Cara didik anak sukakan al quran

Malam jumaat yang penuh barakah. Salam kepada semua pembaca blog Ibu.. sudah lama ibu tidak menulis entry baru disini kerana mempunyai masalah dengan bandwith website. Maaf ye jika ada yang ternanti- nanti perkongsian sedikit ilmu daripada Ibu, seorang ibu kepada 2 anak syurga dan alhamdulillah menginjak ke usia 31 tahun pada tahun 2015.

Sedang khusyuk membalas mesej private daripada rakan yang bertanyakan set kehamilan yang lengkap, Ibu terpandang satu status yang dicopy paste oleh salah seorang kawan facebook Ibu. Ceritanya bagaimana seorang ibu ini mendidik anak supaya cintakan alunan al quran daripada kecil lagi.

MashaAllah, diusia anak ini 2 tahun lebih dia sudah mampu membaca surah alfalah dengan baik.. Tersangat baik kerana ibunya tidak memberikan pendidikan islamik secara formal pada si anak. Dunia hiburan juga tidak lansung diambil kisah oleh ibu bapanya. Caranya hanya memperdengarkan al quran di dalam kereta sahaja.

Mari Ibu kongsikan apa petua yang ditulis ibu muda yang pernah tinggal di Mesir suatu ketika dahulu.

Tips ajar anak hafaz quran

Bismillah.
Ampun maaf, saya sangat-sangat tak sempat nak jawab pm yang menderu bertanya tentang bagaimana didik anak hafaz Al-Quran. Saya jawab di sini ya.

1. Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.

2. Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Dia buat tak tahu je masa tu. Siap ronyok-ronyok lagi

vcd al quran

3. Pasangkan dia video Alif Ba Ta. Terkekek-kekek dia ketawa tengok video tu.

4. Pasang Kaset Quran dalam kereta. Pergi mana-mana pasang je.

5. Balik Malaysia, lepas suami cerita tentang Syeikh Mesir didik anak hafaz Quran, kami terus buat keputusan. Mulai hari tu kami pasang Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja. Masuk kereta je terus pasang, walaupun pergi kedai dekat dengan rumah sahaja.

6. Kesan pasang Quran : saya perhatikan anak-anak saya mudah sangat tidur dalam kereta. Sampai orang pelik macamna mereka boleh sopan santun dalam kereta, sebab keluar kereta je terus tak duduk diam. Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.

7. Selain kereta, abah Muadz rajin bacakan Quran pada anak-anak sebelum tidur. Dia peluk anak-anak kiri dan kanan, then baca Quran. Tak sampai sejam pun kadang-kadang anak dah tidur.

8. Sampai umur Muadz 2 tahun lebih ( kalau tak silap saya), kami baca Surah Asy-Syams. Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut! Mengalir air mata saya, Maha Hebatnya Allah! Padahal kami masih belum usaha yang maksima lagi. Tapi Muadz dah boleh ingat Surah Asy-Syams masa tu.

9. Kami test surah lain pula. Kami suami isteri baca dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi terkejut, dia dah hafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!

10. Disebabkan masuk kereta pasang Quran ni dah jadi habit, maka Muadz ni pun tiap kali masuk kereta takde ayat lain yang dia jeritkan melainkan…” Nak Qoran!! ( Nak Al-Quran) Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.

Ya, ini perkongsian yang bagus, ini juga Ibu tengah aplikasikan pada Muhammmad Iman dan Muhammad Ikhwan. Ini adalah muqqadam pilihan Iman untuk mengaji setelah bermacam buku digunakan untuk menarik minatnya. Alhamdulillah hingga ke saat ini Iman sudah menghafal sehingga surah Al Qari’ah.

quran kanak-kanak

InshaAllah yakin ibu ayah, kita semua boleh. Sebab anak kita semua sangat genius, insan-insan yang tiada dosa. Semuanya anak syurga. Lagi satu, puji anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. All the best! Jaga pemakanan anak dan jangan rosakkan mindanya dengan kartun- kartun yang tidak berfaedah.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah.
Jom, masih belum terlambat walaupun usia dah meningkat.. Lazimi Quran..

Mahukan pakej lengkap anak pandai mengaji? Sila klik sini 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Set Vitamin Lengkap Kehamilan
Cara didik anak sukakan al quran

0
Your Cart