KANAK-KANAK

Sembelit pada Bayi dan Kanak- kanak

Sepanjang 1 tahun 10 bulan penyusuan kepada Muhammad Iman, anak Ibu yang seorang ini tidak pernah mengalami sembelit. Namun Iman pernah tidak membuang air besar selama 8 hari berturut- turut.

Masa tu Ibu dan suami tersangat runsing sehingga terpaksa membawa Iman kepada doktor pakar di Kedah. Jawapan yang kami terima “if you full breastfeed your son, its normal if your son don’t poopoo within a week”

Lega hati hati kami. Namun selepas usia Iman 6 bulan dan diberi solid food, Iman mengalami masalah yang lagi besar, SEMBELIT!!!

cara-mengatasi-sembelit-anak
kesakitan akibat sembelit

Masalah yang Ibu hadapi semasa berpantang, kini dialami pula oleh anak yang tersayang. Ibu yang berusia 30tahun pun menangis apabila mengalami sembelit apatah lagi anak kecil yang berusia 6 bulan. Sangat menyentap perasaan apabila setiap kali Iman ingin poo, die meraung, menangis sehinggakan sampai tahap serak suaranya.

Sekali lagi Iman dirujuk pada hospital pakar yang sama. Namun doktor hanya menyarankan supaya diperkenalkan anak kepada puri buah sebagai sarapan dan bagi minum banyak air masak selain teruskan penyusuan. Sebelum balik kami dibekalkan dengan cecair enema yang berfungsi untuk meransang najis supaya keluar.

Bila bertanyakan ‘pakcik’ google, rata- rata mengatakan penggunaan kerap prime enema ini mampu merosakkan usus bayi. Terus Ibu hentikan penggunaannya dan menggunakan cara yang lebih alami untuk menyelesaikan sembelit anak.

ubat-sembelit-kanak--kanak

Cara mengatasi sembelit

1. Sediakan puri buah buahan sebagai sarapan anak. Contoh puri yang biasa saya berikan pada anak ialah puri lobak, pisang, labu, betik dan epal.

2. Jam 10 pagi sediakan snek sihat pulak seperti biskut susu homemade, kerepek lembut atau oat.

3. Masak bubur nasi anak menggunakan olive oil. Setiap bubur ayam atau bilis yang dimasak untuk Iman dan Ikhwan, Ibu campurkan dengan sesudu teh olive oil. Olive oil baik untuk pembuangan najis anak dan mampu naikkan badan secara sihat kerana olive oilmengandungi lemak asid omega 6.

4. Sebelum tidur bancuh segelas susu ditambah dengan sesudu prebiotik al manna. Al manna amat bagus untuk perut kanak- kanak dan boleh mencegah terjadinya sembelit. Al manna ialah gam arab yang mana sekarang telah dikomersialkan menjadi serbuk.

5. Selain Al manna, Ibu juga memperkenalkan multivitamin meal shakes untuk diberi pada anak setiap hari. Ibu tambahkan meal shakes ke dalan snek sihat, susu, minuman coklat dan ais krim anak, supaya zat dan nutrien anak sentiasa cukup untuknya membesar. Multivitamin hanya sesuai untuk  bayi yang berusia 1 tahun ke atas sahaja ye.

6. Walaupun anak sudah tidak menyusu badan, setiap ibu harus pastikan anak- anak kinum banyak air putih setiap hari. Sediakan botol berisi air masak dan bawalah ia ke mana- mana sekalipun demi mengelakkan anak merasa hendak minum air manis atau air kotak yang dijual.

Jangan suramkan hari anak ibu- ibu semua dengan masalah sembelit ini. Ini bukan perkara yang remeh kerana sembelit boleh menyebabkan terjadinya radang pada usus anak. Cegah ia sebelum terlambat.

Mainan Untuk Si Manja

Selalunya selepas bayi berusia 3 bulan ke atas kita mesti akan membeli mainan untuk diberi kepada anak. Tapi adalah mainan yang kita beli itu bermanfaat, bagus dan sesuai untuk bayi?

Ciri- ciri mainan yang baik mestilah lembut, selamat,bukan bersaiz kecil dan dapat melatih mata serta tangan bayi. Pelbagai pilihan mainan bayi yang selamat boleh didapati pada page islamic education tools for kidz.

soft-toy-ransang-otak-bayi
mainan yang meransang otak bayi

Hari ini Ibu nak kongsikan 2 cara bermain untuk melatih koordinasi mata dan tangan bayi kita. Cara ini boleh digunakan pada bayi seawal usia 5 hingga 12 bulan. Artikel ini dipetik daripada Buku “Permainan Untuk Bayi- Aktiviti Bersama Ibubapa” yang ditulis oleh Jackie Silberg Terbitan Al-Ameen Serve Holding.

Kejar Mainan

  1. Ikatkan tali pada sebuah mainan kecil yang muat untuk melalui tiub gulungan tisu tandas atau tuala kertas.
  2. Mainan yang boleh bergolek sesuai untuk permainan ini. Gunakan alat-alat permainan yang besar dan selamat untuk bayi.
  3. Pastikan tali lebih panjang daripada tiub.
  4. Masukkan mainan ke dalam tiub, dan keluarkannya.
  5. Sorok mainan itu lagi, kemudian keluarkannya di hujung yang satu lagi.
  6. Bayi anda akan menyukai misteri ini. Berkatalah kepada mainan yang akan hilang itu, “Selamat tinggal, mainan. “
  7. Apabila mainan muncul semula, sebutkan “ Hai, mainan.”

Ianya seakan mainan ‘cak- cak’ yang selalu kita buat pada anak. Anak akan ketawa terkekeh- kekeh apabila melihat muka kita yang di tutup oleh tangan. Best bukan bila melihat bayi ketawa?

Mainan Blok Lembut

mainan-berpendidikan-untuk-bayi
dapatkan mainan yang lembut, selamat dan murah untuk bayi anda

Aktiviti ini membantu bayi meningkatkan kemahiran melepaskan objek yang berada di tangannya.

  1. Dudukkan bayi di atas kerusi tinggi atau di atas lantai.
  2. Letakkan dua biji mainan blok di hadapannya.
  3. Sekiranya bayi tidak mengambil blok-blok itu, letakkan blok-blok tersebut di tangannya.
  4. Ambil mainan blok yang ketiga dan berikan kepada bayi. Bayi akan belajar untuk menjatuhkan mainan blok di tangannya untuk mengambil mainan blok yang lain.

Cara ini sangat mudah namun efeknya sangat bagus untuk membantu meransang otak bayi. Nampak simple namun jika anda cuba pada bayi anda, dia akan mengajarnya menjadi seorang yag kreatif apabila dewasa kelak.

Pedihnya Ulser!

Penyebab ulser atau mata ikan

Semenjak Iman masuk umur 3 tahun ni, satu masalah yang sering terjadi ialah dia terkena ulser. Bahasa kampung kita panggil mata ikan. Ianya kerap terjadi jika anak selalu tergigit lidah atau bibir sendiri ketika mengunyah makanan.

Bermula dengan luka dibahagian dalam mulut yang kecil, akan menjadi besar dan banyak jika tidak dirawat. Mengapa mata ikan ini mudah terjadi pada kanak- kanak? Kadang- kadang kita yang besar ni pun kena juga, dan hanya Allah yang tahu kesakitan yang dirasa. Apatah lagi kanak- kanak sebesar Iman.

mata-ikan-pada-mulut-anak

Pedihnya ketika gosok gigi dan makan hanya Allah yang tahu. Kebiasaannya Ibu akan menyapu bonjela pada ulser anak. Namun terdapat banyak lagi petua lama yang boleh digunakan untuk menghilangkan ulser ini. Just try and try again.

 1. Makan Ais krim vanila

Kenapa perisa vanila? mungkin vanila adalah agen penyejuk pada lidah dan bibir. Ini adalah petua zaman sekarang. Doktor sendiri yang menyuruh Ibu bagi anak makan ais krim sepanjang terjadinya ulser tu. Doktor cakap ianya akan sembuh sendiri.

2. Garam

Boleh bagi anak berkumur dengan air garam. Jika takut anak tertelan, boleh letak sedikit garam halus pada ulser tu. Tapi selepas tu terpaksalah memujuk anak yang meraung kepedihan. Sabar ye ibu- ibu semua. memang sakit dan pedih.

3. Soda Bikarbonat

Petua orang dulu- dulu juga ni. Campurkan sedikit serbuk soda ke dalam setitik air, kemudian sapu ke tempat ulser. Rasa sama jugak macam letak garam. Pedih dan rasa berdenyut. Namun ia mampu mengecilkan saiz ulser itu dan mempercepatkan proses penyembuhan.

4. Air kelapa/ Jus timun

jus-timun-pengubat-ulser

Bagi anak minum air kelapa atau jus timun. Kedua air ini adalah agen penyejuk badan dan punca ulser juga adalah disebabkan suhu dalam badan yang sedikit tinggi. Bila badan sejuk, ulser senang baik. Elakkan buah tembikai atau buah yang bersifat panas yang lain.

5. Vitamin c

Tingkatkan antibodi anak dengan vitamin c. Vitamin c perlu diberi setiap hari pada anak jika anak kerap terkena ulser. Perlu diingatkan bahawa tubuh tidak menghasilkan vitamin c sendiri. Jadi perlu di ambil dari sumber luar seperti buah dan sayur.

6. Marjerin

Satu petua lama yang Ibu dapat daripada mertua ialah sapukan marjerin pada ulser anak. Ini kaedah yang tidak sakit atau pedih. Mungkin ibu- ibu semua boleh cuba dan kongsika di sini adakah ianya mujarab atau tidak. Ibu pun baru tahu petua ni dan akan dicuba pada Iman kejap lagi.

Moga cara dan petua ini bermanfaat untuk ibu- ibu yang mengalami masalah yang sama seperti saya. Jangan risau jika anak tidak lalu makan nasi ketika ada ulser, sebabnya anak akan merasa pedih. Seeloknya bagi anak makan aiskrim dahulu kemudian beri dia bubur yang bersup untuk mengisi perut.

Cara Untuk Bersihkan Gigi Anak Kecil

Bila anak tumbuh gigi pertama

Pertumbuhan gigi bagi kedua- dua anak saya adalah hampir sama. Sebatang gigi dibahagian bawah mula tumbuh apabila mereka mencecah umur 8 bulan. Bagaimana dengan anak ibu- ibu semua diluar sana? Umur berapa anak anda mempunyai gigi?

Dengan tumbuhnya gigi, ini bermakna anak kita sudah bersedia untuk menerima makanan yang mempunyai sedikit tekstur. Kita sudah boleh memperkenalkan anak kepada makanan pejal seperti potongan lobak dan ayam yang dihiris nipis- nipis.

cara-berus-gigi-anak

Namun, dengan memperkenalkan anak kepada makanan yang bertekstur ini, ia akan menyebabkan karies pada gigi anak. Senang cerita, gigi anak akan kekuningan jika tidak dibersihkan dengan segera. Apa kaedah paling sesuai untuk mencuci gigi anak? Adakah perlu untuk membeli berus gigi dan ubat gigi yang khas untuk kanak-kanak?

Cara cuci gigi bayi

Di sini saya kongsikan cara saya menjaga dan mencuci gigi anak.

1. Basahkan napkin anak dengan air suam.

2. Mulakan mencuci pada lelangit anak diikuti dengan lidah dan seterusnya gigi anak.

Mudah, senang dan cepat. Tanpa perlu memdedahkan anak kepada ubat gigi berflourida yang mungkin tidak sesuai lagi untuk anak pada usia mereka yang masih kecil. Perlu diingatkan, cara cucian ini tidak boleh ditangguhkan. Setiap kali anak selesai menyusu ( walaupun susu badan sepenuhnya) dan selepas makan terus sahaja cuci mulut dan gigi anak dengan menggunakan kaedah di atas.

Saya telah mempraktikkan cara ini semenjak anak saya tumbuh gigi dan alhamdulillah sampai sekarang anak saya berumur 3 tahun setengah tiada masalah gigi kuning, buruk, mereput atau mulut berbau.

Saya juga membeli berus gigi kanak- kanak sebagai latihan untuknya membiasakan diri dengan memberus gigi. Tetapi saya tidak menyediakan ubat gigi berfluorida kerana saya merasakan anak saya masih terlalu kecil untuk didedahkan dengan bahan kimia dan pengawet.

Yang paling penting, bawa anak ke klinik pergigian untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian sekurang- kurangnya 2 kali dalam setahun. Sekiranya berlaku kes kecemasan pada gigi anak anda,seperti gigi berdarah bawalah segera ke klinik gigi.

Anak Demam. Apa Yang Perlu Dibuat?

JIKA ANAK DEMAM

Ini adalah status update dari Puan Siti Aisyah Yusof di facebooknya. Membaca panduan ini, saya terpanggil unuk berkongsi penjagaan bayi ketika demam dengan para pembaca saya yang dikasihi.

Jom kita baca dan cuba ye. Semoga berjaya.

Panduan untuk ibu- ibu semua, semoga bermanfaat.

✔ Jika anak demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun kerana semasa penulis bergelar cikgu sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk. Samalah dengan suhu badan anak yang panas tadi.

✔ Bila selsema, tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu- ibu moden hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Penulis cuba praktikkan setiap kali anak mengidap selsema, alhamdulillah paling maksimum pun adalah 3 hari sahaja.

cara-turunkan-suhu-baby-demam

✔ Jika anak batuk, tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik.

Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

✔ Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

✔ Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Anda juga boleh menyediakan suplemen tambahan pada anak untuk menguatkan imun anak sendiri. Suplemen Untuk Anak

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

JOM KITA KONGSIKAN UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA

0
Your Cart