Cara mendisiplinkan anak mengenai makan

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel cara disiplinkan anak. Kali ini Ibu ingin menyentuh mengenai sifat anak yang kurang minat untuk makan dan yang makan berlebihan. Apa langkah pencegahan, dan apa yang harus ibubapa hindarkan demi memastikan disiplin anak dalam bab makan ini terjaga. Semoga bermanfaat!

1. Kurang minat untuk makan

cara bagi anak makan dengan mudah

Langkah Pencegahan

1. Jangan tinggalkan waktu makan. Ibubapa jangan tinggalkan waktu makan kerana anak akan belajar daripada apa yang mereka perhatikan

2. Jangan takutkan anak dengan kegemukkan. Anak- anak juga akan mengambil berat mengenai berat badan jika selalu disogokkan dengan kata- kata ‘ jangan makan banyak nanti gemuk.’

3. Ketahui kadar makanan dengan berat anak, semakin meningkat usia pemakanan juga sepatutnya semakin bertambah.

4. Adakan jadual makan supaya anak  mengetahui bila perlu makan.

5. Dapatkan multivitamin yang mempunyai pelbagai vitamin demi memastikan anak sentiasa mendapat nutrisi yang diperlukannya.

Apa yang harus dilakukan

1. Galakkan anak makan sedikit tapi kerap.

2. Berikan peluang pada anak memilih makanan. Sesekali bagi anak tentukan apa yang dia ingin makan.

3. Sediakan makanan seimbang. Tidak semestinya banyak jenis, tapi biarlah lebih daripada satu supaya anak boleh membuat pilihan.

4. Diet yang seimbang adalah untuk seminggu bukannya apa yang anak makan dari pagi sampai petang, jadi perhatikan apa yang anak makan sepanjang minggu dan seimbangkan dietnya.

5. Beri pujian ketika makan, ia dapat memberi peransang dan semangat pada anak untuk makan. Adakan jadual waktu makan dan pastikan ianya diikuti.

Dapatkan softbook, siri cepat membaca, buku parenting dan educational toys untuk anak anda di sini.

Apa yang harus dihindarkan

1. Jangan selalu memberi ganjaran apabila anak makan. Jangan biasakan anak dengan hadiah selepas dia makan, nanti mereka berangggapan makan untuk dapatkan hadiah.

2. Jangan beri sogokan. Jangan suruh anak basuh pinggan sendiri bila dia tidak makan kerana ini mengajar anak untuk sentiasa bersifat begitu.

3. Jangan cepat kecewa jika anak tidak mahu makan. Anak akan mudah terpengaruh dengan kekecewaan dan keluhan anda.

Anak makan berlebihan

Langkah Pencegahan

1. Tahu apa yang sesuai. Sebelum membuat perancangan, tahu kadar makanan yang diperlukan oleh anak mengukit umur dan sazi.

2. Berikan makanan berkhasiat. Hanya berikan makanan berkhasiat, elakkan beri makan jajan yang mempunyai gula dan perasa.

3. Periksa diet anak anda. Kanak- kanak tidak tahu apa yang sesuai dan tidak untuknya, ibubapalah yang menentukannya. Ganti makanan yang tinggi gula dan lemak dengan makanan berprotin tinggi.

4. Ajar cara anak makan dengan betul. Ajarkan bila, bagaimana dan di mana sepatutnya makan. Jangan biarkan atau ajar anak makan di merata tempat.

jika anak tidak mahu makan

Apa yang harus dlakukan

1. Adakan pelbagai aktiviti. Jadi anak tidak hanya ingat untuk makan sebaliknya dapat menyihatkannya dengan melakukan aktiviti tersebut.

2. Elakkan bagi makanan sebagai reward. Ini untuk mengelakkan anak belajar bahawa makan untuk hadiah, bukan makan kerana lapar.

3. Perhatikan bila anak anda lebih makan. Adakah sebab bosan, sedih atau inginkan perhatian.

4. Amalkan kawal diri. Ibubapa juga hendaklah menunjukkan cara pemakanan yang betul. Elakkan beli atau makan makanan ringan seperti twisties, KFC dan sebagainya.

5. Berikan pujian pada pilihan yang bijaksana. Jika anak memilih buah daripada coklat, beritahu anak yang telah melakukan perkara yang bijak.

6. Galakkan anak membuat senaman ringan. Bersenam bersama anak di taman atau berlari berbasikal bersama.

Apa yang harus dihindarkan

1. Bertegas. Jangan selalu turutkan kemahuan anak. Terangkan pada anak kenapa tidak perlu makan ini, makan itu. Jangan guna perkataan gemuk.

2. Jangan beri makan pada anak ketika dia sedih untuk menggembirakannya. Ini mengajar anak boleh makan sedap kerana sedih.

3. Jangan makan ketika menonton TV. Lagipun anak- anak akan terpengaruh dengan iklan di TV. Itulah yang akan dicari bila dipasaraya nanti.

4. Elakkan fast food. Ini akan mengajar anak yang makanan segera itu dibenarkan.

5. Jangan mempersendakan anak yang overweight. Ini akan memalukan anak dan membuatkan dia berasa bersalah.

Mahukan buku comel untuk bayi anda.. Sila dapatkan buku bayi disini

Semoga tips di atas mampu mendisiplinkan anak dengan waktu makannya. Biarlah anak kita membesar dengan nutrisi sihat untuk membantu anak cergas dan cerdas di pra sekolah dan sekolahnya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge