Bila anak tidak suka susu formula

Pernah tak ibu- ibu hebat semua menghadapi dilema yang mana anak selepas umur 2 tahun tidak suka pada susu formula.? Anak Ibu yang berdua ni tidak suka pada susu formula atau susu tepung walaupun berperisa coklat, madu dan sebagainya. Setiap kali Ibu berikan susu yang dibancuh dengan air panas suam, mesti anak keluarkan atau muntahkan balik.

Not-drinking-milk

Ibu juga seperti ibubapa yang lain, risau mengenai jumlah kalsium yang diambil. Selama ini ibu tertanya- tanya adakah anak- anak ibu mendapat zat kalsium yang mencukupi hanya daripada pemakanan seharian yang boleh dikatakan agak seimbang. Untuk pengetahuan semua, Ibu berjaya menyusukan anak sehingga usia mereka 2 tahun. Alhamdulillah.

Pengambilan kalsium yang cukup amat penting bagi proses tumbesaran si kecil dan memastikan tulang yang kuat dan sihat selain mengelakkan daripada kecederaan mudah pada tulang. Kalsium juga penting bagi memastikan jantung sihat. Khasiat utama susu adalah untuk keseimbangan nutrisi utama, iaitu karbohidrat, protein, lemak selain mengandungi zat kalsium yang tinggi.

makanan-kaya-kalsium

Sekiranya si kecil tidak suka minum susu, maka makanan pengganti seperti yogurt, keju dan susu soya boleh diberikan pada si kecil. Antara makanan lain yang kaya kalsium adalah bayam, salmon, sardin dan jus buah orenn yang diperkaya. Keperluan kalsium kanak kanak berusia setahun hingga tiga tahun adalah 500mg/d, manakala bagi kanak kanak 4 hingga 6 tahun adalah 800mg/d.

kandungan-kalsium

Ibu selalu mengikuti perbincangan Dr Suriyakatun di pagenya. Dia mengatakan budak- budak berusia 2 tahun ke atas tidak perlu minum susu formula, apatah lagi jika anak itu menderita penyakit eczema atau mudah terkena ruam. Susu formula semakin memudaratkan penyakit berkaitan eczema. Boleh bertukar kepada susu kambing atau susu segar. Kekerapan pula hanya perlu sehari sekali sahaja.

Jadi ibu- ibu semua tidak perlu risau jika anak seusia 2 tahun ke atas menolak susu formula. Yang paling penting kawal jumlah gula yang masuk ke dalam badan anak dan pastikan anak mendapat makanan seimbang yang mengandungi kalsium, protein dan sebagainya.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

2 Comments
  • Devan
    February 8, 2019

    Cik anak saya normal x de apa masalah.tiba2 x minum susu formula.bila bg susu dia tolak meradang teros nynagis x terhenti bole cadangan x apa masala dia ni. Tq

    • Pn Aminah Hussain
      February 18, 2019

      kena tukar puting rasanya. kena try and error

Produk Kami

Previous
5 makanan yang boleh menganggu mood anak
Bila anak tidak suka susu formula

0
Your Cart