Buku Panduan Didik Anak Terbaik

Assalammualaikum semua pembaca yang dikasihi..

Lama sudah Ibu tidak menulis entry baru disini. Ibu sebenarnya sibuk dengan anak yang baru memulakan sesi persekolahan 2016 dan Ibu menumpukan sepenuh perhatian pada anak supaya dia dapat membiasakan diri di alam persekolahan tadika.

Alhamdulillah, sudah 4 bulan berlalu, anak Ibu sudah pandan solat berjemaah, membaca 2 suku kata dan pandai bergaul dengan kawan- kawan sebaya. Tiada lagi drama airmata setiap pagi dan anak Ibu juga bergembira di sekolahnya.

Ibu juga gembira kerana dapat meluangkan masa membaca buku- buku kegemaran Ibu..hari ini Ibu nak kupaskan mengenai sebuah buku parenting yang Ibu rasa wajib dimiliki oleh setiap rumah. Ini adalah buku terbaik daripada penulis Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Buku tips didik anak

Semakin banyak membaca, semakin rasa ‘ kurangnya ilmu keibubapaan ini’

Pendidikan berlangsung sepanjang hayat.

Ia bermula daripada pemilihan calon suami dan isteri ataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad.

Justeru, pendidikan bermula dari rumah dan guru yang pertama adalah ibu. Buku parenting terbaik ini adalah jawapan kepada persoalan para ibu bapa yang mahu memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang disarankan Islam.

Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid.

Hasrat pendidikan awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia.

Buku ini memberi fokus kepada peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat, lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.

Buku Parenting Terbaik untuk dimiliki.. Untuk info lanjut boleh hubungi whatapp admin 0175082443

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
9 cara menerima kelahiran bayi cara islam
Buku Panduan Didik Anak Terbaik

0
Your Cart