BAYI

Ruam Anak Hilang Hanya Dengan Sapu Krim

As salam semua mommy- mommy hebat.

Kenapa zaman anak- anak kita sekarang banyak penyakit ye? Selepas lahir ja mesti ada kuning la, ruam la, kulit kering la. Pendek kata zaman sekarang banyak penyakit yang tidak pernah ada pada zaman mak- mak kita dahulu.

Pasal apa? Sebabnya mak- mak kita dahulu pemakanan mereka sangat terjaga, fast food jangan katalah, tidak pernah sentuh pun makanan segera atau makanan yang tinggi dengan MSG. Tetapi sekarang, sos, kicap, sos tiram, pendek kata semua bahan di dapur untuk masak adalah tinggi MSG dan kandungan gulanya.

krim-gatal

Krim untuk ruam bayi

Ruam adalah penyakit yang dah menjadi kebiasaan terjadi pada anak zaman sekarang. Keluar wad je terus ada merah- merah, naik biji- biji air dan anak pun apa lagi, melalak la sebab gatal. Bahaya ke tidak ruam ni? Boleh baca disini.

Ada kajian mengatakan anak yang mengidap eczema adalah kerana ibunya kekurangan vitamin penting semasa hamil, iaitu vitamin c. Ketahuilah para ibu semua, vitamin c tidak dihasilkan oleh badan, perlu di ambil dari luar. Jadi janganlah skip makan vitamin c anda.

Jika dirujuk kepada doktor, doktor akan menyarankan mandian yang mengandungi pH asid rendah kepada anak seperti mandian sebamed atau lactysid. Namun ada juga klink swasta memberi mandian organik seperti jenama sleek dan ezzera. Bagi Ibu pula anak seawal sehari hingga 2 minggu Ibu tidak akan menggunakan sebarang sabun untuk mandikan anak.

Sebabnya Ibu tidak mahu kulit anak yang halus mulus didedahkan dengan bahan kimia dalam mandian itu. Krim pulak tentunya doktor akan bagi elomet krim. Tahukah para ibu yang elomet krim ini mempunyai steroid?? Jika digunakan berterusan kulit anak akan menipis dan mudah luka. Begitu juga krim- krim lain di klinik. Sebarang krim yang ada perkataan CORT didalamnya adalah krim yang bersteroid tinggi. Elakkan penggunaan krim ini.

Mari kita tengok apa krim yang bebas steroid yang boleh digunakan sebagai ubat ruam ni.

Balm Skeenz Tasneemnaturel

balm ruam baby

Skeenz balm berasaskan minyak pati tumbuhan yang mana ianya tiada bahan kimia dan sangat bagus untuk kulit bayi. ramai ibu- ibu diluar sana menggunakan balm skeenz untuk masalah anak seperti ruam susu, ruam lampin dan gatal akibat kena gigit nyamuk.

Balm tidak panas untuk bayi

Bayi baru lahir sangat berisiko untuk terkena ruam di pipi akibat suhu yang panas atau ruam susu jika susu ibu meleleh dan terkena pipi anak. Jika dibiarkan anak akan mengalami kegatalan dan tidak selesa. Sebab itulah anak akan sentiasa menangis dan mengamuk.

Sapu skeenz balm 2 kali sehari selepas mandi. Jangan bimbang, balm ini tidak panas atau berangin bahkan ianya wangi kerana terdapat argan oil di dalamnya.

Pilih krim atau balm yang organik dan bebas bahan kimia dan tiada had untuk sapu. Sapu kerap pun boleh sebab ianya tiada kesan sampingan.

Berminat untuk dapatkan krim atau balm ruam semulajadi ini? Harganya adalah tersangat murah hanya RM59 dan kegunaan adalah selama 2 hingga 3 bulan. Berbaloi- baloi. Hubungi pengedar balm tasneemnaturel anda atau terus whatapp kepada saya untuk order :

Puan Aminah Hussain

SMS@whatapps : 0175082443 

email : ibudoakan99@gmail.com

COD : perlis

Elak Perut Bayi kembung

Tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran anak syurga tersayang, mesti semua para ibubapa mengalami masalah yang sama. PERUT ANAK KEMBUNG!. Ya, kebanyakkan tangisan adalah disebabkan bayi tersebut kembung samada menyusu badan penuh atau memberi anak susu formula.

Punca-bayi-kembung

Tangisan yang berlarutan berpunca dariapada kembung perut ini, jika tidak dirawat akan menyebabkan sawan tangis pada anak. Apa penyebab perut bayi kembung? Apakah minyak yang biasa digunakan? dan Petua orang lama yang masih releven untuk digunakan demi mengatasi kembung perut bayi ini.

Apa penyebab kembung bayi?

1. Cara menyusu dengan botol yang terlalu condong

2. Saiz lubang botol yang terlalu kecil meyebabkan udara banyak ditelan oleh bayi.

3. Bayi tidak sendawa selepas menyusu.

4. Bayi menangis terlalu banyak

5. Penghadaman susu formula yang kurang sesuai

6. Pemakanan ibu menyusu yang banyak angin

Cara mengatasi kembung bayi

1) Dukung bayi anda semasa menangis, ataupun membedungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi, dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap.

2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu

3) Sapu minyak telon yang disyorkan dan sesuai untuk bayi.

4. Ada juga yang menggunakan ‘gripe water’ yang mengandungi sodium bikarbonat yang dipercayai boleh melegakan. Namun, ia masih dijual sebagai ubat tradisional yang tidak melalui kajian terperinci untuk membuktikan keberkesanannya. Ia tidak diiktiraf oleh FDA sebagai ubat khusus untuk cegah kembung.

4) Cuba tukar susu formula anak.

Jangan terlalu risau jika anak menangis dengan kuat. Cuba cara mengatasi di atas dan InshaAllah Ibu akan berkongsi mengenai minyak telon bayi yang biasa digunakan untuk kembung serta petua- petua tradisional yang masih boleh digunakan di dalam entry yang lain pula. Semoga berjumpa lagi…

Ruam susu pada bayi. Bahaya ke tidak?

Bersalin 2 kali di hospital kangar meninggalkan kenangan dan pengalaman berbeza pada Ibu. Hari ini Ibu nak kongsikan pengalaman bersalin anak no 2, Muhammad Ikhwan. Ibu bersalin pada tahun 2013 yang mana semasa itu hospital kangar sedang dinaiktaraf. Yang menjadi masalahnya ibu yang sedang sakit hendak bersalin dan ibu yang sudah selamat bersalin diletakkan dalam 1 wad biasa.

Bayangkan dengan keadaan yang bising, katil penuh dan keadaan dalam wad sangat panas. Ibu melahirkan Ikhwan pada jam 4.28 pagi,tetapi Ibu hanya dikeluarkan dari labor room pada jam 8pagi, staff tengah bertukar dan keadaan dalam wad bertukar menjadi panas.

Teka apa yang terjadi pada Ikhwan? Belum sempat 10jam melihat dunia ruam memenuhi dahi dan bahagian belakang badannya. Semuanya gara- gara keadaan dalam wad yang sangat panas.

Kesian anak Ibu, jadi Ibu mohon balik ke rumah pada hari itu juga walaupun anak masih belum berak. Alhamdulillah tepat jam 11pagi Ikhwan dah berak dan Ibu terus memulakan prosedur keluar daripada wad. Alhamdulillah, kami sampai ke rumah tepat jam 7 malam.

Kenapa bayi mengalami masalah ruam?

krim-semulajadi-tanpa-steroid

Punca sebenar bayi mengalami ruam ialah disebabkan keadaan cuaca yang panas dan lembap. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul.

Jadi elakkan anak berada dalam keadaan berpeluh. Jangan pakaikan baju- baju yang tebal atau membedung anak terlalu ketat sehingga tiada aliran udara pada kulit anak untuk berpeluh.

Adakah ruam merbahaya?

Tidak, tapi ia adalah petanda yang anak anda terlalu panas. Mungkin juga anak berada dalam keadaan tidak selesa kerana ianya sangatlah gatal. Jika anda tidak menyejukkan anak, mungkin keadaan akan menjadi serius seperti terkena strok haba.

Apakah krim yang sesuai untuk ruam?

Sebelum itu kenal pasti dulu anak anda mengalami ruam apa. Boleh cek di bawah.

1. Ruam Panas

Naik bintik- bintik merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan yang berlipat seperti leher, pelipat siku, celah ketiak dan bahagian dahi.

2. Ruam Susu

Ianya terjadi akibat daripada lelehan susu yang tidak dibersihkan. Terjadinya bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi.

3. Ruam Lampin

Pemakaian pampers yang terlalu lama dan kotor akan mengakibatkan kulit jadi merah dan radang samada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Biasanya kita panggil nappy rash.

4. Eczema

Naik bintik merah, kadan- kadang bernanah dan berair. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Kadang- kadang ianya menjadi kering dan berkuping.

5. Alegik

Kulit menjadi  merah dan gatal secara tiba- tiba,biasanya berpunca daripada pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang.

Anda boleh mencuba krim herbal blend ini untuk anak yang mempunyai ruam. Kenapa krim ni? Ini kerana herbal blend adalah organik, bebas steroid, dan tanpa bahan kimia yang berbahaya. Lagi pula krim ini bertindak secara semulajadi dan tidak berminyak.

herbal-blend-krim-serbaguna

 1 tiub berharga RM27.50 sahaja dan sangat tahan lama jika digunakan sebagai krim nappy rash dan ruam. Namun anda perlu membeli dengan agen shaklee yang sah kerana jika membeli di kedai takut kena pada krim yang dah habis tarikh luput.

Hubungi Ibu sekarang untuk meredakan kegatalan anak disebabkan ruam atau eczema.. Sampai bila nak pakaikan krim yang mempunyai steroid kan? Jom kita berwhatapp 0175082443

Sembelit pada Bayi dan Kanak- kanak

Sepanjang 1 tahun 10 bulan penyusuan kepada Muhammad Iman, anak Ibu yang seorang ini tidak pernah mengalami sembelit. Namun Iman pernah tidak membuang air besar selama 8 hari berturut- turut.

Masa tu Ibu dan suami tersangat runsing sehingga terpaksa membawa Iman kepada doktor pakar di Kedah. Jawapan yang kami terima “if you full breastfeed your son, its normal if your son don’t poopoo within a week”

Lega hati hati kami. Namun selepas usia Iman 6 bulan dan diberi solid food, Iman mengalami masalah yang lagi besar, SEMBELIT!!!

cara-mengatasi-sembelit-anak
kesakitan akibat sembelit

Masalah yang Ibu hadapi semasa berpantang, kini dialami pula oleh anak yang tersayang. Ibu yang berusia 30tahun pun menangis apabila mengalami sembelit apatah lagi anak kecil yang berusia 6 bulan. Sangat menyentap perasaan apabila setiap kali Iman ingin poo, die meraung, menangis sehinggakan sampai tahap serak suaranya.

Sekali lagi Iman dirujuk pada hospital pakar yang sama. Namun doktor hanya menyarankan supaya diperkenalkan anak kepada puri buah sebagai sarapan dan bagi minum banyak air masak selain teruskan penyusuan. Sebelum balik kami dibekalkan dengan cecair enema yang berfungsi untuk meransang najis supaya keluar.

Bila bertanyakan ‘pakcik’ google, rata- rata mengatakan penggunaan kerap prime enema ini mampu merosakkan usus bayi. Terus Ibu hentikan penggunaannya dan menggunakan cara yang lebih alami untuk menyelesaikan sembelit anak.

ubat-sembelit-kanak--kanak

Cara mengatasi sembelit

1. Sediakan puri buah buahan sebagai sarapan anak. Contoh puri yang biasa saya berikan pada anak ialah puri lobak, pisang, labu, betik dan epal.

2. Jam 10 pagi sediakan snek sihat pulak seperti biskut susu homemade, kerepek lembut atau oat.

3. Masak bubur nasi anak menggunakan olive oil. Setiap bubur ayam atau bilis yang dimasak untuk Iman dan Ikhwan, Ibu campurkan dengan sesudu teh olive oil. Olive oil baik untuk pembuangan najis anak dan mampu naikkan badan secara sihat kerana olive oilmengandungi lemak asid omega 6.

4. Sebelum tidur bancuh segelas susu ditambah dengan sesudu prebiotik al manna. Al manna amat bagus untuk perut kanak- kanak dan boleh mencegah terjadinya sembelit. Al manna ialah gam arab yang mana sekarang telah dikomersialkan menjadi serbuk.

5. Selain Al manna, Ibu juga memperkenalkan multivitamin meal shakes untuk diberi pada anak setiap hari. Ibu tambahkan meal shakes ke dalan snek sihat, susu, minuman coklat dan ais krim anak, supaya zat dan nutrien anak sentiasa cukup untuknya membesar. Multivitamin hanya sesuai untuk  bayi yang berusia 1 tahun ke atas sahaja ye.

6. Walaupun anak sudah tidak menyusu badan, setiap ibu harus pastikan anak- anak kinum banyak air putih setiap hari. Sediakan botol berisi air masak dan bawalah ia ke mana- mana sekalipun demi mengelakkan anak merasa hendak minum air manis atau air kotak yang dijual.

Jangan suramkan hari anak ibu- ibu semua dengan masalah sembelit ini. Ini bukan perkara yang remeh kerana sembelit boleh menyebabkan terjadinya radang pada usus anak. Cegah ia sebelum terlambat.

Mainan Untuk Si Manja

Selalunya selepas bayi berusia 3 bulan ke atas kita mesti akan membeli mainan untuk diberi kepada anak. Tapi adalah mainan yang kita beli itu bermanfaat, bagus dan sesuai untuk bayi?

Ciri- ciri mainan yang baik mestilah lembut, selamat,bukan bersaiz kecil dan dapat melatih mata serta tangan bayi. Pelbagai pilihan mainan bayi yang selamat boleh didapati pada page islamic education tools for kidz.

soft-toy-ransang-otak-bayi
mainan yang meransang otak bayi

Hari ini Ibu nak kongsikan 2 cara bermain untuk melatih koordinasi mata dan tangan bayi kita. Cara ini boleh digunakan pada bayi seawal usia 5 hingga 12 bulan. Artikel ini dipetik daripada Buku “Permainan Untuk Bayi- Aktiviti Bersama Ibubapa” yang ditulis oleh Jackie Silberg Terbitan Al-Ameen Serve Holding.

Kejar Mainan

  1. Ikatkan tali pada sebuah mainan kecil yang muat untuk melalui tiub gulungan tisu tandas atau tuala kertas.
  2. Mainan yang boleh bergolek sesuai untuk permainan ini. Gunakan alat-alat permainan yang besar dan selamat untuk bayi.
  3. Pastikan tali lebih panjang daripada tiub.
  4. Masukkan mainan ke dalam tiub, dan keluarkannya.
  5. Sorok mainan itu lagi, kemudian keluarkannya di hujung yang satu lagi.
  6. Bayi anda akan menyukai misteri ini. Berkatalah kepada mainan yang akan hilang itu, “Selamat tinggal, mainan. “
  7. Apabila mainan muncul semula, sebutkan “ Hai, mainan.”

Ianya seakan mainan ‘cak- cak’ yang selalu kita buat pada anak. Anak akan ketawa terkekeh- kekeh apabila melihat muka kita yang di tutup oleh tangan. Best bukan bila melihat bayi ketawa?

Mainan Blok Lembut

mainan-berpendidikan-untuk-bayi
dapatkan mainan yang lembut, selamat dan murah untuk bayi anda

Aktiviti ini membantu bayi meningkatkan kemahiran melepaskan objek yang berada di tangannya.

  1. Dudukkan bayi di atas kerusi tinggi atau di atas lantai.
  2. Letakkan dua biji mainan blok di hadapannya.
  3. Sekiranya bayi tidak mengambil blok-blok itu, letakkan blok-blok tersebut di tangannya.
  4. Ambil mainan blok yang ketiga dan berikan kepada bayi. Bayi akan belajar untuk menjatuhkan mainan blok di tangannya untuk mengambil mainan blok yang lain.

Cara ini sangat mudah namun efeknya sangat bagus untuk membantu meransang otak bayi. Nampak simple namun jika anda cuba pada bayi anda, dia akan mengajarnya menjadi seorang yag kreatif apabila dewasa kelak.

Bayi Umur 9 Bulan Dah Mengenal Huruf

As Salam ibu- ibu semua.

Adakah bayi ibu- ibu semua sudah mengenal huruf dan nombor? Anak saya umur setahun 4 bulan dah mengenal huruf seperti dalam video adik Raisya di bawah. Menakjubkan kerana Raisya @ Bree hanya berusia 9 bulan. WOW!!!

Apa yang kami buat untuk mendidik Ikhwan dan Raisya? Tidak lain dan tidak bukan, caranya ialah dengan mengenalkan flashcard huruf, nombor kepada anak seawal usia anak 5 bulan lagi secara konsisten.

Konsisten yang bagaimana? Luangkan masa bersama anak selama 10 hingga 15 minit setiap sesi bermain. Jika anda ibu bekerja, anda boleh lakukan ini di waktu malam sementara anak hendak tidur.

Mari Ibu kongsikan tips dan panduan buat ibu yang mengajar sendiri anak mereka di rumah. Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah.

Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran :

bayi-kenal-huruf-9-bulan
contoh kad imbas bayi

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.

2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula.

3. Beri anak mainan ‘fidget’ untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.

4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.

5. Apabila membaca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.

6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca.

7. Flashcard yang digunakan hendaklah besar, terang dan berwarna- warni. Selepas sesi membaca, bagi anak pegang flashcard itu dan biarlah dia nikmati sendiri berada di alam flashcard.

Jangan terkejut jika anak sudah mengenal huruf semenjak usianya 9 bulan. Anak syurga kita semua dilahirkan sebagai genius, mereka mampu membuat perkara lain yang lebih daripada itu.

0
Your Cart