Cara Ajar Anak Pandai Mengaji

As Salam

Pagi isnin pagi yang ceria. Indahnya waktu dhuha ini tidak terungkap dengan kata- kata. Seperti bait- bait makna dalam doa dhuha:

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu .

Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Ibu selalu membaca doa dhuha ni kuat- kuat selesai solat dhuha. Kerana apa? Kerana ingin memperdengarkan doa yang indah ini kepada anak Ibu. Menakjubkan kerana Muhammad Iman telah menghafal doa ini, dan selalu dibaca pada waktu hujan. Ibu pun tidak tahu kenapa dia memilih menyanyikan doa ini pada waktu hujan.

Pelajaran yang paling berkesan untuk anak dari umur 0 hingga 4 tahun ialah dengar dan lihat. Memang ini terbukti pada Iman yang baru berusia 3 tahun setengah, mengenal huruf pun belum 100% tetapi hafalan dia terbaik. Iman sudah mahir membaca doa naik kenderaan, doa dhuha, doa masuk tandas dan menghafal sampai surah Al Zalzalah.

Hari ini Ibu nak kongsikan apa mainan yang diberikan pada Iman semanjak kecil

1. Juz Amma

vcd al quran best

Seawal kelahirannya Ibu memperdengarkan surah- surah yang ada di dalam vcd Juz Amma ini. Tidak dinafikan yang Iman anak yang kuat menangis semasa dalam pantang, namun surah- surah lazim ini mampu meredakan keadaan yang tetang semasa pantang. Biasalah emosi dalam pantang memang semuanya tekanan.

2. Softbook

buku bayi

Kita mesti menunggu waktu untuk membelikan anak buku kan. Tidak sabar mahu kongsikan ilmu- ilmu daripada buku, namun buku yang ada di kedai tidak mesra bayi. Jadi Ibu memberikan anak softbook ini semenjak umurnya 5 bulan lagi. Boleh gigit, masukkan dalam mulut dan tidak datangkan kecederaan pada bayi.

Dulu sangat susah cari softbook ini, kalau ada pun yang berjenama mickey atau disney. Harga tentulah berganda mahalnya. Softbook ini harga pun murah dan yang penting bercirikan islamik. Iman sangat suka sampai bawa tidur sekali.

3. Apple learning Quran

apple learning quran

Cantikkan epal ni? Lagi cantik apabila di on dan bergema  lagu- lagu nasyid serta doa- doa pendek yang mesra telinga bayi. Walaupun kadang- kadang epal ini dilempar sekeliling rumah, namun ianya tahan lasak dan mempunyai lampu warna warni yang boleh menarik minat anak. Sekarang epal ini diwariskan pula pada adiknya Ikhwan.

Selain itu, flashcard, mainan yang mendidik dan lego adalah mainan wajib diberikan pada anak- anak. Ibu- ibu semua boleh like page ini https://m.facebook.com/babybijakislamictools?_rdr untuk dapatkan mainan berpendidikan yang sesuai dengan usia anak.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Tabahnya diri mu kawan..
Cara Ajar Anak Pandai Mengaji

0
Your Cart