Cara Tenangkan Bayi Menangis

Cara Tenangkan Bayi Menangis

Assalammualaikum WBT semua pembaca

Sudah agak lama Ibu tidak menulis di ruangan ini. Maafkan Ibu kerana tidak konsisten menyediakan ilmu untuk ibubapa sekalian, ini kerana Ibu mengandung dan melahirkan buat kali ketiga. Masa bersama si kecil dan bisnes juga sangatlah padat.

Alhamdulillah, Ibu sekali lagi telah selamat melahirkan anak lelaki dan diberi nama Muhammad Ilmiy, yang bermaksud yang terpuji ilmu. Semoga Muhammad Ilmiy memperoleh dan mnyebarkan ilmu yang baik sewaktu dewasa kelak.

MUHAMMAD ILMIY

Seperti ibu berpantang yang lain, 2 minggu selepas kelahiran Ilmiy mulai berjaga di waktu malam. Jika tidak selesa dia akan menangis walaupun sudah menyusu dan bertukar lampin.

Satu cara sahaja untuk buatkan Ilmiy tidur kembali, kami suami isteri terpaksa ‘tawaf’ satu rumah setiap malam. Fuh! Ibu dan bapa diluar sana juga mengalami situasi ini kan? Bermata panda sewaktu dalam pantang itu perkara biasa.

Ilmiy juga dibacakan surah rukyah 24 jam, kami juga berjumpa alim ulama untuk menenangkan Ilmiy jika dia mula hendak mengamuk. Alhamdulillah dengan pengalaman 3 anak sebelum ini, susah tidur malam ini hanya berlansung selama 2 minggu sahaja. Selepas itu Ibu sudah mula boleh tidur malam dengan tenang.

apple-learning-quran-thumbnail

Apple learning Quran ini peneman ilmiy semasa kecil. Senang je bagi dia dengar ayat suci Al Quran dari apple ini.

Sekarang permata berharga Ibu ini sudah berusia 4 bulan dan guess what?

Ilmiy sudah pandai merajuk!

Bukan merajuk biasa, merajuk dia disertai menangis seperti kena cubit dan lama. Allahhu, lagi sekali kami bergilir- gilir mendukung dan bawa ilmiy pusing satu rumah. Berpeluh jugalah sebab ilmiy sudah 7kg.

Bila Ibu update kelakuan anak soleh ini di facebook, ada seorang kawan minta Ibu sapukan balm buatannya sendiri pada ilmiy. Pucuk dicita ulam mendatang, Ibu setuju dan kawan ibu ini berikan 4 jenis balm seperti gambar di bawah.

balm homemade

Balm homemade dan dimasak dengan penuh kasih sayang, berasaskan ensential oil dan vco. Ibu sapukan yang calm time balm pada ilmiy. Apa tindakbalas ilmiy? nanti Ibu ceritakan pada artikel akan datang. Memang boleh hentikan tangisan bayi balm ini..Tunggu Ibu buat kupasan ye

4 Comments

Add Your Comment

CommentLuv badge

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No posts found.

Make sure this account has posts available on instagram.com.

Subscribe Our Newsletter!

AncoraThemes © 2020. All Rights Reserved.