Cara Untuk Bersihkan Gigi Anak Kecil

Bila anak tumbuh gigi pertama

Pertumbuhan gigi bagi kedua- dua anak saya adalah hampir sama. Sebatang gigi dibahagian bawah mula tumbuh apabila mereka mencecah umur 8 bulan. Bagaimana dengan anak ibu- ibu semua diluar sana? Umur berapa anak anda mempunyai gigi?

Dengan tumbuhnya gigi, ini bermakna anak kita sudah bersedia untuk menerima makanan yang mempunyai sedikit tekstur. Kita sudah boleh memperkenalkan anak kepada makanan pejal seperti potongan lobak dan ayam yang dihiris nipis- nipis.

cara-berus-gigi-anak

Namun, dengan memperkenalkan anak kepada makanan yang bertekstur ini, ia akan menyebabkan karies pada gigi anak. Senang cerita, gigi anak akan kekuningan jika tidak dibersihkan dengan segera. Apa kaedah paling sesuai untuk mencuci gigi anak? Adakah perlu untuk membeli berus gigi dan ubat gigi yang khas untuk kanak-kanak?

Cara cuci gigi bayi

Di sini saya kongsikan cara saya menjaga dan mencuci gigi anak.

1. Basahkan napkin anak dengan air suam.

2. Mulakan mencuci pada lelangit anak diikuti dengan lidah dan seterusnya gigi anak.

Mudah, senang dan cepat. Tanpa perlu memdedahkan anak kepada ubat gigi berflourida yang mungkin tidak sesuai lagi untuk anak pada usia mereka yang masih kecil. Perlu diingatkan, cara cucian ini tidak boleh ditangguhkan. Setiap kali anak selesai menyusu ( walaupun susu badan sepenuhnya) dan selepas makan terus sahaja cuci mulut dan gigi anak dengan menggunakan kaedah di atas.

Saya telah mempraktikkan cara ini semenjak anak saya tumbuh gigi dan alhamdulillah sampai sekarang anak saya berumur 3 tahun setengah tiada masalah gigi kuning, buruk, mereput atau mulut berbau.

Saya juga membeli berus gigi kanak- kanak sebagai latihan untuknya membiasakan diri dengan memberus gigi. Tetapi saya tidak menyediakan ubat gigi berfluorida kerana saya merasakan anak saya masih terlalu kecil untuk didedahkan dengan bahan kimia dan pengawet.

Yang paling penting, bawa anak ke klinik pergigian untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian sekurang- kurangnya 2 kali dalam setahun. Sekiranya berlaku kes kecemasan pada gigi anak anda,seperti gigi berdarah bawalah segera ke klinik gigi.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Anak Demam. Apa Yang Perlu Dibuat?
Cara Untuk Bersihkan Gigi Anak Kecil

0
Your Cart