KEIBUBAPAAN

Cara Mudah Mengajar Anak

Menurut Ibu Rose ada cara paling mudah untuk kita mengenal gaya belajar anak. Melalui pergerakan mata dia. Biasanya gaya belajar ini kita akan dapat nampak semenjak anak umur 3 tahun ke atas.

Anak visual biasa matanya ke atas. Sebab dia nak tengok gambar atau membayangkan gambar. Anak ini senang belajar menggunakan gambar, televisyen, filem dan buku.

Anak audio matanya biasa ke tengah, tapi muka anak biasanya akan ke tepi sebab anak nak tadahkan telinga untuk mendengar apa yang kita perkatakan. Kena banyak lagu atau cara belajar yang berirama .

Anak kinestetik anak matanya akan pandang ke bawah. Kinestetik dia gabungan rasa/ emosi dan pergerakan. Anak ini kena banyak bermain sambil belajar.

Saya sudah kongsikan ciri- ciri bagi mengenal anak belajar gaya mana. Boleh rujuk semula posting saya yang lalu.

Anak Auditory
https://bit.ly/2J51KEv

Anak visual
https://bit.ly/2PEDV8N

Anak kinestetik
https://bit.ly/2NMdbRS

Kenapa nak kena tahu gaya anak kita jenis mana? Sebab paling utama ialah tidak mahu kita naik marah ketika mengajar anak.

Biasa sangat kita baca kisah seorang mak yang tertekan sebab ajar anak, anak tidak dengar atau tidak masuk. Lepas tu kita boleh cakap

“ini yang aku malas nak ajar anak aku ni, ajar bukan nak faham. takpalah nanti suruh cikgu je ajar di sekolah”

Jangan kawan- kawan. Kita perlu sedaya upaya ajar anak sendiri dirumah. Di sekolah hanya sokongan sahaja. Pendidikan bermula dirumah, kita adalah guru pertama anak- anak kita.

Kenal anak kita untuk kita terjaga emosi.

Pengedar balm tasneem kawasan sungai besi kuala lumpur

 

Assalamualaikum wbt

Nama saya Syuhaidah Binti Norazrin, berumur 29 tahun.

Saya adalah pemilik page Little Caliph Education Tools dan instagram edutoys.tasneem.nature.

Saya amat meminati aktiviti homeschooling dan disebabkan inilah, saya menceburi perniagaan online menjual educational toys dan buku untuk anak-anak.

Disamping itu, saya juga pengedar sah Balm Tasneem Naturel yang berpusat di Sg Besi dan kawasan sekitarnya. Saya memilih balm Tasneem Naturel sebagai kit kesihatan untuk anak saya kerana balm ini diperbuat dari bahan-bahan semula jadi dan InshaAllah selamat untuk penggunaan seisi keluarga.

Saya ingin membantu ibu ayah diluar sana untuk mendidik dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Sebarang pertanyaan atau pembelian educational toys dan balm Tasneem Naturel ibu-ibu boleh hubungi saya di 017 345 3305 (Aida).

Saya tidak menjanjikan yang terbaik tetapi saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam menjaga dan mendidik anak, Amanah Allah.

Pengedar balm tasneem kawasan Sec 32 Shah Alam, Kg Bukit Naga

 

Assalamualaikum..
Saya Azlida, 33 tahun. Merupakan suri rumah sepenuh masa. Mempunyai 2 orang putera dan 2 orang puteri. Alhamdullilah..

Saya merupakan seller online. Antara barang-barang yang saya jual adalah edu toys dan buku untuk baby dan kanak-kanak. Fb page saya adalah Smart Kid Toys Galery dan Bambamcomey Tasneemanturel. Saya merupakan agen sah Tasneem Naturel di Shah Alam.

Alhamdullilah balm ini banyak membantu saya uruskan emosi anak-anak di rumah dan di tempat awam. Bahan-bahan dari tasneem naturel balm ni adalah dari sumber organik, semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia. Produk muslim yang terjamin halal dan sangat selamat untuk kanak-kanak.

Dengan itu, saya akan bersama-sama dengan team mate yang lain untuk berusaha keras dan terus maju lagi, supaya saya dapat mengubah diri dan keluarga. Saya ingin membantu ibu-ibu lain di luar dengan memperkenalkan, menyampaikan kebaikkan produk

Tasneem Naturel dan ingin membantu ibu-ibu untuk menguruskan emosi anak-anak semasa mereka tidak sihat, masalah anak tantrum, sukar tidur dan lain2.

Kepada yang berdekatan dengan Sec 32 Shah Alam, Kg Bukit Naga boleh cod/pickup balm tasneem naturel dengan saya. Pos keseluruh malaysia.

Hubungi saya di nombor 011-2908 1984 (whatsapp)

Saya akan memberi konsultasi terbaik untuk ibu-ibu sepanjang penggunaan produk ini.

Buku Panduan Didik Anak Terbaik

Assalammualaikum semua pembaca yang dikasihi..

Lama sudah Ibu tidak menulis entry baru disini. Ibu sebenarnya sibuk dengan anak yang baru memulakan sesi persekolahan 2016 dan Ibu menumpukan sepenuh perhatian pada anak supaya dia dapat membiasakan diri di alam persekolahan tadika.

Alhamdulillah, sudah 4 bulan berlalu, anak Ibu sudah pandan solat berjemaah, membaca 2 suku kata dan pandai bergaul dengan kawan- kawan sebaya. Tiada lagi drama airmata setiap pagi dan anak Ibu juga bergembira di sekolahnya.

Ibu juga gembira kerana dapat meluangkan masa membaca buku- buku kegemaran Ibu..hari ini Ibu nak kupaskan mengenai sebuah buku parenting yang Ibu rasa wajib dimiliki oleh setiap rumah. Ini adalah buku terbaik daripada penulis Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Buku tips didik anak

Semakin banyak membaca, semakin rasa ‘ kurangnya ilmu keibubapaan ini’

Pendidikan berlangsung sepanjang hayat.

Ia bermula daripada pemilihan calon suami dan isteri ataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad.

Justeru, pendidikan bermula dari rumah dan guru yang pertama adalah ibu. Buku parenting terbaik ini adalah jawapan kepada persoalan para ibu bapa yang mahu memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang disarankan Islam.

Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid.

Hasrat pendidikan awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia.

Buku ini memberi fokus kepada peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat, lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.

Buku Parenting Terbaik untuk dimiliki.. Untuk info lanjut boleh hubungi whatapp admin 0175082443

Jadikan keluarga anda, keluarga islam

Assalammualaikum WBT kepada semua pembaca.

Semua pasangan yang sudah berkahwin pastinya mahu menerapkan semua nilai- nilai agama islam di dalam rumah. Memetik kisah yang diceritakan semula oleh saudari Sayatul Adnin di facebooknya, alangkah indahnya jika keluarga kita juga begini bukan?

facebook

Bagaimana caranya kita hendakkan keluarga kita menjadi seperti keluarga guru di atas? Anak- anak kita menjadi seperti 8 orang anak lelaki guru tadi? MashaAllah, jika diterapkan dari kecil nescaya anak- anak kita juga bakal penyejuk hati kita apabila mereka dewasa kelak.

Aktiviti keluarga islam

Hati yang suci menyukai kebaikkan. Justeru murnikan setiap saat dan minit yang ada bersama keluarga dengan melakukan perkara yang disukai Allah SWT demi tidak lain hanya kerana ingin mencari keredaannya. Di bawah adalah aktiviti yang wajib disemai di dalam keluarga kita disamping ilmu dunia.

solat berjemaah

  1. Solat berjemaaah. Jika tidak mampu semua waktu, cukuplah waktu subuh, mahgrib dan isyak.
  2. Bertadabbur (membaca ala quran dan fahami isinya)
  3. Kuliah 10minit selepas menunaikan solat fardhu. Memadai membaca sepotong hadis atau menerangkan terjemahan sesuatu surah.
  4. Menghidupkan malam dengan menunaikan solat tahajud bersama- sama.
  5. Ke majlis ilmu agama bersama- sama.
  6. Amalan sunat seperti puasa sunat setiap isnin dan khamis.
  7. Melihat kebesaran Allah dan mengucapkan subhanaaalah apabila melihatnya sebagai tanda kita mengakui kebesarannya.
  8. Berzikirlah bersama isteri dan anak selepas solat berjemaah. Jadikan ini sebagai amalan harian anda
  9. Bersedekah apa sahaja kepunyaan kita seperti duit, tenaga ataupun ilmu yang ada.
  10. Menunaikan haji atau umrah bersama- sama jika berkemampuan.

Suami sebagai ketua keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju sebuah keluarga. Bertindaklah sebagai GPS untuk anak isteri samaada ke neraka atau ke syurga selepas mati kelak.

Tatkala ijab dan kabul dilafazkan bersaksikan Allah SWT, maka hak isteri berpindah daripada ibu bapanya kepada suami. Begitu juga dengan ketaatan, suami kini berada di nombor tiga selepas Allah dan Rasul. Maka dengan ikatan ini kita perlulah menunaikan tanggungjawab masing- masing sebagai suami isteri.

tahfiz

Isteri pula berperanan sebagai pendidik anak- anak. Ibu adalah guru dan pembimbing terbaik bagi anak. Maka jika ibu menunjukkan contoh dan amalan yang tidak baik, maka pincanglah akhlak dan jiwa anak- anak dan keluarga sakinah tidak dapat dibina.

Sebagai seorang isteri kita harus sentiasa memperbaiki diri, berusaha untuk berakhlak mulia, tidak meninggalkan ibadah wajib dan mencari ilmu untuk dekatkan diri kepada Allah SWT dan tetapkan matlamat untuk menjadi wanita solehah.

Jagalah akhlak dalam perhubungan ini kerana ini menjadi tonggak utama dan banyakkan bersabar menempuh ujian Allah. Hadis Nabi ada menyebut orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sebaik- baik kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya kepada isteri kamu.

Adab sopan bermakna menjaga tingkah laku dan komunikasi antara suami isteri dan anak- anak. Sentiasalah menjaga adab sopan ketika bercakap dengan ahli keluarga. Bertuturlah dengan nada yang baik demi menghargai pasangan dan anak- anak. Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang menjaga lidahnya.

Semoga keluarga kita juga menjadi salah satu keluarga sakinah. Amin. 

Cara mendidik anak dalam kandungan

Assalammualaikum WBT

Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung membawa impak besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan. Walaupun islam telah lama menekankan tentang pendidikan yang bermula sejak bayi dalam kandungan, tapi jarang antara kita mengambil perhatian tentang perkara tersebut.

Antara cara pendidikan semasa mengandung

1. Mengamalkan solat wajib dan sunat

2. Mengamalkan zikir

3. Membaca al quran

4. Mendengar muzik yang tenang

5. Membaca buku buku ilmiah

6. Berbual dengan anak dalam kandungan

7. Menjaga adab pergaulan dan emosi

8. Tidak tertekan atau stress

9. Lakukan kerja kerja ringan di rumah

10. Makan makanan yang baik dan halal serta suci

11. Buang segala perasaan dendam, dengki, menghasut dan sebagainya

12. Sentiasa senyum dan bersabar

Kesan sikap ibubapa terhadap anak

kesan-mengandung

Impak daripada sikap ibubapa ketika ibu mengandung terhadap bayi setelah lahir. Elakkan bersikap begini jika anda mahu anak menjadi penyejuk mata dan hati bila besar nanti. 

  • ibubapa sering bergaduh akan melahirkan anak yang panas baran dan ganas
  • ibubapa sering bersedekah akan melahirkan anak yang mempunyai hati yang lembut
  • ibu mengidam benda pelik semasa mengandung akan memberi petanda tidak baik terhadap sikap anak
  • ibu tidak meninggalkan solat akan menghasilkan anak yang mudah mendapat hidayah
  • ibu bermain kayu tiga menghasilkan anak yang gemar pada maksiat dan menjadi derhaka.
  • ibu sering membaca al quran akan menghasilkan anak yang bijak
  • ibu pandai mengawal emosi akan menghasilkan anak soleh dan sentiasa menjadi dominan.

Kekuatan jiwa dan akal kanak- kanak juga ada kaitan dengan kekuatan jiwa dan akal ibu ketika mengandung. Nabi Ismail a.s lahir dari rahim Siti Hajar yang tabah menghadapi ujian. Nabi Isa a.s lahir dari rahim Siti Mariam yang suci dan Nabi Muhammad pula lahir dari rahim Siti Aminah yang sabar menanggung kesusahan hidup setelah kematian suami.

Prophetic-parenting-BM-1

Kepada ibubapa yang ingin mendidik anak cara Nabi boleh dapatkan buku ini secara online di sini. Hasilnya lahirlah manusia manusia yang kuat jiwa dan akal dan jasmani. Demikian juga dengan jiwa anak anak yang lemah, faktor utama adalah bermula daripada saat ibunya mengandung lagi.

Kesimpulannya anak-anak yang bakal dilahirkan ada hubungan rapat dengan perkembangan sikap dan emosi ibu bapa sepanjang tempoh kehamilan. Semua ini memberi kesan ke atas keperibadian anak seperti yang Ibu tulis di atas. Ibu yang baik akan melahirkan anak yang patuh perintah Allah. Jika anda ingin melahirkan generasi pencinta agama dan taat pada ibubapa, amalkanlah amalan- amalam mulia sepanjang kehamilan.

0
Your Cart