KEIBUBAPAAN

Menconteng Rangsang Kreativiti

Mempunyai anak yang berusia 2 tahun ke atas selalu membuatkan ibu bapa pening kepala. Mesti anda biasa menjerit apabila si kecil sudah pandai menconteng. Siapa yang tidak naik angin apabila melihat dinding rumah yang cantik berseri penuh dengan hasil seni lukis anak tersayang.

Oh! Bersabarlah bila berhadapan dengan situasi ini kerana sebenarnya anak anda sedang mengasah bakat dan kreativitinya. Kanak-kanak usia dua hingga tiga tahun memang gemar menconteng. Bila terjumpa pensil warna mahupun pen biasa, dia akan terus menconteng tak kira di mana.

bagaimana-mengelakkan-anak-conteng-dinding

Jadi, untuk memastikan si manja dapat terus berkarya dan dalam masa yang sama, kita boleh mengawal emosi serta tidak naik angin melihat ‘kecantikan’ dinding rumah, berikan dia ruang untuk mengasah kreativitinya.

Tips elak anak conteng dinding

Sediakan kertas lukisan besar

Kadang kala anak lebih suka melukis di dinding rumah yang luas. Jadi, apa kata anda lekatkan kertas lukisan bersaiz besar di dinding. Biarkan anak mengekspresi dirinya kerana aktiviti menulis dan melukis mampu merangsang kreativitinya.

Buku tulis padam

Ibu memberi Iman flashcard marker dan buku tulis padam semenjak usianya 2 tahun lagi. Dengan saiz marker yang kecil dan sesuai dengan dirinya, membuatkan Iman kurang menconteng dinding. Sekarang Iman dah pandai mengambil buku Ibu dan Abahnya untuk menulis dan melukis.

Kotak warna putih

Rasanya, anak-anak kecil berminat menconteng ruang berwarna putih bersih. Apa kata anda sediakan sebuah kotak putih yang boleh dihiasi mengikut kreativitinya. Beri pada anak jika dia mahu menconteng dan simpan dalam stor untuk kegunaan hari- hari akan datang.

Pakaian lama

Kadang-kala anak gemar menconteng baju. Oleh itu sediakan baju lama yang sudah tidak digunakan sebagai tempat dia melukis dan menconteng. Sebaiknya baju yang tidak bercorak atau lebih baik berwarna putih.

Jika anak masih gemar menconteng, sabarlah ibu bapa semua. Anak kreatif memang sentiasa aktif dan kreatif. Biarkan anak, carilah mana- mana produk yang mampu menghilangkan kekotoran di dinding rumah. Nak tahu apa yang saya guna untuk membersihkan dinding?

Stay  Tuned..Bersambung pada next artikel…

Buku Ilmu Islamic Parenting

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT.

As salam kepada semua ibubapa pembaca yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, malam tadi Ibu sempat membeli buku di PTS Online. Ada jualan murah sehingga 80% bagi buku- buku terpilih bermula 16 hingga 26 Oktober 2014, last daynya ialah semalam. Mujurlah jualan murah ini diberitahu oleh mentor Ibu dalam bisnes shaklee, sempat Ibu memborong 5 buah buku dengan nilai sebanyak RM102.

Buku yang pertama menarik perhatian Ibu ialah buku bertajuk Melatih Anak Genius. Izinkan Ibu berkongsi sinopsisnya di sini:

mengajar-anak-menjadi-pandai

Setiap ibu bapa pasti mendambakan anak yang cerdas, kreatif, optimis, dan genius! Melalui sifat genius, anak-anak dapat membesar sebagai individu yang berjaya, positif, dan kaya dengan ilmu akademik mahupun sosial. Malah, mereka pasti dapat menjadi insan yang lebih hebat pada masa hadapan.

Melalui buku ini, pembaca memperoleh:

  • Perkara-perkara yang perlu diketahui sebelum mendidik anak.
  • Tip mencintai buku gaya Hamka.
  • Cara menangani ‘mental block’ berserta tip mencungkil bakat hebat pada setiap anak.
  • Rahsia belajar sendiri gaya al-Makhzumi dan as-Suyuthi.
  • Mengenali Teori W-I-R-E-S, iaitu teori lima jenis memori manusia.
  • Mengetahui lapan strategi menggalakkan pemikiran secara produktif.
  • Mendalami langkah MASTER, iaitu langkah asas menjadi pakar dalam setiap bidang.
  • Menangani rasa panik apabila perkembangan anak tidak ‘sepantas’ orang lain.
  • Melatih Anak Menjadi Genius dapat mendorong menjadi diri sendiri berbekalkan keupayaan semula jadi.
  • Malah, mencipta suasana genius dengan terperinci, mudah difahami, dan praktikal!

Bagi Ibu, buku mengenai parenting ini harus dibaca oleh semua ibubapa demi mendidik anak- anak bukan sahaja genius di dunia, malah genius di akhirat juga. Berbaloi untuk memiliki buku ini dengan hanya RM13.50.

Buku seterusnya yang wajib ada dalam setiap kelurga ialah Rasulullah Is My Doctor hasil penulisan Jerry D. Grey. Buku ini boleh menjadi rujukan untuk ibubapa diluar sana bagaimana cara merawat sesuatu penyakit cara Rasulullah.

buku kesihatan terbaik

Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, “Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya.”

Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

 

Selain 2 buku di atas, Ibu juga turut membeli buku mengenai bisnes online, apa yang menjadi passion Ibu sekarang dan buku- buku motivasi yang perlu ada dalam menghadapi cabaran dunia keibubapaan dan dunia bisnes.

Abang Adik Suka Berebut Mainan

Sifat Anak Lelaki

Kebelakangan ini Ibu selalu membawa Ikhwan dan Iman ke tempat- tempat kenduri dan ramai juga yang menegur alangkah baiknya hubungan 2 beradik ini. Tidak bergaduh berebut mainan atau mengusik antara satu sama lain.

Alhamdulillah, anak- anak Ibu jika berada diluar rumah suka memerhati keadaan sekeliling. Iman yang telah berusia 3 tahun setengah amat ramah dengan orang sekeliling dan petah bercakap. Ramai yang suka berbual dengannya.

Ikhwan pula 1 tahun setengah, tidak menyukai orang sekeliling tetapi suka memerhatikan perbuatan orang lain. Dia juga akan ralit dengan sesuatu mainan tidak kisahlah mainan itu sudu atau polisterin tempat kenduri.

Adakah Iman dan Ikhwan suka bergaduh?

cara-mengatasi-pergaduhan-anak

Namun, apabila berada di rumah 2 beradik ini suka bermain bersama, tetapi perkara yang selalu buat Ibu risau ialah perangai yang suka berebut mainan. Walaupun Ibu dan Abah telah membeli mainan yang sama, namun jika abangnya memegang ipad islamic, adiknya juga akan berebut ipad islamic yang sama.

Bagaimana cara untuk mengatasi perangai adik abang yang suka berebut mainan ini?

Menurut majalah pa & ma, bergaduh dan bertelingkah adalah perkara biasa bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Melalui pergaduhan, mereka belajar bertolak-ansur dan memahami diri sendiri dan orang lain.

Dari segi istilah psikologi, ia dipanggil temperamen atau personaliti. Ini adalah betul kerana apabila Iman dan Ikhwan bergaduh, Iman akan belajar meminta maaf daripada adiknya jika terkasar. Dia juga akan mengalah jika adiknya hampir menangis. Namun sikap si adik lagi tegas, dia akan tetap mengambil mainan abangnya.

Ternyata si adik lebih berani, tegas dan berdikari daripada abangnya. Mungkin adik mewarisi sifat Ibu yang garang. Tetapi apa yang ditunjukkan itu adalah sifat atau personalitinya yang belum disaluti dengan ilmu kebijaksanaan.

anak-rapat-suka-bergaduh
Si abang dan Si Adik Kesayangan Ibu

Apabila anak meningkat dewasa, tentu dia dapat membezakan yang baik dan buruk. Justeru, pemantauan dan didikan yang sempurna amat penting baik pada abang mahupun adik. Abangnya juga adalah contoh kepada adik. Apa yang si abang lakukan, si adik akan turut sama mengikut.

Ibu perlu sentiasa menegur anak-anak dengan kata-kata seperti “ Ibu bukan marahkan adik, Ibu sayang adik tapi Ibu marahkan perangai adik yang suka rampas barang abang.”

Katakan kepadanya yang anda marah akan perbuatannya yang salah. Marah itu tandanya sayang dan mahu dia menjadi anak dan adik yang baik. Sebaiknya barang-barang yang dibelikan untuk anak-anak adalah pilihan mereka sendiri.

Jadi setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dengan karenah anak dan lengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan jika anak yang dilahirkan rapat- rapat.

Bayi Umur 9 Bulan Dah Mengenal Huruf

As Salam ibu- ibu semua.

Adakah bayi ibu- ibu semua sudah mengenal huruf dan nombor? Anak saya umur setahun 4 bulan dah mengenal huruf seperti dalam video adik Raisya di bawah. Menakjubkan kerana Raisya @ Bree hanya berusia 9 bulan. WOW!!!

Apa yang kami buat untuk mendidik Ikhwan dan Raisya? Tidak lain dan tidak bukan, caranya ialah dengan mengenalkan flashcard huruf, nombor kepada anak seawal usia anak 5 bulan lagi secara konsisten.

Konsisten yang bagaimana? Luangkan masa bersama anak selama 10 hingga 15 minit setiap sesi bermain. Jika anda ibu bekerja, anda boleh lakukan ini di waktu malam sementara anak hendak tidur.

Mari Ibu kongsikan tips dan panduan buat ibu yang mengajar sendiri anak mereka di rumah. Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah.

Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran :

bayi-kenal-huruf-9-bulan
contoh kad imbas bayi

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.

2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula.

3. Beri anak mainan ‘fidget’ untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.

4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.

5. Apabila membaca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.

6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca.

7. Flashcard yang digunakan hendaklah besar, terang dan berwarna- warni. Selepas sesi membaca, bagi anak pegang flashcard itu dan biarlah dia nikmati sendiri berada di alam flashcard.

Jangan terkejut jika anak sudah mengenal huruf semenjak usianya 9 bulan. Anak syurga kita semua dilahirkan sebagai genius, mereka mampu membuat perkara lain yang lebih daripada itu.

Perlukah Anak Diberi Vitamin Atau Makanan Tambahan

Semenjak Ibu aktif  mengambil bahagian dalam satu group ibubapa yang ditubuhkan di facebook, soalan lazim yang keluar daripada ibubapa ialah:

Perlukah anak diberi vitamin atau suplemen?

Respons daripada ibubapa yang menjawab juga pelbagai. Ada yang kata perlu, ada yang kata tidak perlu. Persoalannya sekarang apakah jenis zat atau vitamin yang diperlukan oleh seorang kanak- kanak membesar?

vitamin-anak-cerdik

Melalui blog Dr Zubaidi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh budak ialah:

  1. Kalsium
  2. Vitamin B12
  3. Vitamin D
  4. Asid Lemak (Omega 3)
  5. Zat Besi

Ramai juga ibubapa mempunyai anak yang kurus, tidak lalu makan atau terlalu memilih makanan sampai merunsingkan ibu yang menyediakan makanan. Setiap kali ke klinik, si ibu pula terpaksa menghadap leteran nurse atau doktor yang menyuruh ibu mempelbagaikan resepi supaya anak cukup makan. Kadang- kadang vitamin lysine juga diberi oleh doktor sebagai satu cara untuk meningkatkan nafsu makan anak.

Sebenarnya apa itu suplemen?

Suplemen sebenarnya adalah makanan tambahan selain daripada makanan asas yang berguna untuk membantu anak kita membesar dengan baik, cerdik dan cergas. Namun penggunaannya adalah perlu sederhana, tidak perlu berlebihan.

Jadi ibubapa sendiri perlu mengetahui anaknya memerlukan suplemen atau tidak. Jika graf tumbesarannya normal, BMI juga normal maka tidak perlu vitamin untuk anak. Berlainan pula jika anak anda:

multivitamin-lengkap-anak

  • tidak cukup berat
  • kurus melidi
  • kerap demam
  • memilih makanan
  • terlalu mudah dijangkiti selesema
  • autisme
  • pertuturan lambat

Maka, anda perlu mencari info bagaimana suplemen atau vitamin tambahan ini boleh membantu anda mengatasi permasalahan pada anak ini. Adalah perlu diingatkan bahawa pengambilan vitamin perlu yang semulajadi tanpa terlalu banyak bahan pengawet.

Pernah di satu status ibu yang bertanya, terjadinya perbalahan antara ibu- ibu kerana ada yang mencadangkan makanan sunnah yang diproses sebagai suplemen untuk anak. Terdapat bantahan daripada ibu yang lain dengan mengatakan makanan sunnah ini perlu diberi secara nyata, bukan diproses. Yang diproses, zatnya dah tinggal 30% sahaja.

Ibu sebenarnya setuju dengan pendapat ini. Makanan tambahan yang diproses mengandungi bahan pengawet yang banyak. Jadi tepuk dada tanya selera apa vitamin atau suplemen apa yang perlu anak anda makan.

Jika bertanya pada Ibu, jenis suplemen yang diberi pada Iman dan Ikhwan ialah buah kurma, kismis, minyak ikan dan badam. Ibu juga memberi susu multivitamin untuk anak semenjak umurnya 2 tahun kerana memilih makanan dan berat telah mencecah garisan kuning.

Alhamdulillah, Iman sudah makan sayur dan buah, serta berat badannya sederhana, tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus. 3 tahun seberat 13kg. Adiknya 1tahun setengah 8.8 kg.

Tidak Elok Bagi Anak Tengok Tv

Assalammualaikum semua ibu- ibu yang anggun..

Menjadi kebiasaan kepada kita membiarkan anak menonton tv apabila kita ingin membuat kerja rumah atau berehat. Kita memberi anak menonton tv kerana ia adalah salah satu cara supaya anak diam. Namun timbul persoalan mengenai elok atau tidak memberi anak-anak menonton TV atau ipad atau computer.

jika-anak-suka-tengok-tv

Perlu had anak tengok Tv

Jawapannya, tidak elok jika tiada kawalan. Boleh, jika program yang ditonton dipilih dan dipantau kandungan dan kesannya. Membiarkan anak-anak kecil terdedah kepada TV terlalu lama boleh menjadikan mereka tidak keruan.

Emosi mereka akan menjadi turun naik dan tidak stabil akibat menonton sesuatu cerita itu kerana emosi anak- anak yang masih kecil akan merasai apa cerita itu sampaikan. Ini adalah reality kerana anak Ibu yang berumur 1 tahun boleh menangis jika ketika menonton cerita Upin dan Ipin episod Ikhlas Dari Hati.

Jika anak tidak diberi peluang untuk aktif bermain, ia boleh menyebabkan mereka menjadi lembab, malas atau menjadikan perangai mereka tidak keruan.

Sesetengah rancangan mempunyai subliminal messages yang tidak baik yang boleh menyebabkan penonton terpukau dan kemudiannya berperangai tidak keruan terutama jika terkena trigger. Oleh itu ibu bapa perlu ambil masa dan meninjau serta memantau lalu memastikan rancangan yang mana yang menimbulkan kesan baik dan yang mana tidak.

Walaupun rancangan itu baik, seperti rancangan kartun, jangan terlalu lama dedahkan anak-anak kecil kepada penontonannya. Ada akibat lain yang tidak baik pula timbul, contohnya kesan pada mata dan telinga anak.

Bagaimana hendak menangani masalah anak suka menonton TV atau ipad? Lakukan jadual dan pastikan dia mengikut jadual itu. Ada masa bermain aktif, ada masa melukis, ada masa bercerita dan membaca buku, ada masa menonton TV dan selepas menonton wujudkan masa untuk dia bercerita apa yang dia tontoni.

vcd-al-quran-untuk-bayi

Jika tv juga yang perlu digunakan untuk anak terutama jika si ibu ingin mandi atau memasak, pasanglah vcd- vcd pembelajaran seperti Siri Mengenal Huruf Hijaiyah atau vcd juz Amma dan sebagainya. Terdapat banyak pilihan vcd pembelajaran yang bagus dan mampu menimbulkan minat anak. Sebagai contoh, Ibu sendiri memperdengarkan Juz Amma ketika Iman berusia dari 1 Tahun. Alhamdulillah sekarang Iman dah berusia 3 tahun dan mampu menghafal surah muqaddam sehingga surah Al-Fil.

Kesimpulannya, bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik. TV adalah alat yang menjadi berfaedah hanya bila kita bijak menggunakannya.

0
Your Cart