Penyebab ulser atau mata ikan
Semenjak Iman masuk umur 3 tahun ni, satu masalah yang sering terjadi ialah dia terkena ulser. Bahasa kampung kita panggil mata ikan. Ianya kerap terjadi jika anak selalu tergigit lidah atau bibir sendiri ketika mengunyah makanan.
Bermula dengan luka dibahagian dalam mulut yang kecil, akan menjadi besar dan banyak jika tidak dirawat. Mengapa mata ikan ini mudah terjadi pada kanak- kanak? Kadang- kadang kita yang besar ni pun kena juga, dan hanya Allah yang tahu kesakitan yang dirasa. Apatah lagi kanak- kanak sebesar Iman.
Pedihnya ketika gosok gigi dan makan hanya Allah yang tahu. Kebiasaannya Ibu akan menyapu bonjela pada ulser anak. Namun terdapat banyak lagi petua lama yang boleh digunakan untuk menghilangkan ulser ini. Just try and try again.
1. Makan Ais krim vanila
Kenapa perisa vanila? mungkin vanila adalah agen penyejuk pada lidah dan bibir. Ini adalah petua zaman sekarang. Doktor sendiri yang menyuruh Ibu bagi anak makan ais krim sepanjang terjadinya ulser tu. Doktor cakap ianya akan sembuh sendiri.
2. Garam
Boleh bagi anak berkumur dengan air garam. Jika takut anak tertelan, boleh letak sedikit garam halus pada ulser tu. Tapi selepas tu terpaksalah memujuk anak yang meraung kepedihan. Sabar ye ibu- ibu semua. memang sakit dan pedih.
3. Soda Bikarbonat
Petua orang dulu- dulu juga ni. Campurkan sedikit serbuk soda ke dalam setitik air, kemudian sapu ke tempat ulser. Rasa sama jugak macam letak garam. Pedih dan rasa berdenyut. Namun ia mampu mengecilkan saiz ulser itu dan mempercepatkan proses penyembuhan.
4. Air kelapa/ Jus timun
Bagi anak minum air kelapa atau jus timun. Kedua air ini adalah agen penyejuk badan dan punca ulser juga adalah disebabkan suhu dalam badan yang sedikit tinggi. Bila badan sejuk, ulser senang baik. Elakkan buah tembikai atau buah yang bersifat panas yang lain.
5. Vitamin c
Tingkatkan antibodi anak dengan vitamin c. Vitamin c perlu diberi setiap hari pada anak jika anak kerap terkena ulser. Perlu diingatkan bahawa tubuh tidak menghasilkan vitamin c sendiri. Jadi perlu di ambil dari sumber luar seperti buah dan sayur.
6. Marjerin
Satu petua lama yang Ibu dapat daripada mertua ialah sapukan marjerin pada ulser anak. Ini kaedah yang tidak sakit atau pedih. Mungkin ibu- ibu semua boleh cuba dan kongsika di sini adakah ianya mujarab atau tidak. Ibu pun baru tahu petua ni dan akan dicuba pada Iman kejap lagi.
Moga cara dan petua ini bermanfaat untuk ibu- ibu yang mengalami masalah yang sama seperti saya. Jangan risau jika anak tidak lalu makan nasi ketika ada ulser, sebabnya anak akan merasa pedih. Seeloknya bagi anak makan aiskrim dahulu kemudian beri dia bubur yang bersup untuk mengisi perut.
pn norin
January 19, 2015anak saya pon tgh kena ulser ni. siap demam lgi. Cian budak kecik ni. Semoga cpt sembuhh..
salam perkenalan dr saya
Pn Aminah Hussain
January 19, 2015semoga anak puan cepat sembuh..boleh apply tips yg saya kongsikan dlm artikel ye..kdg2 cara traditional lebih membantu anak..salam perkenalan juga buat puan norin..terima aksih kerana sudi membaca blog sy
ashashira.matzaki@gmail.com
April 13, 2017betul tu. anak sy pun demam.huhu
Norra
September 9, 2017Baik abik ubatyg spesifik utk kanak2..sbb kadang tahap kebersihan pd bahan tu diluar kawalan.. mungkin sedikit tdedah..
mas
April 27, 2019marjerin 2 mak saya biasa guna utk saya dan adik2 time kami kecik dulu.memang berkesan dan xrasa apa2 pun.. sapu petang esoknya sudah elok.. xrasa apapun berbanding guna garam…sakit dan pedih..