Cara mendidik anak dalam kandungan

Cara mendidik anak dalam kandungan

Assalammualaikum WBT

Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung membawa impak besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan. Walaupun islam telah lama menekankan tentang pendidikan yang bermula sejak bayi dalam kandungan, tapi jarang antara kita mengambil perhatian tentang perkara tersebut.

Antara cara pendidikan semasa mengandung

1. Mengamalkan solat wajib dan sunat

2. Mengamalkan zikir

3. Membaca al quran

4. Mendengar muzik yang tenang

5. Membaca buku buku ilmiah

6. Berbual dengan anak dalam kandungan

7. Menjaga adab pergaulan dan emosi

8. Tidak tertekan atau stress

9. Lakukan kerja kerja ringan di rumah

10. Makan makanan yang baik dan halal serta suci

11. Buang segala perasaan dendam, dengki, menghasut dan sebagainya

12. Sentiasa senyum dan bersabar

Kesan sikap ibubapa terhadap anak

kesan-mengandung

Impak daripada sikap ibubapa ketika ibu mengandung terhadap bayi setelah lahir. Elakkan bersikap begini jika anda mahu anak menjadi penyejuk mata dan hati bila besar nanti. 

  • ibubapa sering bergaduh akan melahirkan anak yang panas baran dan ganas
  • ibubapa sering bersedekah akan melahirkan anak yang mempunyai hati yang lembut
  • ibu mengidam benda pelik semasa mengandung akan memberi petanda tidak baik terhadap sikap anak
  • ibu tidak meninggalkan solat akan menghasilkan anak yang mudah mendapat hidayah
  • ibu bermain kayu tiga menghasilkan anak yang gemar pada maksiat dan menjadi derhaka.
  • ibu sering membaca al quran akan menghasilkan anak yang bijak
  • ibu pandai mengawal emosi akan menghasilkan anak soleh dan sentiasa menjadi dominan.

Kekuatan jiwa dan akal kanak- kanak juga ada kaitan dengan kekuatan jiwa dan akal ibu ketika mengandung. Nabi Ismail a.s lahir dari rahim Siti Hajar yang tabah menghadapi ujian. Nabi Isa a.s lahir dari rahim Siti Mariam yang suci dan Nabi Muhammad pula lahir dari rahim Siti Aminah yang sabar menanggung kesusahan hidup setelah kematian suami.

Prophetic-parenting-BM-1

Kepada ibubapa yang ingin mendidik anak cara Nabi boleh dapatkan buku ini secara online di sini. Hasilnya lahirlah manusia manusia yang kuat jiwa dan akal dan jasmani. Demikian juga dengan jiwa anak anak yang lemah, faktor utama adalah bermula daripada saat ibunya mengandung lagi.

Kesimpulannya anak-anak yang bakal dilahirkan ada hubungan rapat dengan perkembangan sikap dan emosi ibu bapa sepanjang tempoh kehamilan. Semua ini memberi kesan ke atas keperibadian anak seperti yang Ibu tulis di atas. Ibu yang baik akan melahirkan anak yang patuh perintah Allah. Jika anda ingin melahirkan generasi pencinta agama dan taat pada ibubapa, amalkanlah amalan- amalam mulia sepanjang kehamilan.

Add Your Comment

CommentLuv badge