KANAK-KANAK

Ingatkan anak kena sawan, tapi bukan sawan

Ummi nak tanya pernah tak anak mommy menangis sehingga pengsan? Menjadi kejang sementara? Biru? atau tiba-tiba terdiam? Inilah fasa yang ummi lalui dengan anak kedua ummi yang mempunyai Breath Holding Spells.

Apa itu Breath Holding Spells?

Menurut Dr. Sarah Roddy, Profesor dari Sekolah Perubatan Universiti Loma Linda dari California, ia boleh berlaku pada kira-kira 4 ke 5% kanak-kanak di seluruh dunia.Sebelum ummi terang apa itu Breath Holding Spells ni, ummi ceritakan dulu macam mana kami suami isteri perasan yang anak perempuan kami ni ada Breath Holding Spells.

Ummi ingat kali pertama Widyan Mayamin jadi adalah pada tahun lepas sekitar bulan Mac 2017. Ummi kurang ingat. Dia tengah main dan kemudian mainan dari tangannya diambil oleh abangnya dan tak semena mena dia menangis dan menjerit jerit melepaskan geram, tuuppppp… dia terus collapse seperti kekejangan.

Ummi? Allah… terus panik dan ummi menjerit macam orang gila. Walid yang sedang membaca Quran pada waktu ini terus berhenti dan pergi angkat Widyan Mayamin sambil menepuk2 muka dia yang mata dah ke atas. Dan Wallahi memang biru muka dia! Dan dia terus pejamkan mata dia dan ummi memang ingat anak ummi dah mati. Allah dan walid masih berusaha menyedarkan Widyan Mayamin sambil walid laung Allahuakbar sebab memang dia mengeras (Ok…ummi typing this with tear dah..huhu) …dan akhirnya dia sedar sambil matanya memandang walid dan ummi. Terpinga-pinga keadaannya.

Terus ummi ambil dia dari walid, dukung dan ummi ketuk dinding ketuk tingkap… nak rangsang dia sambil ummi sebut juga dinding warna putih.. TV warna hitam.

Syukur! Waktu kejadian ni walid ada. Sebab kelemahan ummi adalah ummi cepat panik.

Walid dan ummi plan untuk bawa Widyan Mayamin jumpa specialist sebab risau if ada something yang berkaitan otak dia ke yang buat dia jadi macamtu. Tapi waktu ni ujiannya pula ialah alahan ummi pregnant Uzma Hunaynah adalah sangat teruk. Jadi asyik bertangguh. Jangan contohi ummi na. Sepatutnya bawa terus jumpa Dr taw.

Dalam bulan Julai 2017, Nidhal Mudrik warded sebab chicken pox di hospital dan sekali lagi Widyan Mayamin jadi macam tu tapi kalini di hospital. Dia geram tak dapat ikut ummi bawa abang dia nak pergi fisio. Dia mengamuk dan apa lagi. Biru dan nak collapse. Walid terus baringkan dia… (Rupanya walid ada baca dah di web pasal Breath Holding Spells.)

Ummi? Macam biasalah. Menjerit dan berlari keluar dari bilik Nidhal Mudrik warded tu sambil jerit NURSE NURSE!!!!!!! Ya Allah, semua nurse lari ke bilik Nidhal sebab ingatkan Nidhal Mudrik rupanya Widyan Mayamin! Siap ada nurse bawa apa tah macam bantuan oksigen kot. Sama macam haritu, tanpa bantuan oksigen tu pun Widyan Mayamin dah sedar sendiri.

Dan paedtrician yang cek Nidhal Mudrik terus cek Widyan Mayamin sekali dan di sinilah ummi tahu yang anak dara ummi ni ada BREATH HOLDING SPELLS. Senyum je Paed tu tengok ummi jenis cepat gelabah!

Dia pesan pada ummi first you perlu buat bila anak jadi macam ni adalah YOU MESTI RELAX DAN TENANG! Malu betul ummi time ni. Hahaha. Ya Allah, sejenis cepat gelabah ummi ni. Panik apatah lagi.

Sekarang, Widyan Mayamin masih lagi jadi tapi tak kerap. Bertabahlah walid dan ummi sehingga usianya 7 tahun sebab kata doktor breath holding spell akan baik dengan sendirinya sekitar usia 6-7 tahun.

Terdapat dua jenis breath holding spell bergantung kepada perubahan warna kanak-kanak. Episod cyanosis(biru) tercetus apabila kanak-kanak itu marah atau kecewa. Biasanya kanak-kanak akan menangis kuat selama kurang dari 15 saat, kemudian menjadi senyap, berhenti bernafas dan dengan pantas muka bertukar menjadi biru. Kebiasaannya mereka akan menjadi lembik dan pengsan.

Kadang-kadang badan mereka boleh mengeras seolah-olah mereka mendapat sawan. Tidak lama selepas itu mereka akan menarik nafas yang dalam, bernafas seperti biasa dan mula sedarkan diri namun mungkin akan kelihatan penat selepas episod breatholding spell tersebut.

Selain dari cyanosis (biru) kanak-kanak atau bayi boleh mendapat serangan pucat yang selalu tercetus oleh kesakitan atau ketakutan. Sebagai contoh seorang kanak-kanak berlari, tiba-tiba terjatuh dan kepala terhantuk. Ini boleh mencetus breath holding spell bukan kerana kecederaan di kepala tetapi lebih kepada sakit yang tidak dijangka dan berlaku secara tiba-tiba.

Kanak-kanak tersebut akan berteriak sekejap, betukar menjadi pucat seterusnya pengsan dan mungkin kelihatan sedikit kebiruan. Acap kali badan mengeras atau menggigil seolah-olah mendapat serangan sawan dan berlaku tidak sampai 1-2 minit. Selepas itu mereka akan sedarkan diri namun mungkin akan kelihatan letih dan tidur untuk beberapa jam. Episod ini dipanggil Reflex Anoxic Seizure di dalam bahasa perubatan.

Jika anak anda terkena Breath Holding Spells, apa yang anda perlu lakukan?

Sebaiknya jika kali pertama anak anda terkena, anda bawalah berjumpa dengan doktor untuk pastikan punca anak anda jadi begitu adalah disebabkan penyakit itu sendiri (Breath holding Spell) atau disebabkan epilepsi (sawan) atau jantung atau behavior anak itu sendiri (Kelakuan).

Bagi yang dah tahu apa punca anak, jika terjadi 4 langkah ini yang anda perlu lakukan :

• Pertama sekali sememangnya perlu bertenang! bertenang dan bertenang!
Panik memang hanya akan merumitkan lagi keadaan. Alhamdulillah lah Allah izin setiap kali jadi pada anak sehingga kini, walid ada. Ummi masih cuba untuk suruh diri ni bertenang.

• WAJIB baringkan dan mengerengkan anak di lantai/tilam.
Mengapa? Sebab ini dapat membantu mempercepatkan pengaliran darah ke kepala supaya anak ini akan segera sedar.

• BANTU SEDARKAN ANAK
Bantu dengan usap usap kepala anak. Gosok badan dia. Kita kena bantu dia sedar.

• Jika anak masih tak respon, buat CPR!
Proses ini berbeza di antara bayi dan kanak-kanak. Pastikan anda belajar tentang ilmu CPR bagi kedua-dua kumpulan ini. Masih belajar juga ummi ni walaupun walid pandai. Tapi risau jika Allah uji jadi time suami di tempat kerja.

Perkongsian ikhlas dari FB Hidayah Azir

10 Cara Atasi Sembelit Anak dan Orang Dewasa

Jika anak atau orang dewasa tidak membuang air besar selama 3 hari, bersedialah untuk berhadapan dengan sembelit yang teruk. Sembelit ini normal tapi jika dibiarkan anda akan mengalami kesakitan yang teruk terutama semasa meneran. Lubang dubur boleh koyak dan boleh menyebabkan buasir juga. 

Begitu juga anak- anak, jangan biarkan anak tidak membuang air besar lebih 3 hari terutama anak yang sudah makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, susu tepung dan sebagainya. Dibawah ada 10 cara mudah bagi atasi sembelit anak dengan segera.

1. Atasi sembelit dengan minum air kelapa

Air kelapa perlulah yang segar dari buahnya. Bukan yang dibeli dikedai yang ada tambahan gula. Seeloknya bagi anak setengah cawan – 1 cawan sebelum mula makan makanan berat yang lain.

2. Atasi sembelit dengan buah betik

Untuk anak atas 6 bulan yang belum ada gigi, boleh lenyek betik masak dan jadikan puri. Beri anak makan puri betik dulu sebelum beri bubur nasi atau susu botol.

makanan alami untuk sembelit
Buah betik masak

3. Atasi sembelit dengan minum banyak air putih

Walaupun anak minum susu tepung, anak haruslah diberi air putih juga. Anak usia 1- 3 tahun memerlukan antara 1 liter air putih setiap hari. Orang dewasa pula memerlukan paling minimum 3 liter sehari.

4. Balm/ Minyak Ubat

Selain makanan ada juga balm atau minyak ubat yang boleh melegakan sembelit dengan segera. bahan dalam balm atau minyak ubat ini perlulah mempunyai bahan yang bagus untuk perut seperti tangerine, serai dan bergamot. Pilihan saya ialah balm T-RUB dari tasneemnaturel. Sapu balm dan dengan sedikit urutan, ia mampu memberikan kesan segera pada perut. Boleh klik sini untuk dapatkan balm ini dengan segera.

ubat kembung bayi

5. Minum jus nanas

Sediakan buah nanas yang sudah masak, untuk atasi sembelit hanya perlu meminum jusnya sahaja, seratnya perlu ditapis dan dibuang. jadikan amalan 2 kali sehari untuk pembuangan air besar yang lancar. Untuk anak pula hati- hati beri jus nanas dibimbangi anak akan sakit perut dan cirit birit pula.

6. Amalkan minyak zaitun

Setiap malam sebelum tidur boleh minum 1 sudu minyak zaitun. Untuk anak kecil boleh juga beri minyak zaitun sesudu kecil setiap malam. Minyak zaitun akan rasa tidak sedap, tapi sangat membantu melancarkan penghadaman dalam tubuh. Najis jadi lembut dan mudah untuk kita membuang.

7. Kunyit

Kunyit boleh buat jus atau makan begitu sahaja. Antioksidan yang ada di dalam kunyit mampu menjaga dan melindungi usus. Selain itu jika rasa sakit kerana sembelit vitamin daripada kunyit boleh meredakan rasa sakit itu.

8. Jauhi makanan segera

Jangan amalkan makanan segera selalu walaupun hanya kentang goreng. Bahan pengawet dalam makanan segera memang boleh menyebabkan sembelit kerap berlaku.

9. Makan makanan yang banyak mengandungi prebiotik dan probiotik

Makanan yang mempunyai kandungan prebiotik yang tinggu ialah arabic gum, pisang, bawang dan bijirin. Manakala probiotik ialah yogurt, budu, dan makanan yang diperap seperti kimchi dan jeruk.

10. Bersenam

Senaman yang mudah ialah kayuh basikal. Untuk anak kecil boleh buat senaman gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal. Selain itu boleh mulakan aktiviti berjalan kaki selama 20 minit setiap hari.

Balm Tasneemnaturel ubat semulajadi untuk batuk dan selsema anak

Sesekali anak kita kena demam, batuk dan selsema bagus juga. Ia sebenarnya membantu meningkatkan antibodi anak kita supaya jika terkena demam dari jangkitan kuman yang sama, anak sudah ada antibodi untuk melawan kuman tersebut.

Tapi yang tak tahan jika demam dan selsema itu berpanjangan. Ada juga demam dah kebah, tapi hidung berhingus masih ada. Ditambah pula dengan batuk yang teruk. Kita sebagai ibu dan bapa mesti tidak selesa dengan keadaan ini apatah lagi di anak kecil yang terpaksa menghadap ketidakselesaan ini.

Balm CF-Rub atau coughflu tasneemnaturel

Balm CF-Rub tasneemnaturel dirumuskan khas untuk membantu hentikan batuk dan selsema. Paling penting secalit balm ini dapat bantu anak bernafas dengan sempurna tanpa gangguan kahak atau hidung tersumbat lagi. Apa bahan semulajadi yang ada dalam balm tasneem sehingga dianggap balm magik oleh pengguna? Mari kita lihat:

Minyak pati orange/ oren:

Oren ni bagus sebab kaya dengan antioksida d-limonene. Membantu menghapuskan toksin dalam badan.

Minyak pati kayu putih/Eucalyptus:

Boleh dikatakan semua minyak bayi atau minyak telon di Malaysia menggunakan minyak kayu putih sebagai bahan utama. Boleh dikesan dalam minyak yang berangin dan mempunyai bau yang kuat. Minyak ini membantu mencairkan kahak dan hingus.

Perlu dinyatakan di sini, jumlah minyak pati kayu putih yang digunakan dalam Cf-Rub adalah dos yang sesuai untuk bayi seawal usia sehari.

Minyak Tea trea

Ia merupakan antibiotik yg terbaik. Ia membantu masalah pernafasan melegakan asthma,selesema dan batuk.

Ada juga eo cypress yang dapat menghapuskan kahak yang terkumpul dalam saluran pernafasan dan paru².

Sesuai untuk mengurangkan batuk berkahak, selsema, asthma dan suhu ketika demam.

Lavender

Lavender pula digunakan sebagai ejen penenang anak sewaktu dalam keadaan selsema dan tidak selesa. Baunya yang wangi dapat bantu tenangkan anak dan dapat tidur dengan nyenyak walaupun badan tidak sihat.

Frankinsence

Minyak pati frankinsence juga lebih dikenali dengan nama luban atau tayyibat merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi.  Bagus untuk meningkatkan paras antibodi anak dan bayi.

Sapu balm cf 2 kali sehari pada hidung, tulang hidung, dada dan tapak kaki anak. Demam akan berkurangan, selsema cepat kering dan batu akan segera hilang.

Boleh terus dapatkan balm cf rub di sini.

Balm Tasneem Naturel atasi masalah bayi dan anak kecil

Secara umumnya ada 5 masalah utama yang biasa terjadi pada anak kecil terutama bayi iaitu:

  1. Anak sukar tidur
  2. Anak tantrum, suka mengamuk
  3. Anak kena demam dan batuk berpanjangan
  4. Anak sakit perut
  5. Ruam atau kulit sensitif

Kebelakangan ini banyak produk yang berkaitan essential oil atau pati minyak pokok dikatakan boleh membantu menyelesaikan 5 masalah di atas jika digunakan secara konsisten.

Ada pelbagai jenama minyak pati di luar sana dan dalam banyak- banyak jenama ini saya suka pada satu jenama iaitu Tasneem Naturel.

Balm tasneemnaturel boleh selesaikan semua permasalah di atas jika disapu secara konsisten pada anak. Yang menariknya ianya berbentuk balm bukan minyak seperti produk essential oil yang lain.

Kenapa berbentuk balm? Ini kerana essential oil tidak boleh disapukan direct pada kulit anak, ada dos yang sesuai untuk kulit anak serta bayi. Balam tasneem sudah siap gunakan essential oil dos kanak- kanak.

Yang pasti balm tasneem ini tiada bahan kimia seperti paraben atau SLS yang menyebabkan keradangan pada kulit bayi. Balm tasneem hanya menggunakan bahan- bahan semulajadi seperti :

1. Essential oil mengikut jenis balm

Setiap balm tasneemnaturel mempunyai 7-10 essential oil yang telah dicampurkan mengikut dos bayi atau istilah dalam penghasilan minyak pati pokok dinamakan telah di ‘dilute’.

Setiap essential oil yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) yang mana sijil ini diperlukan untuk mendapatkan kelulusan KKM. Balm tasneemnaturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Beeswax

Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.

Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.

3. Shea butter

Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.

Shea butter mampu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.

4. Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Naturel. Minyak kelapa sudah terkenal dengan 1001 manfaat. Minyak kelapa dihasilkan daripada isi kelapa.

Balm Tasneem Naturel ini mempunyai 5 jenis.

  1. Calm Time
  2. Sleep Time
  3. T-Rub Time
  4. CF Rub Time
  5. Skeenz

Calm Time Tasneem Naturel

Membantu menstabilkan emosi baik kepada bayi atau orang dewasa. Apabila disapu pada anak, ia akan merilexkan saraf anak yang menegang akibat tantrum atau sesi mengamuk tadi.

Kelebihan Calm Time adalah menyelesaikan masalah:

  • – Anak kuat meragam dan tantrum
  • – Anak kurang fokus
  • – Anak sering menangis

Malah ia juga berfungsi dan berkesan kepada orang dewasa.

Sleep Time Tasneem Naturel

Sleep Time Tasneem Naturel membantu memperbaiki hormon tidur anda atau anak anda. Minyak pati cedarwood yang digunakan dalam sleep time boleh mengimbangkan hormon tidur dan jaga.

Kelebihan Sleep Time adalah dengan menyelesaikan masalah:

  • – Anak susah tidur malam
  • – Anak tidak tidur lama atau nyenyak
  • – Orang dewasa yang tidur tidak teratur
  • – Masalah tidur malam bagi kanak-kanak atau orang dewasa

T-Rub Tasneem Naturel

Trub adalah balm wajib ada dalam setiap kit kecemasan anak. Saya gunakan balm ini semenjak anak lahir lagi sebagai minyak angin bayi.

Sekarang anak dah makan makanan pejal, masalah sembelit kerap berlaku. Sapu balm tasneem anak dapat membuang dengan senang.

Antara kelebihan Trub Time adalah menyelesaikan masalah:

  • – Bayi sukar buang air besar
  • – Bayi selalu kembung perut
  • – Anak sakit perut
  • – Anak susah membuang air besar atau sembelit
  • – Orang dewasa / kanak-kanak yang sakit perut atau cirit birit

Cf Rub  Tasneem Naturel

Cr Rub atau nama lamanya coughflu juga wajib ada dalam kit kecemasan anak. Kita tak tahu bila anak akan terkena selsema atau batuk. Jika sudah ada tanda- tanda anda boleh kerap sapu balm cf rub ini.

Antara kelebihan cf rub adalah untuk mengatasi masalah:

  • – Batuk malam
  • – Susah bernafas kerana selesema
  • – Selesema dan batuk
  • – Anak nak mula demam

Skeenz Tasneem Naturel

Memperkenalkan balm terbaharu dari Tasneem Naturel, Skeenz bantu meredakan masalah kulit anak seperti gatal, ruam, kena gigit serangga atau nyamuk.

Walaupun baru dipasaran, Alhamdulilah dah banyak feedback positive yang kami terima dari pengguna Skeenz terutama ibu yang mempunyai anak eczema.

Testimoni

Di bawah adalah beberapa testimoni pengguna-pengguna yang mencuba Balm Tasneem Naturel ini:

Jom ibu ayah, kita ikhtiar dengan bahan semulajadi

Calm Time : Atasi tantrum anak

Sleep Time : Bantu anak tidur lena

T-rub : Atasi masalah perut anak

Cf-rub : Mengurangkan selsema dan batuk

Skeenz : Membantu menyelesaikan masalah kulit sensitif, ruam, ekzema

Terus saja tekan whatapp dibawah untuk order:

http://ibudoakan.com/produk/

atau boleh bersembang dengan saya di whatapp:

Tip Pemilihan Mainan Untuk Anak Speech Delay

Assalammualaikum ibu bapa bahagia semua.

Sebagai seorang penjual edu toy untuk anak- anak, Ibudoakan selalu diminta untuk cadangkan produk yang sesuai untuk anak speech delay. Alhamdulillah, kenalan Ibu iaitu Puan Izana seorang speech therapist ada berkongsi tip dalam permilihan mainan untuk anak yang di sahkan speech delay.

Tanda anak menghadapi masalah speech delay

Anak speech delay mempunyai masalah kemahiran bercakap seiring usianya. Sepatutnya:

Diusia 1 tahun- 1 setengah tahun dah boleh menyebut perkataan mudah seperti mama, ibu, baba, ayah

Diusia 2 tahun anak sudah boleh gabung 2 patah perkataan seperti “Nak makan”, “Dah habis”

Di usia 3 tahun anak sudah boleh gabungkan 3 hingga 4 patah perkataan seperti “Ibu ada burung atas pokok”

Tahap anak lambat bercakap pelbagai mengikut kemahiran asas

  1. Eye contact– bila bercakap dia boleh pandang mata kita, perhatikan apa kita buat
  2. Daya tumpuan
  3. Mengambil giliran– boleh pasing bola, pasing mainan
  4. Meniru- kemahiran paling susah bagi anak speech delay iaitu meniru apa yang kita cakap
  5. Menyesuaikan gambar- Tahap matching skills
  • Objek- dengan objek
  • Objek dengan gambar
  • Gambar dengan gambar
  • Gambar dengan gaya
  • Bermain

Sebagai seorang penjual barang mainan, soalan yang wajib ditanya pada mak ayah ialah “Apa target therapist untuk anak”

Contoh jawapan:

  • Melatih eye contact dengan orang
  • Nak anak lebih focus
  • Nak anak boleh bermain bersama kawan- kawan yang lain
  • Nak develop fine motor anak

Antara cadangan mainan:

Knob puzzle

Jangan bagi puzzle ABC, Nombor atau aliff ba ta dulu. Puzzle abc, 123 dan aliff ba ta boleh beri untuk anak speech delay 4 tahun ke atas.

Pemilihan knob puzzle kena ada latar belakang yang kosong atau tidak serabut.

Kebaikan knob puzzle:

  • Melatih anak meminta
  • Melatih anak develop motor halus- jika anak sudah boleh masukkan objek dalam puzzle, fine motor anak sudah ok
  • Melatih mengenal gambar
  • Meniru bunyi

Kitchen roleplay suitcase, Bermain masak- masak.

Target meniru percakapan. Paling mudah minta anak tanya mak dan ayah nak makan apa, anak masak. Mama nak air sirap, minta anak sebut sirap, jus, oren, nasi dan sebagainya

Wood cutting fruit and vegetable

Target anak dapat menyamakan objek, untuk fine motor, meminta objek dan mengenal warna/ objek.

Lacing bead

Target belajar meminta, kenal benda/ objek/ warna, latih fine motor jika anak boleh memasukkan tali dalam lubang pada objek

Genius button art/ mushroom nail

Target untuk melatih daya tumpuan anak, mengenal warna

Mengambil giliran selepas ibu letak bead anak ambil bead lain dan letak. Jika anak cabut balik bead maksudnya anak belum mencapai tahap boleh mengambil giliran

Anak akan belajar berkongsi, meminta

Fine motor- anak menolak button tu keluar dari

Matching egg- kemahiran menyamakan benda

Pemilihan Buku

Perlu memilih buku board book bagi memudahkan untuk anak yang mempunyai masalah kemahiran motor membelek buku

Buku tidak boleh melebihi 10 karektor

Cerita kena mudah/ simple

Background/ gambar dalam buku tidak serabut

Mulakan mengenal anak dengan gambar baru kosa kerja

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi 1001 manfaat kepada ibubapa yang mempunyai anak speech delay. Paling penting adalah apa jua mainan yang dibelikan untuk anak, ibubapa perlu turut sama bermain dengan mereka.

Artikel ini adalah berdasarkan FB live video daripada Puan Nurul Izana Abdul Rahman ( Speech therapist @Terapis Pertuturan Bahasa )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

Semua ibu bapa akan risau apabila bayi mereka dijangkiti batuk dan selesema. Bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan baik. Sudah tentu tidur mereka juga akan terganggu. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran mereka.

Kebiasaannya bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, yang menghidap batuk dan selesema tidak akan diberikan sebarang ubat-ubatan oleh doktor. Ianya adalah normal selagi bayi masih aktif dan menyusu dengan baik.

Ini mungkin berlaku kerana terdapat lendiran yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir. Lendir (kahak) ini akan keluar sendiri melalui muntah atau najis.

Pencegahan

Disebabkan bayi sangat mudah dijangkiti, ibu bapa perlu kurangkan membawa anak ke tempat-tempat yang ramai orang. Ingat formula ini: semakin ramai anak kita berjumpa orang, semakin tinggi risiko untuk anak kita dijangkiti.

awas! Sekiranya batuk dan selesema diikuti dengan demam, malah anak kelihatan lesu dan kurang menyusu, segeralah ke hospital untuk mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif.
Sangat penting untuk kita sentiasa memantau keadaan anak kita. Jika mereka dijangkiti, berikan susu badan dengan lebih kerap supaya mereka akan lebih mudah termuntah. Ini akan membantu kahak keluar secara semulajadi.

Petua semulajadi

Saya akan kongsikan beberapa petua yang sangat berguna untuk diaplikasikan kepada bayi anda. Ini adalah rawatan alternatif yang kita boleh lakukan di rumah.

Walaupun batuk dan selesema biasa berlaku dan ia akan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi, kita perlu risau dan mengambil langkah cepat supaya ia tidak menjadi lebih teruk. Selain itu, jangan lupa berdoa supaya anak kita segera sembuh dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

1. TEPUK PERCUSSION


Tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang melengkung. Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu. Jangan menepuk pada tulang belakang bayi. Tulang belakang mereka masih belum kuat. Tepuk percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak.

2. PEMAKANAN IBU

Untuk ibu yang menyusukan anaknya, diet harian ibu adalah sangat penting. Ibu perlu lebih selektif terutamanya dengan makanan manis yang akan merangsang pengumpulan mukus. Ambillah makanan yang berkhasiat terutamanya sayur-sayuran hijau.

3. MINYAK BAWANG PUTIH


Bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya dan tambah minyak masak/ zaitun/ bayi. Lenyekkan bawang putih di dalam minyak tadi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya. Bawang putih memang sangat terkenal dengan sifatnya yang tinggi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan

4. KUNYIT


Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk sedikit kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

5. MANDIAN LEMON


Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.

6. GARLIC SOCKS
Bakar bawang putih, letakkan di dalam stokin anak (pastikan bawang putih yang telah dibakar tidak terkena direct dengan kulit tapak kaki anak)

7. HABBATUS SAUDA DAN MINYAK ZAITUN
Goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.

Di samping kita berikhtiar, jangan lupa untuk berdoa moga Allah beri kesembuhan buat si kecil kita. Jika mereka ceria, sihat dan gembira, itulah yang sangat membantu perkembangan mereka.

8. Sapu balm pada anak

Cara paling mudah untuk kesan segera supaya pernafasan anak tidak tersumbat ialah dengan sapu balm tasneemnaturel pada dada, dan tapak kaki anak.

 

Fungsi dan bahan dalam balm tasneem untuk selsema dan batu bayi. Sapu 2 kali sekali selepas mandi, anak akan dapat tidur lama walaupun masih dalam kedaan tidak sihat. Balm CF- Rub mampu mencairkan kahak dan kahak akan keluar bersama najis bayi.

Ada ibu bapa tidak sanggup memberikan anak ubat batuk kerana anak masih bawah usia 2 tahun. Jadi kawal suhu anak semasa demam dan sapu balm secara kerap. InshaAllah anak selesa.

untuk dapatkan balm tasneem ini boleh terus buat belian di sini

Boleh juga whatapp saya untuk info lanjut mengenai balm.

0
Your Cart