Perlu Ke Pukul Anak?

Perlu Ke Pukul Anak?

Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi..

Anak-anak merupakan amanah Allah. Kita perlu mendidik dengan sebaiknya semenjak kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa.

Dalam mendidik anak ketegasan adalah perlu demi memastikan anak yang sedang dibentuk tidak menjadi degil, keras kepala atau selalu hendak menang sahaja. Jadi bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang tegas tanpa menggunakan kekerasan yang melampau.

cara-didik-anak-secara-islam

Pukul anak juga perlu dilakukan jika anak terlalu nakal atau tidak menghormati agama dan ibubapanya. Dalam islam ada diajarkan bagaimana cara mahu memukul anak jika terpaksa.

Kenapa perlu pukul anak

Di dalam Islam, memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak. Sebelum dijatuhkan hukuman, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:

1.Kaji apa kesalahan anak dan cubalah berlembut dahulu.

2. Tengok dulu bagaimana tabiat anak yang membawa kepada kesalahan tersebut. Ada anak hanya jegilkan mata sudah mengetahui salahnya, ada anak yang lain kena membebel baru faham. Jadi kenalpasti apa tabiat anak dan berikan hukuman setakat yang dia mampu terima.

didik anak kaedah islam

3. Mengenakan hukuman dan denda adalah jalan yang paling akhir sekali. Jadi, sebelum peringkat denda dan menghukum, anak-anak mesti melalui proses pemahaman dahulu. Mereka perlu ada contoh tauladan yang baik di rumah dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa..

Jadi, sudah jelas di sini bahawa, di dalam Islam, ibu bapa dibenarkan untuk mendenda atau memukul anak tetapi mempunyai syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas tadi.

bacalah-anakku

Cara memukul anak menurut islam

1. Jangan memukul anak dari lutut keatas. Jangan sesekali menampar wajah anak. Pukul anak mengunakan rotan sebaik- baiknya di bahagian betis anak.

2. Jangan menggunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak. Jangan menampar, mencubit atau menerajang anak dengan kaki. Ini menjadikan anak bertambah nakal dan tidak boleh dikawal lagi.

3. Gunakan rotan dan pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

cara memukul anak 2 tahun

4. Gantung rotan di dinding rumah atau mana- mana tempat yang anak boleh nampak untuk dia tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang jangan dibuat , nanti ibu marah.

5. Jangan memukul dalam keadaan yang sangat marah, ini kerana syaitan akan menghasut supaya teruskan memukul anak dan tanpa kita sedar yang kita telah mengerjakan anak itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

6. Jangan sesekali memukul dengan dengan benda keras sehingga meninggalkan bekas kerana bekas itu anak akan ingat sampai bila- bila dan menjadikan anak sebagai seorang pendendam dewasa kelak.

Semoga kita semua dapat mendidik anak dengan penuh rasa kasih sayang. Jangan biarkan anak takut kepada kita kerana rotan atau sifat kita yang suka memukul, biarlah anak memandang wajah kita dengan penuh rasa cinta.

Janganlah kita mengenakan hukuman dan denda sesuka hati dan pastikan anak mendapat pentarbiyyahan sewajarnya kerana itulah selayaknya bagi mereka.

Anak syurga idaman semua. Adakah harus kita layan anak syurga kita dengan kekerasan? Anda juga mungkin ingin membaca ciri minyak ikan terbaik untuk anak

 

21 Comments

  • Posted January 9, 2015 1:32 pm 0Likes
    by Rozie

    Terima kasih atau perkongsian ini. Mendidik anak secara islamic adalah cara yang terbaik.

  • Posted March 5, 2015 4:48 pm 0Likes
    by Nesa

    Salam, saya nk tnye kalo menjentik tgn anak dikira memukul jugak ke?

    • Posted March 10, 2015 8:26 am 0Likes
      by Pn Aminah Hussain

      wasalam puan..jentik dengan tujuan mendidik bukan memukul..ada juga yang jentik tangan anak sampai bengkak, itu mendera namanya..huhu

  • Posted April 19, 2015 3:21 pm 0Likes
    by Diana

    Ustaz,saya nak tanya,
    ayah saya bagi penampar dekat belakang sebab bilik bersepah.
    Mak saya libas hanger kat saya ampai hanger tu patah sebab bangun lewat nak p sekolah.
    Adakah semua tu boleh diterima?

    • Posted April 19, 2015 3:22 pm 0Likes
      by Diana

      Ni semua kemungkinan sahaja.

    • Posted April 21, 2015 11:21 pm 0Likes
      by Pn Aminah Hussain

      salam sis diana. ibubapa pada zaman 90an dulu tidak sama mcm sekarang. ibubapa pada zaman ini terdedah kepada pelbagai ilmu yang boleh di access dihujung jari..mungkin ibu dab bapa diana merotan diana kerana untuk bagi pengajaran. bukan suka- suka..jadi terimalah dan maafkan perbuatan mereka.. jangan ulangi pada nak diana nanti ye..gunakan cara berhemah..nanti ibu menulis tentangnya

  • Posted December 17, 2015 12:19 am 0Likes
    by zar

    Mohon share artikel ni ya puan.

  • Posted February 29, 2016 3:29 pm 0Likes
    by pn siti

    artikel yang bagus… banyak beri pengajaran pada saya sendiri….

  • Posted April 29, 2016 3:05 pm 0Likes
    by fahisham

    Ada tak dalil spt Rasulullah SAW memukul anak atau dalil Rasulullah lebih sayang pada kanak kanak? Rasulullah ikutan kita yg menjadi contoh teladan utk membawa kita jalan yang betul. Rasulullah seingat saya amat sayang pada kanak2 dan pernah menegur sahabat perihal kesayangan pada anak anak

  • Posted May 10, 2016 5:02 pm 0Likes
    by hilmi mikail

    salam ustaz sekiranya saya merotan menggunakan sudip dan di titik bekam belakang betis anak saya bagai mana? mohon pandangan dan memaklumkan kepada saya pandangan ustaz melalui email : elmie168@gmail.com

  • Posted September 22, 2016 1:40 am 0Likes
    by tina

    assalam puan saya dipukul dan ditampar oleh ayh sy sehingga luka dibhgian mata adakah ini mendera kerana ayh saya tak pernah buat yg sdemikian trhdp saya sblm ini dan sy juga mengalami mslh cepat memberontak tetapi hanya dgn ahli kluarga shj

  • Posted November 17, 2017 2:27 pm 0Likes
    by MaMa Chantique

    Cara mengajar anak dulu dan sekarang ni berbeza kan…ibu bapa dulu lebih kepada kekerasan. Tapi ibu bapa sekarang lebih bijak guna pelbagai teknik untuk mengajar anak sekarang
    MaMa Chantique menulis…Psoriasis Penyakit Kulit Yang Hilang Timbul.Ketahui Cara Mengawalnya.My Profile

  • Posted May 7, 2018 4:39 pm 0Likes
    by Hamba allah

    Salam saya nk bertnya, seorang bapa memukul anak dengan cubit di perut sekuat hatinyaa sehingga anak meraung kesakitan dan..adakah benda ini patut diajar?anak baru berumur 3thn shj..tidak tahu apa lagi..si bapa dgn rela memukul anak sampai berbekas apabila seanak merengek kerana permainan..dan si bapa naik angin lalu pukul sekuatnyaa dan si ibu disalahkan oleh si bapa..si bapa berkata benda ini patut diajar adakah benda mcm ni patut dibuat oleh ank kita?perbuat begitukah?

  • Posted September 8, 2018 11:27 pm 0Likes
    by Ina

    Assalamualaikum.. Saya nak Tanya..ape kesannya..sekira seorang IBU menampar anak nya yang berusia 4 tahun kerana mengetuk kepala adiknya..yang berumur 1tahun sebulan..
    – baru sekali menampar sekuat hati di mukanya..tapi pernah gak cubitnya..cz dah hilang sabar..
    – ayahnya baru 4 Kali tak silap saya..tapi perlahan
    Note: ape yang perlu saya lakukan supaya anak saya mendengar kata Dan tak melawan Dan bagaimana nak Kawal Emosi says..supaya tak buat sekali lagi..tak da niat po nak menamparnya..tapi take tau camne tangan nie bergerak ke muka nye…

  • Posted September 23, 2018 1:54 pm 0Likes
    by rahsia

    salam, saya berumur17 tahun. pagi tadi saya segugut saya minta cuti kat ibu saya tapi ibu saya tak bagi, sbb dah nak dekat spm tapi saya mmg betul betul sakit. sampai saya terbongkok jalan jalan, niat saya mmg nak datang sch, tapi apakan daya tuhan tak izinkan saya pergi time tu. lepastu mak saya geram mak saya tumbuk kepala saya berkali kali ustazah sampai saya menangis meraung dia endahkan saya, lepastu dia tarik rambut saya kuat kuat banyak kali, sampai saya jerit sakit sakit, dia menendahkan perbuatan dia ustazah, lepastu dia terajang muka saya pakai kaki dia, banyak kali. sbb saya takpergi sekolah je ustazah sbb saya segugut. minta cuti cara baik lagi, sampaikan dia cakap dengan saya dia benci saya, saya tiap tiap solat doakan parents saya, jahat sangat ke saya ustazah :’)

  • Posted October 13, 2018 8:31 pm 0Likes
    by Zaki

    Syukurlah setakat rotan.. dulu bapa aku pernah libas parang kat aku.. nyaris kena dekat kaki.. nasib x kena.. kalu kena tempang da aku skg ni..

  • Posted November 24, 2018 11:03 pm 0Likes
    by .....

    Harap sngt2 ayah saya baca….sebb dia tak boleh terima teguran…bila saya luahkan pendapat saya tentang perangai dia yg suka pukul saya teruk2….dia selalu ugut nak terajang saya…..dia cakap itu cara dia mengajar anak….tapi…saya pun ada perasaan…dia pilih kasih… walaupun saya gaduh ngn kakak saya,salah kakak saya…dia tetap menangkan kakak saya…dan dia pernah mencarut2,maki hamun kat saya….lepas tu bila dia gaduh ngn mak saya….dia cakap kmi ni dari keturunan bangsat….hmmm….saya harap sngt dia akan baca artikel ni….sebb dia selalu sngt tampar muka saya…pukul saya mcm lelaki…mentang2 la dia kuat…dia guna kekuatan dia untuk rasa hebat….org luar pun dia berani pukul bila gaduh…dia cakap sebb dia polis….tapi nak buat mcm mana…dah ini takdir saya…..’)

  • Posted December 31, 2018 12:00 am 0Likes
    by Abang DarkTallHandsome

    Allah Maha Besar. Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.

    Terkedu saya, terkejut saya selepas membaca komen2 yg ada di sini. Saya sangat terkesan selepas membaca komen2 yang saya percaya ianya adalah daripada luahan seorang anak yang pernah dipukul/dididik secara keras oleh ibu/bapa kita.

    Saya sangat paham perasaan serta pengalaman yang adik lalui sebab saya pernah mengalami pengalaman yang sama.

    Izinkan saya berkogsi antara langkah mudah yang mungkin adik boleh cuba. Dan mungkin ini sesuatu ilmu Allah yang baru yang adik boleh amalkan sekiranya situasi2 di atas berulang lagi.

    1) Adik boleh bermula dengan memilih mana2 situasi yang adik rasa adik sangat terkesan dengan situasi tersebut. (sbg contoh, *time adik luahkan pendapat tentang perangai ayah adik ATAU *time adik gaduh dengan kakak adik ATAU *time ayah adik pukul adik. PILIH SATU SAHAJA)

    2) Sediakan sehelai kertas dan sebatang pen.

    3) Namakan satu tajuk untuk cerita adik. (Tulis atas kertas tersebut)

    4) Tulis Nama Adik (Bahagian Kiri atas Kertas), Tulis Nama Ayah Adik (Bahagian Kanan atas Kertas)

    5) Tanya diri adik bila kali terakhir situasi/cerita ini berlaku. (Tulis atas kertas tarikh kejadian)

    6) Tanya diri adik dekat mana situasi tersebut berlaku & siapa lagi yang ada dalam cerita tersebut. (Tulis atas kertas Tempat Kejadian & Watak2 lain yg ada dlm cerita adik ini)

    7) Untuk bantu adik lebih focus, adik boleh tanya diri adik tentang perkara2 yg detail semasa kejadian itu berlaku.
    (Sebagai contoh)
    *Apa adik cakap, apa adik buat?
    *Apa ayah adik cakap, Apa ayah adik buat?
    *Lepastu apa terjadi.

    8)
    *Sekiranya adik dapat gambaran yang jelas, teruskan proses ini. (Pergi ke langkah 9)
    *Sekiranya adik tidak dapat gambaran yang jelas, tolong HENTIKAN proses ini. -Banyakkan berdoa dan seterusnya percaya & yakin sepenuh hati adik untuk serahkan segalanya kepada Allah SWT.

    9) Sekarang, pejamkan mata adik dan cuba adik lakonkan kembali kejadian tersebut dalam pikiran adik.
    *Pastikan adik meletakan diri adik sebagai ayah adik dlm imaginasi tersebut.
    *Adik boleh mula dengan melakonkan semula kejadian tersebut pelan2.
    *Pastikan adik memainkan watak Ayah adik.
    *Focuskan untuk cuba selami apa yg adik rasa, adik fikir, adik ingin buat ketika adik melakonkan watak ayah adik dlm imaginasi tersebut.

    10) Sekiranya adik dapat rasa perasaan sbagai ayah adik d dalam cerita ini, adik sudah boleh mula hentikan cerita ini.

    11) Buka mata & sekarng tlong identify apa yang adik rasa,pikir dan ingin buat.

    12) Tanya diri adik, adakah adik rasa Ayah adik ada perasaan yg sama mcm adik, pikiran yg sama mcm adik dan ingin buat yg sama mcm adik ketika kejadian tersebut berlaku. (Yes OR No OR dont know is OKAY)

    13) Sekarang adik tanya diri adik, adakah apa2 yang adik dapat belajar drpd proses ini.

    Sekiranya drpada 13 langkah ini, adik rasa tak ada apapun yg dapat membantu adik Ataupun tak ada apa2 yg adik dapat belajar ataupun sebaliknya -> adik boleh mula tanya diri adik, berapakah rukun solat??

    Abang nak tanya ni, adik dah solat ke belum??

    Ya Allah, sesungguhNya kami insan yang lemah.Ampunkanlah segala dosa2 kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru2 kami dan Bantulah kami, permudahkanlah segala urusan kami dan berikanlah kami kejayaan serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

    Semoga segala tindakan, niat baik serta amalan kita semua diberkati OlehNya.

    Wallahualam.

  • Posted January 17, 2019 2:45 pm 0Likes
    by Ginger

    May Allah guide us. Amin.

Add Your Comment

CommentLuv badge