KEHAMILAN

Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1

Perubahan hormon, bentuk fizikal badan dan emosi membuatkan bakal- bakal ibu berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang usia kandungan. Sebenarnya semua wanita melaluinya cuma ada yang teruk, ada yang ringan.

Rasa sakit- sakit ini pastinya merisaukan wanita yang pertama kali mengandung. Ini sudah tentu kerana sebagai ibu kita mesti risau tentang kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.  Mari kita lihat apa yang biasa dialami oleh ibu mengandung dan cara mengatasinya.

Mabuk/ Loya

morning sickness

Morning sickness merupakan masalah biasa yang berlaku dalam 12 minggu yang pertama, malah ada yang berlarutan sehingga masuk trimester ke 2. Dianggarkan lebih 70% wanita mengandung mengalaminya.

Perkara ini tidak menjejaskan bayi dalam kandungan sekalipun anda kuran makan. Yang penting pastikan anda minum secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Saranan untuk anda:

  • Makan dalam kuantiti yang kecil tapi kerap (5-6 kali sehari)
  • Elakkan makanan pedas dan berminyak atau makanan yang sukar dihadam seperti daging merah.
  • Asingkan makan pejal dari cecair.. Jangan makan nasi denagn buah tembikai dalam masa ang sama.
  • Makan biskut atau keropok ikan kira- kira sejam sebelum anda bangun dari katil

Sekiranya anda lansung tidak boleh makan, pening dan muntah yang serius, sila berjumpa doktor demi memastikan anda tidak mengalami hyperemesis gravidarum– keadaan yang serius yang boleh menyebabkan berat turun mendadak, jantung berdegup laju dan hb rendah.

banner-naikkan-hb-1

Sakit belakang

Perubahan yang berlaku pada tubuh disebabkan oleh berat badan yang bertambah. Perubahan hormon mengendurkan otot, kandungan semakin besar, serta penyimpanan air dalam badan menyebabkan masalah sakit belakang. Sakit ini bertambah teruk di waktu malam dan peringkat akhir kehamilan.

Elakkan mengangkat barangan dan melakukan kerja rumah yang berat. Jangan gunakan kasut tumit tinggi untuk bekerja dan jangan berdiri terlalu lama dalam satu- satu masa.

Boleh lakukan senaman ringan untuk bahagian belakang badan. Pastikan anda menjaga postur badan semasa duduk dan tali pinggang materniti mungkin dapat membantu.

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah…. from iReach HD on Vimeo.

Kaki kejang

Rasa sakit yang sangat kuat secara tiba- tiba pada kaki atau betis adalah tanda anda mengalami kekejangan. Ia biasanya berlaku pada waktu malam dan di awal pagi. Kesakitan ini boleh dikurangkan jika anda menarik jari- jari kaki ke atas atau mengurut bahagian yang kejang. Senaman ini dapat membantu. Cubalah:

  • Bengkokan kaki anda dan luruskan kaki ke atas dan ke bawah sebanyak 30 kali.
  • Pusing kaki anda sebanyak 8 kali pada satu arah dan 8 kali pada arah bertentangan
  • Ulang dengan kaki sebelahnya.

Selain senaman, anda boleh minum banyak air, bersenam secara kerap,makan sumber kalsium dan banyakkan potasium dalam badan dengan mengambil buah pisang.

Anemia

Macam-macam komplikasi boleh terjadi masa hamil; salah satunya ialah anemia. Anemia ni terjadi bila kandungan hemoglobin (sel darah merah) dalam darah kita rendah. Sel darah merah ni sangat penting tau sebab dia lah yg bawak masuk oksigen ke setiap sel- sel tisu dalam badan.

Cara nak tambah sel- sel darah merah? Dengan zat besi. Malang sekali, kebanyakan ibu yg hamil ni kekurangan zat besi dalam simpanan bagi memenuhi keperluan badan (sebab dah ada bayi dalam perut).

Kalau betul-betul  serius, memang kena masuk wad. Itu lah yang terjadi pada Kakak Aya kita ini. Siap dah kena warded pun degil lagi tu tak nak dengar nasihat kakaknya.

Apa jadi bila tak dengar nasihat? Boleh tengok sendiri cerita adik beradik ni dalam video di bawah.

http://vimeo.com/ireachhd/adikdegil
Apa yang kakak Lin kita guna? Boleh rujuk artikel cara naikkan hb.

Artikel ini bersambung..Tunggu ye.. Nanti Ibu akan share tips mengenai spotting, bengkak kaki, rasa panas dan masalah keputihan semasa mengandung dalam part 2.

Wanita Mengandung Perlu Tahu: kehamilan yang berisiko tinggi

Apabila disahkan hamil, adakah anda tahu mengenai kehamilan yang berisiko tinggi? Berisiko tinggi untuk apa? Kehamilan boleh keguguran, anak yang dilahirkan nanti cacat dan terdedah kepada pelbagai penyakit bawaan.

Umur

Berumur kurang daripada 18 tahun. Ini kerana organ reproduktif masih kurang matang dan tidak mempunyai pengalaman mengandung. Jika anda mengandung pertama kali pada usia 35 tahun ke atas juga anda kehamilan anda juga berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi sepeti kencing manis, darah tinggi dan mendapat anak sindrom down.

Jarak kelahiran kurang daripada 2 tahun dan melebihi 5 tahun

penyakit ketika hamil

Jika anda mempunyai anak yang rapat dan terlalu jarakkan kehamilan, anda terdedah pada risiko terjadinya pendarahan semasa hamil, kelahiran bayi pramatang dan saiz anak yang dilahirkan kecil da kurang berat badan.

Mempunyai sejarah kelahiran yang bermasalah

Sejarah  yang sama mungkin akan berulang semasa hamil dan biasanya doktor akan follow up serapat mungkin bagi ibu hamil yang mempunyai masalah pada kandungan.

banner-naikkan-hb-1

Mengandung anak ke 6 dan seterusnya

Ibu yang  mengandung anak ke 6 dan seterusnya mudah terdedah kepada komplikasi penyakit seperti kurang darah, kencing manis, darah tinggi dan sawan. Ibunya juga terdedah kepada berlakunya pertumpahan darah semasa melahirkan anak.

Hamil kembar atau lebih

risiko hamil baby kurang matang

Ibu yang hamil kembar terdedah kepada penyakit darah tinggi semasa hamil, kelahiran tidak cukup bulan dan berlakunya pendarahan yang teruk semasa hamil.

Mengidap penyakit berisiko

1. darah tinggi/hypertension

Sekiranya tidak di kawal ia akan menyebabkan sawan pada ibu hamil dan pendarahan dalam rahim kerana uri akan berpisah daripada dinding rahim. Risiko bayi meninggal dalam rahim juga besar.

2. kencing manis/gdm/diabetes

Ibu akan terdedah kepada penyakit lain pula iaitu komplikasi pada buah pinggang. Si anak pula akan menjadi besar melebihi 4 kg dan terdedah kepada risiko penyakit jantung.

3. kurang darah merah/ anemia

Ibu akan mengalami pendarahan yang banyak semasa hamil, peratus keguguran tinggi dan berisiko melahirkan anak lebih awal. Bayi pula terdedah pada kematian dalam kandungan dan tidak membesar dengan baik

4. penyakit jantung

Ibu dan anak akan terdedah kepada kematian mengejut dan pembesaran bayi dalam kandungan akan terbantut.

Jadi, ibu- ibu hamil jika mempunyai faktor risiko seperti di atas, berjumpalah dengan doktor anda dan ikut nasihat yang doktor berikan. Jangan menempah bilik di hospital swasta kerana jika ada risiko begini biasanya anda akan dirujuk pada hospital kerajaan.

Cara dapatkan anak kembar

Topik pada hari ini mesti ramai yang teringin kan? Siapa tidak mahu anak kembar dan comel- comel ini. Topik ini Ibu pilih kerana ingin merancang anak yang seterusnya.

kembar lelaki perempuan

Mudah- mudahan dapat anak kembar perempuan kerana Ibu mempunyai genetik kembar yang kuat. Iaitu arwah ayah Ibu ialah kembar lelaki, Hussain nama ayah Ibu, Ismail nama kembarnya.

Jadi dengan sedikit ilmu yang diselidik, Ibu ingin kongsikan dengan para pembaca sekalian. Jom kita lihat apakah faktor penyebab kepada kehamilan kembar.

1. Genetik Kembar

Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ibu ada genetik ni. he…he..Ini kerana gen sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Gen yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur untuk hamil kembar

Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi akibat daripada rawatan kesuburan yang dijalankan.

3. Bilangan Anak

kembar cerdik

Lagi ramai anak, peluang untuk anak seterusnya kembar adalah tinggi. Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian

Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

banner-naikkan-hb-1

6. Pengambilan Ubat Kesuburan

Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

7. Berkahwin dengan keturunan kembar

Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu dengannya.

Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi. jadi cari pasangan anda yang mempunyai genetik kembar, itu paling senag dan tanpa risiko besar.

Petua khas untuk dapatkan anak kembar

pemakanan untuk kehamilan kembar

Banyakkan makan ubi, kentang dan susu segar. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu segar dari zaman muda, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.

Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu segar bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak disamping pemakanan tambahan yang lain.

Doa untuk mendapatkan anak kembar :

1) Surah As-Saaffaat Ayat 120

petua-hamil-kembar
2) Surah As-Syura ayat 50:

rancang jantina anak

Apa pun TAHNIAH kepada pasangan yang bakal mendapat anak kembar, jaga diri dan amalkan pemakanan serta suplemen yang bagus semasa hamil. Bawa 2 orang dalam perut itu adalah saat- saat yang mengujakan dan menguji kesabaran.

Anda ada sebarang petua untuk IBu? Jom kongsikan di bahagian komen…

Set Vitamin Lengkap Kehamilan

Perkara pertama yang kita dapat apabila disahkan mengandung ialah buku merah dan vitamin asas daripada klinik kerajaan mahupun swasta. Klinik kerajaan biasanya bagi vitamin ‘4 beradik’ iaitu asid folic, vitamin b kompleks, vitamin c dan iron tablet. Klinik swasta pula biasanya beri multivitamin obimin atau iberet.

Kenapa Kena Makan Vitamin Hamil

Kenapa ye ibu- ibu mengandung dibekalkan dengan vitamin- vitamin ini? Semua vitamin ini adalah untuk memberi sokongan tenaga kepada ibu mengandung dan sokongan tumbesaran pada bayi dalam kandungan.

Biasanya jika mengandung kita akan mengalami morning sickness, tidak lalu makan, muntah, mengalami penurunan dan kenaikan berat secara mendadak dan semua akan pasti merasa sakit pinggang dan lenguh- lenguh badan. Vitamin- vitamin yang diberikan adalah untuk mengurangkan gejala- gejala yang ini.

Vitamin Semulajadi Untuk Ibu Hamil

Shaklee, peneraju vitamin semulajadi dengan ini menyediakan vitamin- vitamin yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung. Kenapa semulajadi? Kita memerlukan vitamin yang semulajadi demi anak dalam kandungan dan kesihatan kita yang berpanjangan.

Vitamin sintetik seperti vitamin dari klinik, obimin dan iberet memang memberikan kesan yang memuaskan dan senang namun kesannya akan dilihat pada masa akan datang. Pewarna yang berlebihan dalam obimin, vitamin c sintetik akan membuatakan kulit bayi menjadi sensitif dan daya tahan terhadap penyakit juga amat rendah.

Mari kita lihat apa set vitamin lengkap kehamilan yang disediakan oleh shaklee.

1. Vitalea

khasiat zat besi untuk wanita mengandung

Multivitamin wajib bagi semua orang lebih- lebih lagi ibu mengandung. Ianya kaya dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA. Jadi kepada ibu- ibu yang mengalami tekanan darah atau hb rendah boleh mengambil 2 biji vitalea sehari

2. Vitamin B complex with asid folic

vitamin b complex untuk ibu hamil

Vitamin B Complex ini lengkap dengan folic asid yang mana sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

3. Vitamin C

ibu hamil tidak makan vitamin c

Fungsi utama pengambilan vitamin c adalah untuk menyerap zat iron yang terdapat dalam vitalea. Jadi ia digalakkan telan sekaligus dengan vitalea demi untuk naikkan bacaan Hb. Selain itu ia melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

4. Ostematrix

sakit gigi semasa hamil tanda tidak cukup kalsium

Oste atau juga lebih dikenali dengan istilah pil kalsium penting untuk  mencegah sakit gigi, sakit pinggang, lenguh- lenguh badan dan cramp kaki yang selalu terjadi pada ibu mengandung. Untuk bayi pula kalsium untuk pembentukkan tulang dan gigi bayi. Jika ibu kekurangan kalsium akan berlakulah sakit gigi kerana kalsium diserap oleh bayi dalam kandungan dan penyebab kepada gigi rongak dan terpaksa dicabut.

5. Omega Guard

minyak ikan untuk anak pandai

Seperti sedia maklum, minyak ikan kaya omega 3 ini mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Bayi yang dilahirkan nanti akan pintar dan cerdik, malah cepat pula berjalan.Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

6. ESP Soy protin

esp untuk kehamilan

Ini adalah sumber protin paling utama untuk ibu mengandung. Biasa pada peringkat awal kandungan ibu akan mengalami muntah dan tiada selera makan, Esp ini membantu ibu mempunyai tenaga. Jadi tiada masalah lapar atau kekurangan tenaga berlaku.

Jadi ini ialah kombinasi lengkap set vitamin untuk ibu hamil serta apa kata ibu yang menggunakan set vitamin lengkap hamil ini:

vitamin lengkap ibu mengandung shaklee

Dapatkan vitamin yang sentiasa selamat,semulajadi dan sentiasa berkesan untuk anda dan bayi. Bertukarlah kepada vitamin yang natural dan organik.

Bagaimana mahu mendapatkan suplemen ini? Order sekarang dan hubungi saya untuk konsultasi eksklusif sebelum dan selepas penggunaan.

Puan Aminah Hussain

SMS@whatapps : 0175082443

email : ibudoakan99@gmail.com

COD : perlis, jitra, changlun, uum

 

Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil Part II

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil. Jom kita lihat apa lagi yang perlu kita ketahui di saat kita dikhabarkan berita yang kita sedang berbadan dua.

1. Buku merah

perkara-perlu-buat-semasa-hamil

Jika anda melakukan pregnancy test di klinik, dan di sahkan positif, anda akan terpaksa menunggu 2 hingga 3 jam lagi kerana pada masa inilah jururawat akan membuka buku merah untuk anda. Semua rekod kesihatan anda dan suami serta keluarga akan dicatat pada buku tersebut dan kemungkinan juga anda akan diperiksa oleh doktor sendiri.

2. Degup jantung bayi

Kebiasaannya anda akan diminta menghadiri check up sebulan sekali di klinik ibu dan anak berhampiran. Darah akan di ambil, berat akan ditimbang, tekanan darah akan di periksa dan jika bertuah anada akan dapat mendengar degup jantung anak jika pemeriksaan degup jantung dijalankan.

banner-naikkan-hb-1

3. Kaki Sembab

Sembab atau bengkak pada kaki adalah masalah yang sering dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran untuk berjalan, solat, dan sebagainya.

Semasa hamil, badan menghasilkan kira2 50% lebih darah dan cecair badan sebagai persediaan menampung bayi yang sedang membesar. Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan  adalah normal semasa hamil. sembap juga boleh berlaku pada bahagian tangan, muka, kaki dan pergelangan kaki.

4. Berat bayi dalam kandungan

cara-mengetahui-berat-bayi

Perkara ini perlu diketahui oleh doktor untuk memastikan bagaimana proses anda bersalin anda nanti. Berat bayi di dalam rahim boleh dianggarkan menggunakan kaedah ultrasound dan bayi dijangkakan akan berada di sekitar 2.5kg hingga 4 kg semasa bersalin. Jika lebih daripada itu, doktor akan menggunakan kaedah lain seperti pembedahan untuk melahirkan bayi kerana terlalu banyak risiko jika bayi yang besar dilahirkan secara normal.

5.Hb rendah

hb rendah atau kurang darah merah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Jadi anda perlu maintainkan hb anda dengan bacaan 11 ke atas dengan mengamalkan pemakanan berkhasiat.

 

 

Kenapa Bila Hamil Kena Makan Vitamin?

As salam kepada semua pembaca sekalian.

Hari ini Ibu nak kongsikan pengalaman semasa mengandung. Sebulan setelah berkahwin Ibu disahkan mengandung selama 2 minggu. Alhamdulillah, tidak terungkap dengan kata- kata bila merasai ada janin di dalam rahim Ibu. Pada ketika itu juga suami Ibu meminta batalkan semua temuduga kerja dan fokuskan pada kehamilan sahaja.

natural vitamin

Seperti orang lain juga, Ibu turut mengalami masalah tidak lalu makan, muntah di waktu pagi dan jerawat naik dengan banyakknya pada bahagian belakang badan. Masya Allah inilah pengorbanan seorang Ibu, patutlah Allah memuliakan Ibu dengan 4 kali ganda daripada seorang bapa.

Pertama kali ke klinik untuk membuat buku merah, Ibu dibekalkan dengan 4 vitamin dari klinik. Vitamin B complex, vitamin C, asid folic dan iron tablet. Kehamilan yang pertama Ibu hanya mengikut nasihat doktor dan makan apa yang diberi. Biasanya skip juga, sebab terlupa dan bau vitamin itu sendiri sangat busuk.

Sebelum ni Ibu kurang mengambil berat kenapa vitamin yang 4 ini diberikan oleh klinik?, Apa fungsinya? kalau tidak ambil apa yang akan terjadi? dan banyak persoalan yang bermain di minda hanya setelah menceburi bidang nutrisi denagn salah satu syarikat yang bertapak kukuh di Malaysia ini.

Di sini Ibu kongsikan carta vitamin yang diperlukan oleh seorang ibu hamil. Jadi boleh cek adakah vitamin yang anda makan sekarang ini memenuhi keperluan itu.

fungsi-vitamin-semasa-hamil

Jom kita lihat satu persatu apa fungsi vitamin ini pada ibu hamil

Asid Folic

Menurut pakar nutrisi ibu hamil perlu mengamalkan asid folic jika merancang ingin hamil. Ia memastikan rahim anda subur dan pengambilan asid folic semasa hamil demi memastikan tulang anak dapat terbentuk dengan baik. Apabila ovum bercantum dengan sperma, akan berlaku proses pembahagian dan sel-sel organ semua akan terbentuk. Maka kerana itu amat perlu vitamin sudah diambil untuk membantu pembentukan sel-sel baru.

Vitamin B complex

Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan. Ia juga lebih dikenali dengan vitamin anti stress yang mana boleh menenangkan perasaan ibu- ibu yang tertekan akibat alahan dan badan yang sudah berubah bentuk.

Vitamin C

Vitamin C ini adalah untuk meransang penyerapan zat besi dan asid folic. Ia juga mampu menguatkan imun anak dalam kandungan. Ada satu kajian yang dijalankan secara rawak, ibu-ibu yang tidak mengambil vitamin C semasa hamil berisiko untuk mendapat anak yang mengidap eczema.

banner-naikkan-hb-1

Iron Tablet

Vitamin kecil yang berwarna coklat ini sangat busuk. he he.. Ini lah vitamin yang selalu di’skip’ kan oleh Ibu. Padahal inilah vitamin paling penting kerana ia vitamin untuk menambah darah. Jika kekurangan darah, ibu- ibu boleh pitam, pengsan dan berisiko untuk mengalami tumpah darah semasa bersalin.

Namun masih ada vitamin yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung. Selalu sakit gigi atau kaki cramp misalnya. Tanda anda tidak cukup kalsium. Boleh ambil pil kalsium  atau makan makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi seperti susu, keju, kurma, badam  dan bayam.

Minyak ikan juga bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Ia juga membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Namun suka diingatkan disini berhati- hati memilih minyak ikan yang berada di pasaran. Anda boleh rujuk ciri minyak ikan terbaik untuk minyak ikan yang bagus.

.

1
Your Cart