Cara mengajar anak membaca

Salah satu hal terpenting yang harus diajarkan kepada anak sebelum memasuki sekolah adalah membaca dan menulis. Melatih anak membaca juga bukan merupakan hal yang mudah lebih- lebih lagi jika anak sangat suka bermain. Namun ibubapa sekalian jangan risau, kini ada beberapa tip mudah mengajar anak membaca.

Jom cuba:

  • Sediakan buku asas membaca seperti buku bacalah anakku, pantas membaca, buku suku kata dan sebagainya
  • cara mengajar anak membacaSediakan kad imbas, playdoh,blok kayu atau permainan lain yang menyokong aktiviti membaca

aktiviti anak suka membaca

Gunakan teknik yang menarik anak.

  • Anak kecil akan lebih mudah dalam membaca bentuk-bentuk dan gambar. Pada umumnya, anak usia 3-5 tahun sudah mula tertarik kepada gambar dan simbol.
  • Jadi sesi kad imbas sangat penting sebelum beralih kepada buku.
  • Imbas 10 kad selama 10 saat, kemudian baru beralih pada 1 mukasurat buku. Paling banyak 2 mukasurat sudah memadai bagi satu sesi.

Ketika mengajar anak, tolong hindari hal- hal yang boleh menganggu konsentrasi anak sepeti bunyi televisyen, radio atau smartphone anda. Tolong bertukar kepada silent mode.

Catat setiap sesi pembelajaran dan kemajuan yang ada untuk dianalisis sebagai bahan mengajar lebih jauh.

Cara bagi anak seronok membaca (perkongsian dari FB: Dr Siti Ujila Official)

Biarkan anak pilih buku yang dia mahu baca. Sebab bila anak yang pilih, dia sedang ada curiosity yang tinggi dan dari situ dia akan suka membaca.

Layankan anak ketika dia membaca seperti kita melayannya ketika bermain. Contohnya bila nampak gambar dalam buku tersebut, kita tanya

“Eh, ni gambar apa kakak? Kenapa dengan nenek ni? Kakak baca ek, nanti cerita dengan mama tau apa yang jadi dengan nenek ni, kesian mama tengok dia”

Tengoklah macamana anak teruja nak baca dan ceritakan pada kita.

Bila nak beri hadiah pada anak atau buatkan sesuatu yang menggembirakan hati anak, contohnya bawa anak berenang atau pergi ke taman mainan hingga anak sangat gembira, katakan yang

“Allah buat kakak gembira ni, sebab hari tu kakak rajin sangat baca buku yang mama baru beli tu. Allah sayang orang yang suka membaca. Tengok hari ni Allah dah buat kakak happy”. Biar anak tahu yang kegembiraan yang dinikmatinya itu ada kaitannya dengan ia suka membaca.

Pastinya, ada kaitannya dengan Allah menyukainya. And selepas itu, pancing anak untuk terus membaca; “So lepas ni kakak baca lagi buku rajin-rajin ye sayang”.

Berhentilah Sebelum Anak Bosan

Perkara paling penting dalam proses ini ialah berhentilah sebelum anak bosan. Bila anak sudah menunjukkan tanda bosan seperti lihat adiknya bermain, tidak senang duduk, segeralah habiskan sesi itu.

Tidak perlu paksa anak habiskan mukasurat atau buku. Cukup sekadar bacakan doa supaya anak mudah menerima apa yang dipelajarinya tadi. Sebagai ibubapa yang bijak, jadilah teman membaca bagi anak. Bermainlah bersamanya, menarilah bersama, bernyanyilah bersama, menmbaca juga perlu bersama.

Istiqamah lah sehingga 3 -6 bulan. Anak akan pandai membaca selepas itu. InsyaAllah.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Balm Homemade Atasi Anak Menangis
Cara mengajar anak membaca

0
Your Cart