Lavender: ia dapat memperlahankan aktiviti sistem saraf, memberi rasa relaks dan meningkatkan mood selain dapat meningkatkan kualiti tidur serta mood yang lebih stabil.

Wildmill : ia dapat membantu mengendurkan otot usus, membuang angin dan membantu masalah penghadaman.

Kebaikan T-rub pada bayi pula:

  • Ia membantu melegakan kembung perut bayi
  • Menyelesaikan masalah sembelit.
  • Mengurangkan kuning bayi sekiranya jaundice.
  • Melegakan Cirit-birit dan muntah-muntah.
  • Cara sapuan bagi pengguna T-rub adalah dengan melakukan sapuan berbentuk “I LOVE U” iaitu meletakkan kedua ibu hari pada pusat bayi dan menggerakkan jari-jari lain dengan membuat bentuk LOVE. Kemudian, sapu di kedua telapak kaki.
  • Selain T-rub, kesemua balm keluaran Tasneem Naturel sememangnya menjadi pilihan K.Amy sebagai persediaan waktu perlu.

Keistimewaan Balm keluaran Tasneem Naturel pula ialah:

  • Setiap Essential Oil yang terdapat pada balm mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS)
  • Beeswax
  • Shea Butter
  • Minyak Kelapa Dara

Sekitar Klang, Selangor yang berdekatan dengan Kg Delek boleh hubungi saya 0136843692 (Maryam)

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Susu Penuh krim Puremil, Susu Tambah Berat Dan Memenuhi Keperluan Nutrisi Anak Anda
Balm Trub Tasneem Naturel untuk kembung perut bayi dan anak

0
Your Cart