BAYI

Anak Sukar Tidur, Suka Menangis dan Berjaga Malam

Saya sangat takut untuk melalui satu lagi proses mengandung, bersalin dan melahirkan anak. Diantara ketiga fasa ini, fasa melahirkan anak paling banyak meninggalkan kenangan pahit dalam sejarah hidup saya membesarkan 3 orang anak lelaki. Kadang ianya meninggalkan trauma yang berterusan bila melihat baby baru lahir yang sedang menangis.

Anak saya yang sulong boleh menangis 3 jam terus tanpa henti masa dalam pantang. Tangisannya bukan tangisan biasa, ia tangisan macam kena cubit tu. Tangisan hingga meyebabkan dia hilang suara dan menyebabkan perutnya kembung dan banyak angin.

Rujuk doktor, katanya anak kembung, rujuk ustaz katanya kena sawan tangis. Banyak dah jumpa ustaz, doktor dan orang- orang lama, namun anak ini berterusan tangisannya hingga usianya mencecah 6 bulan. Bila dia menangis apa yang boleh kami buat ialah, dukung dan bawa dia naik kereta atau berarak dalam rumah. Saya penat, diganti oleh ayahnya pula.

Lahir anak kedua, perkara yang sama berulang, tapi kali ni dia menangis siang saja. dan boleh hentikan tangisan itu dengan tidur dalam buaian. Anak ke 3 tangisannya makin kurang. Mungkin sebab kami pun dah mahir cara pegang, cara pemilihan baju, masa mana perlu mandi dan lain- lain.

Alhamdulillah, anak ke 4 saya baru lahir 2 bulan lepas, tiada lansung masalah menangis dan payah tidur sewaktu dalam pantang hingga sekarang. Lega akhirnya saya tidak stress dalam pantang. Bila tiada stress tiadalah kemurungan, bengkak susu atau masalah- masalah lain. Fasa pantang saya laluinya dengan seronok dan gembira.

Apa yang saya sediakan ialah persekitaran yang tak panas. Perlis sangat panas, jadi saya hanya sediakan baju lubang- lubang untuk baby newborn. Tiada baju tebal atau baju romper. Kadang siang hari pun hanya pakaikan dypers saja. Kemudian saya sediakan minyak urut bayi. Minyak urut ni sangat membantu kasi bayi bertenang dan rileks. Biasanya baby akan mudah tertidur bila kita urut bayi. Jenama minyak urut baby saya tentunya Resty Oil by Tasneem naturel.

baby massage oil

Kemudian saya sediakan kit kecemasan anak. Dalamnya ada all balm dari tasneem dan ada termometer cek suhu anak. Saya pula elakkan makan makanan yang boleh sebabkan baby kembung atau tak sedap perut macam pedas sangat atau jamu.

tasneem naturel  balm

Tasneem naturel adalah jenama tempatan yang saya percayai keberkesanannya. Ia bersifat semulajadi dan organik. Tiada bahan pengawet kimia atau paraben atau SLS dalam kandungan setiap produk tasneem. Seperti dalam gambar saya gunakan setiap balm tasneem untuk baby saya. Calm balm sebenarnya sangatlah membantu anak untuk duduk diam dan bertenang.

T-rub pula memang khas untuk kembung, colic atau pun sembelit. Saya memang sapu kerap di perut baby supaya tiada masalah kembung. Boleh dapatkan semua produk tasneem kat sini ye.

Anak Suka Menangis, Berjaga Malam dan Payah Tidur

Menjadi ibubapa kepada anak soleh dan solehah memang menjadi impian setiap manusia di bumi tercinta ini. Tapi tidak semudah itu menjadi ibubapa terbaik untuk anak- anak. Terutama di waktu selepas lahir dan waktu kecil anak. Setiap anak yang dilahirkan ada kenangan terindah yang kita akan ingat sampai bila- bila.

Antara masalah yang paling mendatangkan ‘stress’ bagi mak ayah ialah anak yang menangis tak tahu punca sewaktu bayinya. Kenikmatan melihat anak dilahirkan hilang dengan mak ayah sendiri tidak cukup tidur demi menjaga anak tersayang.

Mari kita baca pengalaman ibubapa yang sudi berkongsi cerita mengenai anak mereka semasa kecilnya. Moga jadi panduan pada kita supaya bersedia menghadapi benda yang sama dan kita boleh bersedia dari segi mental dan fizikal demi membesarkan anak tersayang.

Anak baru lahir saya menangis setiap petang dan malam

‘ Awal lahir anak saya tak banyak meragam, banyak tidur kemungkinan sebab penyakit kuning yang berpanjangan. Namun setelah 2 bulan, anak saya akan menangis pada setiap petang sehingga maghrib. Perut dah cek tiada kembung. Puas juga kami berubat ke klinik dan juga kepada perawat islam, tapi anak masih sama.

Malam juga tidurnya tidak sempurna, 2 pagi- 5 pagi anak akan berjaga menangis, ayahnya kena bangun dan bawa anak meronda 1 rumah, barulah anak itu diam dan tertidur dengan sendiri. 6 bulan anak saya berterusan begini ‘- Puan Min

Anak saya payah tidur malam dan mengigau

‘Anak sulung saya dalam fasa tantrum kerana saya tengah sarat mengandungkan anak kedua. Boleh bersalin bila- bila masa sahaja. Tantrum ni saya boleh kawal lagi sehinggalah anak kedua lahir. Anak sulong saya mula tidak tidur siang. Malam pula dia boleh berjaga sehingga 12 tengah malam. Jika tertidur pun anak ini akan bangun jam 4 pagi dan mengigau, menangis dan mengamuk.

Saya keletihan, mana nak jaga anak no 1 dan no 2 jika mengamuk sekaligus. Suami pula bekerja jauh. Keadaan ini berterusan sampai saya trauma bila malam menjelang, stress sangat’- Puan Munirah

Anak eczema dan menangis tak boleh tidur

‘Anak saya ada eczema dari lahir. Saya memang tengah depression sebab anak kedua saya yang menghidap kronik eczema, tiap-tiap malam akan bangun mengamuk sambil menggaru seluruh badan kegatalan sampai ke pagi. Saya dan suami setiap hari tak cukup tidur. Hampir 2 tahun lamanya kami tak dapat tidur yang sempurna.- Puan Fatin

Cukup 3 cerita di atas, saya harap para pembaca sekalian boleh bersedia kuatkan mental dan fizikal jika bakal mendapat anak. mak ayah juga boleh bersedia dengan pelbagai produk alami yang berada di pasaran sekarang, yang mana terbukti boleh menyelesaikan masalah anak menangis dan payah tidur ini.

Salah satunya balm essential oil jenama tasneem naturel. Boleh baca di sini

Tasneem juga ada keluarkan 1 produk yang sangat mesra pengguna dan senang dibawa ke mana sahaja. Mak ayah boleh bawa sleep pillow mist ni jika nak travel dengan anak kecil.

pillow mist bantu anak tido lena

Boleh terus dapatkan pillow mist ini di sini.


Senarai Barang Persediaan Bersalin Sebelum Ke Hospital

Kandungan sudah mencecah 38 minggu. Bila- bila masa sahaja si ibu boleh bersalin. Di sini saya senaraikan apa persediaan untuk bersalin dan untuk bayi baru lahir. Letak dalam kereta siap- siap!

Persediaan untuk bayi

BAJU BAYI

Bawalah 3,4 pasang baju berlengan dan berseluar. Jangan lupa sarung tangan, stokin dan penutup kepala. Jangan bawa baju tebal atau baju yang susah di pakai seperti jumpsuit. Kadang- kadang nurse hanya pakaikan baju dan bedung sebab saiz anak yang kecil. Baju saja pun dah labuh hingga kaki.

KAIN BEDUNG, BABY WIPES, NEWBORN DYPERS

pampers untuk bayi baru lahir

Ada hospital yang sediakan tapi tak bolehlah bawa balik. Hari pertama lepas bersalin, kain bedung, dypers, baby wipes semua hospital support. Tapi mungkin bukan semua hospital provide semua ini. Kalau ke hospital kerajaan  tue ada la diorg bagi 3 keping. Boleh la standby guna dulu sementara nk tunggu beli yg lain. Sebaiknya beli dypers yang pack kecil 10 keping sahaja.

BUKU MERAH/BIRU BAYI

Kalau buat check up di Klinik Kesihatan, mesti ada buku merah. Kalau buat di hospital swasta, anda akan dibekalkan buku biru. Warna buku bergantung kepada hospital swasta tu sendiri.

Jangan lupa Buku Rekod Kesihatan / Kehamilan Ibu, Kad Pengenalan dan dokumen penting yang lain. Kalau boleh letakkan setempat / mudah capai dan cari.

BEG PLASTIK

Untuk baju kotor dan juga untuk bawa pulang uri bayi. Sesetengah hospital siap bersihkan dan berikan sekali dalam bekas yang disediakan pihak hospital

BABY KIT SPA

Set ini dah cukup lengkap untuk bayi. Ada minyak telon, mandian baby, massage oil baby dan paling penting semuanya semulajadi tanpa bahan kimia seperti paraben atau SLS. Tasneem kit baby spa ini adalah yang pertama di Malaysia. Didatangkan dengan kotak khas dan ianya kecil senang di bawa ke mana sahaja walaupun dalam labour room atau wad selepas bersalin.

Boleh terus dapatkan baby kit spa di sini

Persediaan untuk Ibu

BAJU SALIN IBU

Ibu jangan lupa bawa baju salin ye. baju tshirt longgar lengan panjang atau blouse. Yang suka pakai kain batik boleh bawa kain balik, atau skirt longgar. Baju yang kita pakai sebelum masuk labour room tu kadang- kadang boleh hilang tanpa dapat dijejak.

BRA MENYUSU DAN SELUAR DALAM

Boleh bawa 3-4 helai bra menyusu kerana susu akan meleleh dan kita tidak akan selesa memakai bra yang basah. Seluar dalam juga kena bawa banyak sebab biasa akan lekat darah bila kira berbaring

PAD

pad bertali untuk ibu bersalin

Selepas bersalin nurse akan pakaikan pad bertali untuk kita. Pad bertali ini boleh dibeli di farmasi atau kedai ibu dan anak. Kemudian bila darah makin kurang kita akan mula pakai seluar dalam dan pad biasa. Boleh beli pad overnite untuk cover darah yang banyak.

ALAT KEBERSIHAN

Ubat gigi, berus gigi, pencuci muka perlu dibawa ke dalam wad. Jika tidak mahu bawa sabun mandi boleh gunakan pencuci muka sebagai sabun mandi.

SPECIAL NEED

  1. Getah rambut. Sediakan banyak dalam beg sebab biasanya kita akan lupa mana kita letak.
  2. Sikat rambut sangat penting sebab bila kita sikat rambut ia akan menghilangkan pening kepala lepas bersalin
  3. Termos. Di hospital kerajaan termos, cawan dan sudu kena sediakan sendiri.
  4. Buku. Bila baby dah tidur biasa kita akan bosan jika mata belum mengantuk. Pilihlah buku untuk dibaca selain dari layan facebook di phone.

STOKIN

Perlu sediakan beberapa pasang stokin juga. Takut nanti stokin basah dan kita akan kesejukan. Sebelum pakai stokin boleh sapu minyak panas pada tapak kaki atau betis supaya tidak kejang dengan suhu wad yang sejuk atau berangin.

Jadi selamat bersalin pada semua ibu- ibu yang menunggu hari untuk bersalin. yang mana nak cuba balm untuk bayi baru lahir atau baby kit spa boleh tekan terus whatapp dibawah:

Balm Tasneem atasi masalah kembung dan sembelit pada anak

Balm T-Rub cukup digemari oleh ibu-ibu kerana balm ini selamat dan boleh menggantikan minyak telon. Ibu-ibu pasti akan teruja setiap kali mengurut dan menyapu balm ini ke perut bayi kerana balm ini boleh melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin berlebihan.

cara atasi sembelit bayi

Ibu bapa boleh sapukan balm ini di tapak kaki dan perut. Untuk sapuan di bahagian perut, ibu bapa disarankan supaya membuat urutan seperti urutan ‘I Love You’ bagi memastikan si manja anda lebih selesa.

Essential Oil dalam Trub balm

Selain itu, T-Rub turut membantu masalah penghadaman dengan adanya Fennel, Ginger, Lemongrass, dan Anise sebagai bahan utama dalam pembuatan balm ini. Bahan lain yang digunakan adalah semulajadi dan tiada lansung mempunyai paraben atau SLS.

– Membuang angin dalam perut

– Bantu melegakan kembung perut

Bantu melegakan perut sebu

Apa kata pengguna tasneem?

” lepas sapu trub kat anak buah, tak sampai setengah jam anak buah terus berak. 5 hari dia tak berak, kesian.”

” Selepas guna tasneem anak saya dah kurang sembelit dan mudah sangat buang air besar”

” Baby kentut je buang angin, demam kuning pun tiada. Lega saya sis”

Boleh terus dapatkan balm trub untuk bayi anda di sini

Boleh terus whatapp mami min untuk sembang mengenai balm.

Perkembangan Anak Dari Lahir Hingga 3 Bulan

Selalunya kita pergi tengok bayi yang baru lahir, dia asyik tidur je kan? Biasa maknya cakap anak saya tidur lena siang hari, menangis dan berjaga pada malam hari. Bayi bukan tahu setakat menangis saja tau, sebenarnya ada 7 bahagian lagi dalam carta perkembangan anak- anak. Jom semak!

1. Motor Kasar

Pada umur 1 bulan bayi bertindakbalas apabila pipi dan mulutnya disentuh. Dari lahir jari jemari bayi biasanya menggenggam. Mak ayahkena buka genggaman dan cuci daki pada celah jari bayi tau. Penggunaan mittentak digalakkan sangat kecuali kuku anak panjang dan tajam.

Anak suka dan pandai menghisap dan mudah terkejut. Sebab itu ada mak ayah yang suka bedung bayi. Untuk elakkan anak terkejut diluar kawalan.

Pada umur 3 bulan pula bayi sudah dapat menggerakkan kaki dan tangan serta boleh mengawal kepalanya sendiri.

 

2. Motor Halus

Bayi dari lahir sudah boleh memandang ibu dan ayah dengan pandangan yang buat kita cair manakala bayi 3 bulan sudah boleh fokus pada objek yang dekat seperti mainan gantung yang ada pada kelambu anak.

3. Penglihatan

Semasa berjaga mata bayi 1 bulan akan berkedip- kedip memandang cahaya manakala pada umur anak 3 bulan, mata anak boleh mengikut objek yang bergerak dan anak boleh fokus pada objek yang dekat dengannya. 

4. Pendengaran

Anak dari bayi mudah sangat terkejut tapi jika tengah tidur lena badannya saja akan terkejut sehinggalah usia anak 2-3 bulan. Selepas itu barulah anak akan menunjukkan respon terhadap bunyi. Anak tidak terkejut dengan bunyi yang konsisten dan kuat seperti bunyi vakum tapi anak mudah terkejut dengan bunyi yang sekali sahaja seperti bunyi cicak di malam hari yang sunyi sepi.

5. Pertuturan dan bahasa

Bayi dari pantang hingga 2 bulan kerjanya menangis sahaja. Yang membezakan bayi yang sakit atau tidak sakit ialah tangisannya lama atau sekejap. Bayi yang menangis jika kita dukung atau pujuk akan menangis sekejap sahaja, tapi bayi yang sakit seperti kembung perut akan menangis lama dan kuat.

Mulai 3 bulan ke atas anak sudah mula mengeluarkan bunyi yang lembut berulang kali seperti mmm.

6 . Emosi

2 cara sahaja bayi menunjukkan emosinya iaitu menangis dan suka senyum.  Kita akan boleh melihat bayi menangis atau senyum walaupun dia tengah tidur tetapi bayi 3 bulan sudah mula membalas senyuman mak ayah.

7. Kognitif

Bayi dapat membezakan rasa melalui ekspresi muka untuk rasa manis, masam dan pahit. Selain itu, bayi akan mengerlipkan mata apabila tangan ditepuk dihadapan mukanya. Nak masuk 3 bulan anak suka membelek jarinya sendiri dan sudah pandai memasukkan objek ke dalam mulutnya.

7 bahagian perkembangan anak ini sangat perlu diambil berat oleh mak ayah. Selain daripada dimonitor oleh jururawat di klinik, mak ayah boleh monitor perkembangan anak sendiri dirumah. 

Balm Tasneemnaturel ubat semulajadi untuk batuk dan selsema anak

Sesekali anak kita kena demam, batuk dan selsema bagus juga. Ia sebenarnya membantu meningkatkan antibodi anak kita supaya jika terkena demam dari jangkitan kuman yang sama, anak sudah ada antibodi untuk melawan kuman tersebut.

Tapi yang tak tahan jika demam dan selsema itu berpanjangan. Ada juga demam dah kebah, tapi hidung berhingus masih ada. Ditambah pula dengan batuk yang teruk. Kita sebagai ibu dan bapa mesti tidak selesa dengan keadaan ini apatah lagi di anak kecil yang terpaksa menghadap ketidakselesaan ini.

Balm CF-Rub atau coughflu tasneemnaturel

Balm CF-Rub tasneemnaturel dirumuskan khas untuk membantu hentikan batuk dan selsema. Paling penting secalit balm ini dapat bantu anak bernafas dengan sempurna tanpa gangguan kahak atau hidung tersumbat lagi. Apa bahan semulajadi yang ada dalam balm tasneem sehingga dianggap balm magik oleh pengguna? Mari kita lihat:

Minyak pati orange/ oren:

Oren ni bagus sebab kaya dengan antioksida d-limonene. Membantu menghapuskan toksin dalam badan.

Minyak pati kayu putih/Eucalyptus:

Boleh dikatakan semua minyak bayi atau minyak telon di Malaysia menggunakan minyak kayu putih sebagai bahan utama. Boleh dikesan dalam minyak yang berangin dan mempunyai bau yang kuat. Minyak ini membantu mencairkan kahak dan hingus.

Perlu dinyatakan di sini, jumlah minyak pati kayu putih yang digunakan dalam Cf-Rub adalah dos yang sesuai untuk bayi seawal usia sehari.

Minyak Tea trea

Ia merupakan antibiotik yg terbaik. Ia membantu masalah pernafasan melegakan asthma,selesema dan batuk.

Ada juga eo cypress yang dapat menghapuskan kahak yang terkumpul dalam saluran pernafasan dan paru².

Sesuai untuk mengurangkan batuk berkahak, selsema, asthma dan suhu ketika demam.

Lavender

Lavender pula digunakan sebagai ejen penenang anak sewaktu dalam keadaan selsema dan tidak selesa. Baunya yang wangi dapat bantu tenangkan anak dan dapat tidur dengan nyenyak walaupun badan tidak sihat.

Frankinsence

Minyak pati frankinsence juga lebih dikenali dengan nama luban atau tayyibat merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi.  Bagus untuk meningkatkan paras antibodi anak dan bayi.

Sapu balm cf 2 kali sehari pada hidung, tulang hidung, dada dan tapak kaki anak. Demam akan berkurangan, selsema cepat kering dan batu akan segera hilang.

Boleh terus dapatkan balm cf rub di sini.

0
Your Cart