Bebaskan Anak dari Sifat Penakut

Lazimnya ibu bapa akan menakutkan anak untuk menghalangnya daripada melalukan sesuatu yang tidak diingini. Contohnya untuk menghalang anak pergi ke dapur, ibu akan mengandaikan ada ketakutan dalam kegelapan.

Perkara begini adalah merupakan salah satu sebab anak menjadi penakut dan sukar menghadapinya. Perasaan takut ini memberi impak negatif dalam tumbesaran emosi anak. Justeru wajarlah kita didik anak- anak syurga kita supaya hanya takut pada Allah yang Esa.

cara bagi anak berani

Kenal Allah

Untuk mengatasi ketakutan ini, anak- anak perlu dididik dengan mengenali Allah dan memahami apa iti iman. Pendidikan iman yang mantap dalam diri anak sedari kecil akan menjuruskan perasaan dan emosi yang hanya takutkan Allah. Apabila nak faham maksud iman kepada Allah, akan timbul sifat YAKIN dalam diri bahawa Allah sentiasa menjaganya dan sentiasa dekat dengannya tanpa mengira masa dan ketika.

Selain itu, berikan kepercayaan pada anak untuk memikul tanggungjawab dan boleh membuat keputusan sendiri. Bagaimanapun lihatlah kepada umur dan dan kemampuan anak. Pastikan tanggungjawab yang diberi mampu dipikul dan perbuatan itu ada manfaatnya untuk anak.

Kepercayaan yang ibu dan ayah berikan akan menanam sifat yakin dalam diri anak, pengalaman melakukan hal tersebut juga membentuk persepsi kehidupan yang baru buatnya. Persepsi ini penting untuk membenam perasaan takut yang bersarang dalam hati anak.

Bergaul

Setelah anak mencapai usia yang mampu berfikir atau lebih tepat 3 tahun, anda perlu dedahkan anak dengan aktiviti masyarakat. Ajarkan cara bergaul dengan rakan sebaya, yang lebih dewasa dan juga yang lebih muda.. Pergaulan yang luas dan kenalan yang ramai dapat menghilangkan rasa takut dalam dirinya dan melahirkan keyakinan serta keberanian.

Bagi ibu- ibu yang hebat, macam mana nak urus anak-anak kita supaya tak kacau masa nak buat kerja? Apa nak buat dengan diorang agar takde lah berebut- rebut iPhone dengan kita lagi dah? Jawapannya, ada dalam video ni,

Jika berlaku kesilapan dalam pergaulan, misalnya anak berebut mainan dengan rakan, elakkan menegur anak di hadapan kawan- kawanya. Ini akan mengagalkan usahanya untuk melenyapkan rasa takut malah akan menambah perasaan rendah diri dan kurang keyakinan dihadapan kawan- kawannya tadi.

Selain itu, untuk menghilangkan perasaan takut ini, kita terlebih dahulu perlu menghindari perbuatan menakut- nakutkan anak. Tidak kira apa tujuannya, yang penting ia harus dihentikan. gantikan dengan penerangan yang jelas mengenai perbuatan itu. Terangkan kenapa anak tidak boleh ke dapur sendirian setelah suis dimatikan, anda boleh beritahu anak yang nanti anak akan terlanggar meja dan akan berasa sakit.

Jiwa kental

Didik anak supaya berhadapan dengan perasaan takutnya. Contoh jika anak takut pada gelap, ajar dia bagaimana untuk  menghadapi suasana itu. Duduk bersama anak dalam gelap dan suruh anak mengambil sesuatu yang disukai di tempat gelap itu. Jika dilakukan secara berterusan ia akan menghindari perasaan takut pada anak.

Justeru kepada semua pembaca ibudoakan.com, perasaan ini boleh dihindari daripada terus menerus menetap dalam diri anak kita. Tindakan harus dimulai sekarang agar perasaan tersebut tidak akan menjadi penghalang kepada kejayaan anak di masa hadapan. Persiapkan anak untuk menjadi individu yang kental jiwanya dan tegar berdepan dengan sebarang halangan sesuai dengan pesan Nabi SAW : “mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge