KEHAMILAN

Air Gula Sedap Buat Ibu Mengandung

Seperti yang sedia maklum, boleh dikatakan semua ibu mengandung di Malaysia kena melalui proses MGTT yang mana secara ringkasnya dikenali dengan ayat minum air gula. Dari mulut ke mulut, ramai yang mengatakan keseraman mereka dengan air gula yang super duper manis itu.

Apakah itu Ujian MGTT?

MGTT ((modified glucose tolerance test) adalah ujian bagi mengukur respon badan seseorang kepada glukos (gula). Kebiasaanya ibu yang mempunyai berat badan berlebihan atau mempunyai keturunan yang mengidap diabetes akan diminta melalui ujian ini.

Kegunaan Ujian MGTT

Ujian MGTT digunakan bagi tujuan mengenalpasti pesakit pre-diabetis, diabetis dan diabetis semasa mengandung.

Persediaan sebelum minum air gula

Untuk prosedur, ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.

Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, darah kira-kira 5-10 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa. Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan – 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

FBS (Fasting Blood Sugar) – Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L – 5.5 mmol/L

2 Jam selepas – Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Reference Range

Normal : < 7.8 mmol/L

Impaired : 7.8 mmol/L – 11.0 mmol/L

Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi. Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Air Gula Sedap

Saya pula setiap kali mengandung kena lalui ujian ini 2 kali. Masa usia kandungan 13 weeks dan kandungan 28 weeks. Ini kerana mak dan ayah mempunyai penyakit kencing manis semasa hayat mereka. Kebiasaannya saya minum air gula ini di klinik kesihatan terdekat, air gula perisa oren dibancuh secara suam. Selepas itu perut akan bergelora nak muntah.

Namun kandungan ke 4 ini, saya cuba cari penyelesaian bagaimana caranya tak muntah bila minum air gula. Rupa- rupanya ada air gula yang tak semanis air gula yang daripada serbuk itu. Tapi hanya boleh didapati di sesetengah farmasi atau klinik swasta sahaja.

Tahun ni baru tau ada air gula best ni. Tapi jarang farmasi ada. Boleh beli air gula ni dan bawa ke klinik kesihatan terdekat untuk mgtt. Tapi farmasi kat perlis ni jenuh cari takde, so pergilah buat mgtt kat klinik swasta.

Alhamdullilah boleh telan dengan sedapnya. Sejuk lagi sebab doktor keluarkan dari peti ais depan mata kite

Rasa macam air soda gitu, ada gas sikit dan tak manis melampau. Cas MGTT kat private perlis RM50 sahaja.

Darah tinggi semasa hamil boleh menjejaskan nyawa bayi dan ibu

Darah tinggi atau hipertensi dialami antara 5 hingga 10 peratus dikalangan wanita hamil.Peratusan ini mungkin lebih tinggi di kalangan wanita asia oleh sebab faktor genetik. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menyebabkan preclampsia.  Penyakit ini bukan hanya memberi kesan kepada tekanan darah tinggi namun turut memberi kesan pada buah pinggang, otak dan organ penting dalam tubuh.

darah-tinggi

Justeru check up air kencing amatlah perlu dijalani oleh ibu hamil. Hal ini adalah demi mengesan kerosakkan buah pinggang dengan lebih awal. Kesannya pula boleh menyebabkan ibu terkena sawan dan menyebabkan kematian pada bayi atau si ibu.

Punca hipertensi semasa hamil

  • Kehamilan pada wanita berusia 35 tahun dan ke atas
  • Mempunyai sejarah penyakit darah tinggi sebelum hamil
  • Wanita yang selalu kena migrain
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga terdekat yang kena darah tinggi semasa hamil
  • Memiliki fizikal yang terlalu kurus dan terlalu rendah
  • Wanita yang hamil kembar

Pemeriksaan berkala

Wanita yang ada darah tinggi semasa mengandung perlu menjalani pemeriksaan tekanan darah secara berkala di klinik selepas bersalin. Biasanya tekanan darah tinggi akan kembali normal selepas 6 minggu tempoh berpantang. Amalkan supplemen semasa hamil yang selamat dan semulajadi.

Kesan pada bayi

Berlaku ‘placental abruption’ berikutan pengasingan placenta dari dinding rahim sebelum bersalin yang mana menyebabkan pendarahan faraj dan pendarahan dalam badan yang mendorong kepada kes kematian dan kecacatan bayi

Pertumbuhan dalam rahim yang terencat yang mana berikutan pencerutan salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi. Tumbesaran bayi akan terencat menyebabkan berat badan bayi ringan. Bayi memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan incubator selepas dilahirkan.

PREMATURE-BABY

Kelahiran pramatang boleh berlaku berikutan kelahiran yang mendadak. Kelahiran elektif pramatang kadangkala dilakukan untuk mengelakkan ibu dan bayi mendapat komplikasi. Kadangkala bayi akan melepaskan najis sebelum sempat dilahirkan, penyedutan najis oleh bayi itu sendiri akan berlaku menyebabkan kerosakan paru-paru.

Kesan kepada ibu

  • Kadangkala boleh membawa kepada kematian atau koma jika berlaku keadaan ‘eclampsia’ (tidak boleh bergerak) yang mana disebabkan oleh pembengkakan dibahagian otak (cerebral oedema).
  • Berlaku stroke jika terdapat pendarahan dibahagian otak.
  • Kegagalan hati.
  • Pembengkakan hati 
  • Kegagalan hati.

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung, ikuti segala nasihat doktor dan sila mengambil langkah berjaga- jaga seperti sediakan keperluan bayi sebelum bersalin dan dalam kereta.

Kenapa sakit lutut dan sendi selepas bersalin?

Ramai antara ibu- ibu selepas bersalin mengalami masalah sakit lutut dan tumit ini. Betul tak? Kadang- kadang bukan hanya ibu yang badan berisi mengalami sakit lutut ini akibat berat badan berlebihan, ibu yang kurus seperti saya pun mengalami sakit yang sama selepas melahirkan anak kedua. Jadi apa penyebabnya sakit lutut dan sendi ini ye?

Pernah juga saya mengalami sendi dan rahang muka berbunyi- bunyi bila mengunyah makanan, itu belum masuk masa menguap dan bersin, rasa seperti rahang ini macam nak patah. Pelik kan? Masalah ini pernah saya rujuk pada doktor, dan doktor mengatakan ini perkara biasa.

sakit-lutut-selepas-bersalin

Sakit pada sendi selepas melahirkan anak sebenarnya kerap berlaku selepas melahirkan anak. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan “hormon relaxin” yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen. Ianya bertujuan bagi jalan bersalin mudah terbuka dan menjadi besar.

Ligamen yang longgar ini menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan, dan selalunya mengambil masa beberapa bulan sebelum sembuh seperti keadaan sebelum hamil. Doktor hanya membekalkan saya pil kalsium dan ubat nama glucosamine untuk di amalkan. Mari kita lihat apa punca sebenarnya sakit lutut dan sendi ini selepas bersalin.

1. Lutut

timbang-berat-badan

Disebabkan bebanan berat badan bertambah ataupun blood circulation. Jadi jika berat anda sudah melebihi ideal weight, lutut akan terasa sakit sebab tidak lagi mampu menanggung berat badan anda. Kurangkan berat badan sehingga dapat kembali berat badan ideal.

2. Tumit

Sakit pada tumit ini sebabkan oleh rahim/peranakan sedikit terturun dan menekan urat besar pada kaki dan terus ke tumit. Cara mengatasinya anda kena berurut dengan tukang urut selepas bersalin. Tukang urut ini biasanya akan menaikkan balik rahim ke tempat asalnya.

Cara lain yang boleh buat sendiri di rumah ialah dengan baring dan angkat kaki ke atas,  urut bawah perut anda secara atas sedikit dari ari- ari dan tolak naik ke atas secara perlahan- lahan. Masa tidur juga perlu letakkan kaki atas bantal bagi dapatkan posisi supaya rahim akan masuk balik ke tempat asalnya. Kalau versi luar ia dipangil senaman kegel.

senaman-selepas-bersalin

Selain pada tu, kena berpantang juga. Elakkan minum minuman berais, bergas, berkafein dan sebagainya. Berpantang yang ini bagus, bukan sahaja boleh elakkan sakit lutut atau tumit, ia mampu mengembalikan badan ke bentuk asal dan muka juga lebih berseri dan awet muda gitu!

Selamat Mencuba!

Magik ikan haruan untuk memulihkan luka bersalin

Hanyirnya bau dia. Itulah rata- rata pendapat para ibu kala bercakap tentang si ikan haruan. Namun tahukah anda di sebalik bau hanyir dan lendir itu mengandungi hampir 70% protein yang mampu mempercepatkan penyembuhan luka. Oleh sebab itulah, para ibu yang bersalin melalui czer atau pembedahan sangat digalakkan makan ikan haruan. Begitu juga dengan ibu- ibu yang bersalin secara normal.

Saya tidak lansung boleh menjamah ikan haruan baik selepas bersalin atau dalam keadaan biasa. Saya tidak tahan dengan baunya yang sangat hanyir. Namun saya tahu, ramai kawan- kawan saya yang  mengamalkan ikan haruan dalam pantang samada pati atau ikan segar. Jadi petua traditional ini sangat bagus untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran ketika bersalin.

haruan-besar

Menurut kajian, ikan haruan mengandungi albumin, iaitu jenis protein yang mempercepatkan penyembuhan luka. Malah kandungan protein ini lebih tinggi daripada sumber protein lain seperti telur, ayam mahupun daging.

Selain itu ia mengandungi lemak yang rendah iaitu 20 peratus daripada berat badannya. Ikan ini juga didapati memiliki sifat anti radang, penahan sakit, anti bakteria dan penyembuhan luka. Malah ekstrak ikan haruan dapat menyembuh, memulih, menahan sakit dan memperbaiki sel untuk pulih semula.

Menerusi penyelidikan yang dilakukan di Hospital Royal Perth, Australia mendapati ekstrak haruan dapat membantu mempercepat pembekuan darah.

Ekstrak atau pati ikan haruan

Sebaik- baiknya buat sendiri pati ikan haruan kerana ia lebih selamat dan terjamin. Tidak sukar untuk membuat sendiri pati ikan haruan. Cara sederhana dan mudah dilakukan dirumah. Caranya rebus ikan haruan sehingga patinya keluar. Tos untuk mengasingkan pati dan minum seperti air. Bagi mengelakkan rasa hanyir, tambahkan sedikit limau nipis atau halia di dalam rebusan.

Selain rebus dan dibuat sup, ikan haruan juga boleh dikukus. Elakkan menggoreng atau membakar ikan haruan bagi mengelakkan khasiat yang terdapat dalamnya hilang. Tambahan pula minyak dalam gorengan mampu meningkatkan tahap lemak pada ikan. Walhal ikan ini merupakan ikan yang baik kerana rendah lemak dan kolestrol.

Sebelum menamatkan penulisan kali ini, ibu ingin berkongsi resepi sup ikan haruan warisan nenek moyang ibu. Tapi ibu sendiri tidak dapat nak amalkan sebab selalu muntah setelah mencuba. Ibu selesa dengan menggunakan set bersalin tanpa jamu dan hasilnya juga sama seperti amalkan ikan haruan. 

sup-ikan-haruan

Resepi sup ikan haruan:

Bahan bahannya:

  • 1 ekor ikan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 cm halia
  • 1 keping asam keping
  • garam
  • daun bawang dan daun sup

Tumis semua bahan kecuali ikan, daun sup dan daun bawang. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ikan dan asam keping dan amsak sehingga isi ikan empuk. Taburkan daun bawang dan daun sup, sedia untuk dimakan.

Boleh cuba ye !

Disebalik check up di klinik semasa hamil yang patut anda tahu

Sebaik sahaja disahkan hamil, rutin pemeriksaan antenatal perlu dilakukan. Jangan sesekali culas kerana ia banyak membantu anda memantau kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan. Walaupun ianya sedikit sebanyak mengganggu mood untuk sehari, namun ianya sangat perlu untuk menjaga ibu dan bayi.

1. Timbang berat badan

timbang-berat-badan

Setiap kali pemeriksaan antenatal, timbangan berat badan akan dilakukan. Ini bagi memastikan berat badan anda terkawal dan berada dalam skala normal iaitu pertambahan antara 10 hingga 20kg sepanjang kehamilan. Jika berat badan anda kurang, ini mungkin menunjukkan bayi kurang mendapat nutrien yang mencukupi. Berat berlebihan pula boleh menunjukkan anda mungkin pengidap diabetis semasa mengandung

2. Ukuran tinggi

Ketinggian anda hanya diukur sekali sahaja iaitu ketika pertama kali membuka buku merah. Ia di ambil bagi mendapatkan gambaran awal mengenai saiz awal pelviks anda. Ukuran ini penting kerana saiz pelviks yang kecil akan mengganggu proses kelahiran bersalin dan doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani pembedahan semasa bersalin.

3. Pemeriksaan tekanan darah

cek-darah-tinggi

Pemeriksaan ini turut dilakukan setiap kali anda melalukan check up rutin. Ia dilakukan bagi memantau sebarang perubahan dalam tekanan darah. Tekanan darah yang normal sewaktu hamil ialah 120/70. Jika tekanan darah melebihi 140/90 doktor akan memberi perhatian khusus kepada kehamilan anda supaya tidak memudaratkan bayi dalam kandungan.

4. Ujian air kencing

Air kencing perlu diambil untuk diuji setiap kali pemeriksaan antenatal. Ini bertujuan untuk mengesan pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan rapi seperti gula, protein, nanah, darah dan sebagainya. Kewujudan gula dalam air kencing  merupakan tanda anda mengidap kencing manis atau diabetes.

Kehadiran protein pula dapat menunjukkan adakah buah pinggang anda berfungsi dengan baik atau tidak. Malah perlu diketahui protein yang banyak boleh menyebabkan anda mengidap penyakit darah tinggi.

5. Ujian darah

Kadang- kadang rasa tertekan kerana selalu diambil darah apabila setiap kali diperiksa. Kali pertama ia diambil bagi mengetahui kumpulan darah, rhesus darah dan kekebalan tubuh anda terhadap rubella. Antara lain, ujian darah juga dapat mengenalpasti sebarang risiko terhadap penyakit lain seperti siflis, hepatitis B dan HIV.

Ia juga memang diwajibkan untuk mengetahui paras hb darah dalam badan. Jika rendah, vitamin untuk naikkan hb diberikan.

6. Ujian imbasan

scan-bayi

Ketahuilah setiap ujian ultrasound bukan hanya sekadar untuk mengetahui jantina bayi. Ia lebih daripada itu. Ujian ini penting bagi membolehkan doktor mengetahui berapa saiz rahim anda, menjangka usia dan saiz kandungan, meneliti perkembangan bayi serta mnengenal pasti sebarang kecacatan yang mungkin ada pada bayi dalam kandungan.

  • Minggu ke 8 hingga 11: Imbasan trimester pertama dilakukan bagi menentukan usia bayi
  • Minggu 18 ke 22: Dilakukan bagi mengetahui usia sebenar bayi, bilangan bayi atau kecatatan yang mungkin ada pada bayi.
  • Minggu ke 28: Imbasan dilakukan bagi mengenalpasti perlekatan uri
  • Minggu 32- 34: Imbasan dijalankan bagi menilai perkembangan bayi dan jumlah air ketuban.

7. Pemeriksaan pergelangan kaki

bengkak-kaki-semasa-hamil

Bengkak di kaki atau kaki sembab menjadi petanda tekanan darah tinggi dan kencing berprotein. Oleh kerana itulah bahagian ini diperiksa setiap kali pemeriksaan antenatal dilakukan bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa bersalin.

8. Kekerapan pemeriksaan

  • Setiap bulan: selepas disahkan hamil sehingga kandungan berusia 7 bulan.
  • Setiap 2 minggu: pada bulan ke 8 kehamilan
  • Setiap minggu: pada usia kandungan 9 bulan dan ke atas.

 

Set Bersalin Moden Tanpa Jamu

Kelahiran yang mudah

Seperti yang diceritakan oleh Haridah Sahri, beliau melahirkan Fateh Izzuddin dengan mudah dan tempoh berpantangnya juga sangat menyelesakan. Selama hampir sembilan bulan beliau mengandungkan  Fateh, ibu kepada 3 orang cahaya mata ini sangat kuat, bertenaga dan sangat yakin untuk melahirkan secara normal.

acara putihkan kulit anak dalam kandungan

Menggunakan set kehamilan shaklee ketika mengandung membantu ibu yang berusia 36 tahun ini memperolehi stamina yang luar biasa kerana bisness yang dilakukannya memerlukan beliau  banyak bergerak ke sana ke sini. Apatah lagi mempunyai 2 orang anak yang telah bersekolah rendah.

Selain itu Haridah juga mahukan set bersalin atau set semasa pantang yang membolehkan dia mempunyai stamina sama  semasa hamil dan tidak mahu set bersalin yang berasaskan jamu. Menyedari kepentingan penyusuan bayi, dia tidak mahu mengulangi episod duka apabila anak pertamanya tidak dapat disusukan kerana pengambilan jamu yang panas semasa berpantang, penyakit kuning anaknya juga lambat untuk pulih kerana jamu.

vitamin bagi tenaga pada 4 orang anak

Selain itu, Haridah mengakui bahawa kulit  Fateh juga putih bersih dan licin selepas dilahirkan serta perkembangan Fateh juga sangat pantas. Fateh sudah boleh berdiri di usia 5 bulan. Justeru itu set bersalin shaklee adalah pilihan Haridah dan suami semasa berpantang selepas melahirkan Fateh Izzuddin.

Set bersalin shaklee

set pantang yang banyakkan susu badan

1. Vitamin C

Perkara utama yang dibekalkan oleh doktor selepas bersalin ialah tablet vitamin c. Vitamin c dikaji dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin. Malah dalam pantang sendiri doktor hanya membenarkan makan buah oren sunkist atau buah epal sahaja untuk mengelakkan angin dalam badan seterusnya menyebabkan anak kembung.

2. Vitamin B Complex

Vitamin B berfungsi untuk menenangkan ibu- ibu dalam pantang. Kajian mendapati ibu- ibu selepas melahirkan akan berasa stress dengan keadaan badan yang sakit, tiada tenaga, bengkak susu, anak menangis dan keletihan akibat tidak cukup tidur. Jadi vitamin b complex dapat membantu mengawal stress ini supaya tidak mudah dapat penyakit gila meroyan.

3. Zinc Complex

Zinc dapat menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Ia adalah tambahan kepada vitamin c tadi yang membantu pulihkan luka. Tambah dengan zinc, luka lagi cepat sembuh. Ianya sama fungsi dengan khasiat ikan haruan atau gamat. Sebagai bonus zinc mampu mengelakkan rambut daripada gugur!

4. Alfalfa

Ini yang ibu- ibu suka. Ianya bertindak sebagai jamu dalam pantang. Yang penting alfalfa ini tidak sepanas jamu. Fungsi alfalfa ialah memulihkan luka dalaman, mengurangkan keputihan, rahim cepat kecut dan ianya juga sebagai milk booster kepada ibu menyusu.

5. Ostematrix

Bagi ibu- ibu yang bersalin normal, yang paling digeruni semasa pantang ialah tidak dapat membuang air besar dengan selesa. Apatah lagi kita tidak boleh meneran kerana dikuatiri jahitan terbuka dan bentan. Jadi ostematrix adalah penyelamat, makan 4 biji ostematrix sebelum tidur dapat melembutkan najis seterusnya dapat mengelakkan sembelit.

6. Esp

Untuk tenaga semasa menyusukan anak, ibu- ibu semua wajib mengambil protin dalam menu seharian. 1 gelas esp setiap pagi mampu membekalkan protin yang cukup untuk penghasilan susu ibu. Sebagai bonus, susu menjadi pekat dan anak menyusu juga mudah kenyang dan tidak meragam. Sebagai bonus ibu- ibu akan mendapat kembali tubuh lansung seperti anak dara.

7. Vitalea

Biasanya keadaan ibu amatlah lemah selepas bersalin. Selain daripada makanan dalam pantang yang sihat, si ibu juga boleh mendapatkan tenaga segera daripada multivitamin vitalea. Si ibu akan mendapat tenaga segera , berasa lebih cergas dan terasa seperti bukan ibu berpantang.

https://vimeo.com/ireachhd/puasaibuhamil

Jom berpantang dengan selesa tanpa stress

Mahukan pengalaman seperti Puan Haridah? Jom berpantang dengan set bersalin shaklee 🙂 Alhamdulillah saya juga sangat berpuas hati dan saya yakin anda juga akan jatuh cinta dengan Set Bersalin terbaik ini.

Kalau ada sebarang pertanyaan tentang Set Bersalin Shaklee ataupun mana-mana produk Shaklee yang lain, boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah.

Puan Aminah Hussain

SMS@whatapps : 0175082443 

email : ibudoakan99@gmail.com

COD : perlis, jitra, changlun, uum

1
Your Cart