Cara dapatkan anak kembar

Topik pada hari ini mesti ramai yang teringin kan? Siapa tidak mahu anak kembar dan comel- comel ini. Topik ini Ibu pilih kerana ingin merancang anak yang seterusnya.

kembar lelaki perempuan

Mudah- mudahan dapat anak kembar perempuan kerana Ibu mempunyai genetik kembar yang kuat. Iaitu arwah ayah Ibu ialah kembar lelaki, Hussain nama ayah Ibu, Ismail nama kembarnya.

Jadi dengan sedikit ilmu yang diselidik, Ibu ingin kongsikan dengan para pembaca sekalian. Jom kita lihat apakah faktor penyebab kepada kehamilan kembar.

1. Genetik Kembar

Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ibu ada genetik ni. he…he..Ini kerana gen sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Gen yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur untuk hamil kembar

Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi akibat daripada rawatan kesuburan yang dijalankan.

3. Bilangan Anak

kembar cerdik

Lagi ramai anak, peluang untuk anak seterusnya kembar adalah tinggi. Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian

Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

banner-naikkan-hb-1

6. Pengambilan Ubat Kesuburan

Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

7. Berkahwin dengan keturunan kembar

Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu dengannya.

Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi. jadi cari pasangan anda yang mempunyai genetik kembar, itu paling senag dan tanpa risiko besar.

Petua khas untuk dapatkan anak kembar

pemakanan untuk kehamilan kembar

Banyakkan makan ubi, kentang dan susu segar. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu segar dari zaman muda, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.

Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu segar bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak disamping pemakanan tambahan yang lain.

Doa untuk mendapatkan anak kembar :

1) Surah As-Saaffaat Ayat 120

petua-hamil-kembar
2) Surah As-Syura ayat 50:

rancang jantina anak

Apa pun TAHNIAH kepada pasangan yang bakal mendapat anak kembar, jaga diri dan amalkan pemakanan serta suplemen yang bagus semasa hamil. Bawa 2 orang dalam perut itu adalah saat- saat yang mengujakan dan menguji kesabaran.

Anda ada sebarang petua untuk IBu? Jom kongsikan di bahagian komen…

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

3 Comments
  • Rujautih
    January 3, 2015

    Wah..memang agak jeles (perasaan baik) apabila melihat pasangan yang mempunyai anak gambar nieee..sy sendiri ada kwn satu sekolah mendapat ank kembar pd kali pertama kehamilan beliau.
    Mungkin dia jenis suka minum susu dari kecil(tiba2 teringat kenangan sewaktu bersama) atau mungkin jg faktor genetik kot.hehe.tp lupa nak tnya plak! Bagus artikel ni ble mnjd peledak semangat nk dapat anak kembar. Siapa tahukan? Kot2 usaha yang dibuat dgn mengikuti sarana di atas, lalu Allah makbulkan doa.hurmm.tqs atas perkongsian.☺

    • Pn Aminah Hussain
      January 4, 2015

      dapat anak kembar memang best rika..tapi nak membesarkannya bukan mudah..huhu
      moga Allah makbulkan doa rika untuk memperoleh anak..aminn

  • Jaja Zaleha
    April 10, 2019

    Cerita pasal kembar ni, saya teringat kawan saya yang maknya ada kembar seiras. waktu kecil-kecil, dia sendiri tak kenal mana satu emaknya dan tersilap panggil..hahaha
    Jaja Zaleha menulis…Vitamin Kesuburan Untuk Lelaki | Ikhtiar Dapatkan Zuriat Sebagai Penyeri RumahtanggaMy Profile

Produk Kami

Previous
Cara didik anak sukakan al quran
Cara dapatkan anak kembar

0
Your Cart