Salam ibu- ibu semua.. Semoga dirahmati Allah semuanya.
Berikutan daripada artikel punca bayi tersedak susu yang telah dibaca hampir 3000 orang dari serata negara, hari ini Ibu nak kongsikan pula cara- cara atau tips untuk mengelakkan anak kita daripada menjadi mangsa kematian akibat tersedak susu ini.
Daripada artikel itu dapat dirumuskan bahawa sebab-sebab bayi tersedak susu ialah:
- Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
- Injap paru- paru anak yang masih kecil.
- Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
- Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.
Ketahui tips untuk mengemukkan anak yang kurus kering.
Cara memberi minum susu kepada bayi yang betul
- Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.
- Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
- Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
- Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
- Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
- Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.
Rawat anak sendiri jika anak tersedak susu
Jika anak tersedak susu, ibu- ibu semua jangan panik. Tenangkan diri dan boleh cuba perkongsian untuk merawat bayi yang tersedak susu daripada harian metro di bawah:
1. Tiarapkan bayi kemudian seperti position di dalam gambar, tepuk belakang badan beberapa kali sehingga susu atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
2. Sekiranya susu atau ada benda lain di dalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.