Bayi Umur 9 Bulan Dah Mengenal Huruf

As Salam ibu- ibu semua.

Adakah bayi ibu- ibu semua sudah mengenal huruf dan nombor? Anak saya umur setahun 4 bulan dah mengenal huruf seperti dalam video adik Raisya di bawah. Menakjubkan kerana Raisya @ Bree hanya berusia 9 bulan. WOW!!!

Apa yang kami buat untuk mendidik Ikhwan dan Raisya? Tidak lain dan tidak bukan, caranya ialah dengan mengenalkan flashcard huruf, nombor kepada anak seawal usia anak 5 bulan lagi secara konsisten.

Konsisten yang bagaimana? Luangkan masa bersama anak selama 10 hingga 15 minit setiap sesi bermain. Jika anda ibu bekerja, anda boleh lakukan ini di waktu malam sementara anak hendak tidur.

Mari Ibu kongsikan tips dan panduan buat ibu yang mengajar sendiri anak mereka di rumah. Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah.

Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran :

bayi-kenal-huruf-9-bulan
contoh kad imbas bayi

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.

2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula.

3. Beri anak mainan ‘fidget’ untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.

4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.

5. Apabila membaca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.

6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca.

7. Flashcard yang digunakan hendaklah besar, terang dan berwarna- warni. Selepas sesi membaca, bagi anak pegang flashcard itu dan biarlah dia nikmati sendiri berada di alam flashcard.

Jangan terkejut jika anak sudah mengenal huruf semenjak usianya 9 bulan. Anak syurga kita semua dilahirkan sebagai genius, mereka mampu membuat perkara lain yang lebih daripada itu.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

4 Comments
  • Rujautih
    October 21, 2014

    Material atau bahan yang menarik selain selamat untuk anak anda. Saya pernah baca tentang flashcard ni. Memang betul dah ramai yang menjadikannya sebagai alternatif terbaik mengajar anak membaca.
    Terima kasih dengan artikel yang bermanfaat..hehe

    • Pn Aminah Hussain
      October 21, 2014

      Terima kasih miz@ rujautih kerana sudi singgah di blog Ibu..moga nanti bermanfaat utk anak yg bakal lahir nanti..

  • rika
    October 22, 2014

    Menarik k.min:-), teringat ketika saya mengajar di penang dulu. Bestnyer mengajar anak2 falshcard. Selalunye kalau anak kecil suka menggigit flash card. Habis lunyai dibuatnyer. Teringat semasa kursus dulu, ada penceramah beritahu, sediakan 3 flash card. Satu tampal di dinding, satu untuk anak pegang (selalunya memang akan rosak) dan satu lagi memang khas ibu punye.Memudahkan proses pembelajaran. Selalunya kita akan marah anak bila falsh card rosak.

    • Pn Aminah Hussain
      October 22, 2014

      ajar anak sendiri pun best rika..huhu..anak2 memang patut diberi flashcard ni sebagai mainan. bukan toy yg tidak bermanfaat. nanti k.min kongsikan lagi buku- buku yang lain ye

Produk Kami

Previous
Pedihnya Ulser!
Bayi Umur 9 Bulan Dah Mengenal Huruf

0
Your Cart