Sembelit pada Bayi dan Kanak- kanak

Sembelit pada Bayi dan Kanak- kanak

Sepanjang 1 tahun 10 bulan penyusuan kepada Muhammad Iman, anak Ibu yang seorang ini tidak pernah mengalami sembelit. Namun Iman pernah tidak membuang air besar selama 8 hari berturut- turut.

Masa tu Ibu dan suami tersangat runsing sehingga terpaksa membawa Iman kepada doktor pakar di Kedah. Jawapan yang kami terima “if you full breastfeed your son, its normal if your son don’t poopoo within a week”

Lega hati hati kami. Namun selepas usia Iman 6 bulan dan diberi solid food, Iman mengalami masalah yang lagi besar, SEMBELIT!!!

cara-mengatasi-sembelit-anak
kesakitan akibat sembelit

Masalah yang Ibu hadapi semasa berpantang, kini dialami pula oleh anak yang tersayang. Ibu yang berusia 30tahun pun menangis apabila mengalami sembelit apatah lagi anak kecil yang berusia 6 bulan. Sangat menyentap perasaan apabila setiap kali Iman ingin poo, die meraung, menangis sehinggakan sampai tahap serak suaranya.

Sekali lagi Iman dirujuk pada hospital pakar yang sama. Namun doktor hanya menyarankan supaya diperkenalkan anak kepada puri buah sebagai sarapan dan bagi minum banyak air masak selain teruskan penyusuan. Sebelum balik kami dibekalkan dengan cecair enema yang berfungsi untuk meransang najis supaya keluar.

Bila bertanyakan ‘pakcik’ google, rata- rata mengatakan penggunaan kerap prime enema ini mampu merosakkan usus bayi. Terus Ibu hentikan penggunaannya dan menggunakan cara yang lebih alami untuk menyelesaikan sembelit anak.

ubat-sembelit-kanak--kanak

Cara mengatasi sembelit

1. Sediakan puri buah buahan sebagai sarapan anak. Contoh puri yang biasa saya berikan pada anak ialah puri lobak, pisang, labu, betik dan epal.

2. Jam 10 pagi sediakan snek sihat pulak seperti biskut susu homemade, kerepek lembut atau oat.

3. Masak bubur nasi anak menggunakan olive oil. Setiap bubur ayam atau bilis yang dimasak untuk Iman dan Ikhwan, Ibu campurkan dengan sesudu teh olive oil. Olive oil baik untuk pembuangan najis anak dan mampu naikkan badan secara sihat kerana olive oilmengandungi lemak asid omega 6.

4. Sebelum tidur bancuh segelas susu ditambah dengan sesudu prebiotik al manna. Al manna amat bagus untuk perut kanak- kanak dan boleh mencegah terjadinya sembelit. Al manna ialah gam arab yang mana sekarang telah dikomersialkan menjadi serbuk.

5. Selain Al manna, Ibu juga memperkenalkan multivitamin meal shakes untuk diberi pada anak setiap hari. Ibu tambahkan meal shakes ke dalan snek sihat, susu, minuman coklat dan ais krim anak, supaya zat dan nutrien anak sentiasa cukup untuknya membesar. Multivitamin hanya sesuai untuk  bayi yang berusia 1 tahun ke atas sahaja ye.

6. Walaupun anak sudah tidak menyusu badan, setiap ibu harus pastikan anak- anak kinum banyak air putih setiap hari. Sediakan botol berisi air masak dan bawalah ia ke mana- mana sekalipun demi mengelakkan anak merasa hendak minum air manis atau air kotak yang dijual.

Jangan suramkan hari anak ibu- ibu semua dengan masalah sembelit ini. Ini bukan perkara yang remeh kerana sembelit boleh menyebabkan terjadinya radang pada usus anak. Cegah ia sebelum terlambat.

3 Comments

  • Posted July 13, 2015 11:37 am 0Likes
    by Muhammad Akbar bin Abdullah

    Artikel yang menarik mengenai rawatan sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak.

  • Posted November 1, 2018 9:04 am 0Likes
    by Puan Suzie

    Terima kasih dengan tip ini. Kebetulan anak saya berumur 1 tahun 4 bulan mengalami sembelit sejak 2 minggu lepas. Walaupun dia poo setiap hari tapi kesian sangat sebab tiap kali poo dia menangis. Saya ada cuba beri buah setiap pagi tapi tidak berhasil. Saya cuba campurkan sayuran dalam bubur dia alhamdulillah sembelitnya berkurangan. Saya ingin mencuba tip puan menggunakan olive oil. Terima kasih puan.

Add Your Comment

CommentLuv badge

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No posts found.

Make sure this account has posts available on instagram.com.

Subscribe Our Newsletter!

AncoraThemes © 2020. All Rights Reserved.