PENYUSUAN

Susu Penuh krim Puremil, Susu Tambah Berat Dan Memenuhi Keperluan Nutrisi Anak Anda

Minggu lepas adik kena pergi lagi ke klinik. Berat badan adik asyik bawah line kuning. Ibu dah usaha ikut pakar pemakanan cakap dah. Masukkan lemak dalam makanan anak, kasi minyak zaitun la, hari- hari makan roti sapi marjerin, tapi berat adik tetap bawah garisan kuning. Pening ibu tiap bulan kena bawa anak timbang berat.

Kebelakangan ini ibu buat asyik google apa tak kena dengan diet anak ibu. Aha! terjumpa 1 point penting. Adik kena juga diberi susu, walaupun adik dah nak masuk 3 tahun. Sejak adik putus susu badan 5 bulan yang lepas, adik dah jarang sangat minum susu sebab dia tak berapa nak lalu.

Tapi adik makan nasi atau makanan lain banyak juga. Tapi susu kurang. Jadi ibu terus membaca. Rupanya untuk naikkan berat anak kena beri anak suus penuh krim. Ohh, sebelum ini ibu hanya beli aje susu ducth lady tu, tak perasan pula susu penuh krim atau susu biasa. Ada 1 jenama susu yang penuh krim bagus untuk anak.

SUSU FULL CREAM PUREMIL

susu full cream

Susu Puremil adalah susu tepung penuh krim dengan khasiat 13 jenis vitamin dan 10 jenis garam mineral. Kaya dengan DHA+EPA, Omega 3, kalsium dan protein yang tinggi.

Fakta Ringkas Susu Puremil :

  • Bahan : Susu tepung full cream, serbuk malt coklat (Puremil Coklat) dan DHA
  • Komposisi susu Puremil Coklat hanya 20% penggunaan serbuk malt coklat. Selebihnya adalah susu full cream.
  • Dihasilkan dari formulasi susu lembu terbaik
  • Dihasilkan oleh kilang bumiputera Islam di Perak
  • Mendapat piawaian Islamic Manufacturing Practice (IMP)
  • Sijil Halal daripada JAKIM
  • Untuk bayi atau kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas
  • Sesuai diminum oleh orang dewasa, ibu menyusu dan ibu hamil
  • Tanpa gula tambahan. Gula (boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperaktif)
  • Tanpa krimer. Krimer bukan tenusu (tidak elok untuk jantung)
  • Tanpa maltodextrin. Maltodextrin (tiada manfaat kesihatan)
  • Tanpa pemekat / penstabil. Supaya bancuhan nampak sekata dan stabil dalam masa yang lama, kesan sampingan ialah kembung perut kerana perut kanak-kanak masih belum matang untuk mencernakan bahan tersebut
  • Tanpa pengawet
  • Tanpa anticaking agent iaitu ejen penyerap wap udara supaya susu tidak membeku, antara punca kembung perut

Susu Puremil ada 2 perisa iaitu :

  1. Perisa Asli
  2. Perisa Coklat

Bahan Istimewa Dalam Susu Puremil :

Susu ini ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG-3 yang mendapat pengiktirafan daripada IFOS (The International Fish Oil Standards).

7 Kelebihan dan Kebaikan Susu Puremil

  1. Menambah selera makan anak-anak.
    Vitamin B12 dan zink berfungsi untuk menambah selera makan anak-anak. Anak-anak yang bergantung kepada susu sahaja akan mula berselera untuk makan makanan lain seperti nasi, sayur dan buah-buahan.
  2. Ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3.
    DHA+EPA dan Omega 3 terbukti sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.
  3. Anak-anak juga bebas daripada masalah gigi cepat rosak.
    Susu Puremil tidak mengandungi gula tambahan seperti Sukrosa (sumber gula tebu, ataupun gula putih).
  4. Anak-anak juga lebih kenyang dan tidak kerap meminta susu .
    Ini kerana anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi dan terhindar dari masalah kekurangan nutrisi (malnutrition) atau “lapar tersembunyi”.
  5. Menjimatkan kos ibu bapa membeli susu.
    Hanya 3 skop sahaja diperlukan untuk setiap bancuhan. Minum 3 kali sehari sahaja sudah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi anak-anak anda. 25 bancuhan dapat dibuat bagi setiap kotak Susu Puremil. 1 kotak Susu Puremil dapat bertahan selama 8 hari jika mengikut sukatan susu yang ditetapkan iaitu 3 skop bagi setiap bancuhan, 3 kali minum sehari.
  6. Sesuai diminum oleh orang dewasa, ibu menyusu dan ibu hamil.
    Susu Puremil mengandungi DHA+EPA dan Omega 3 yang baik untuk otak, Kalsium yang tinggi untuk mencegah osteoporosis ,Vitamin D membantu penyerapan kalsium yang lebih efektif, Vitamin B untuk kecantikan kulit dan juga Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun dalam badan.
  7. Boleh dibancuh dengan sangat mudah.
    Susu Puremil mudah larut dan senang dibancuh tanpa menggunakan air panas atau air suam. Untuk membasuh juga sangat senang dan cepat kerana Susu Puremil tidak melekat pada puting dan botol susu.
susu tanpa bahan peluntur

Cara bancuhan susu: 3 skop Susu Puremil + 180ml air

Sila lihat gambar fakta nutrisi Susu Puremil untuk info lanjut jumlah kandungan Protein, Kalsium, DHA, Omega 3, vitamin dan mineral di dalamnya.

susu formula tanpa pengawet
susu omega 3

Susu Puremil adalah READY STOCK. Tarikh luput adalah 1 tahun 3 bulan dari tarikh ia dibuat.

Berat sekotak 500 gram

Harga sekotak RM 35

Harga sekarton (12 kotak ) RM 360 FREE POSTAGE
Ada jimat RM 60 bagi setiap pembelian per karton.

Kos pos semenanjung
1 kotak RM8
2 hingga 11 kotak RM12

Kos pos Sabah dan Sarawak
1 kotak RM12 (poslaju)
12 kotak RM50 (pos parcel/domestik)

susu tambah berat anak belian borong

Maklumat tambahan

Pengambilan susu yang dicadangkan adalah seperti yang tertera di kotak bagi umur 1-3 tahun. Pihak kami tidak menggalakkan pengambilan susu secara berlebihan kerana dikhuatiri anak akan bergantung sepenuhnya dengan susu. Ia juga untuk menggalakkan kanak-kanak mengambil makanan lain yang pelbagai dan berkhasiat.

[Bayi yang sudah mula makan atau kanak-kanak tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada susu untuk keperluan nutrisi harian. Sebaiknya makanan mereka haruslah seimbang dengan pengambilan nasi, daging (ikan/ayam), buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayuran tinggi dengan vitamin dan mineral, manakala nasi untuk karbohidrat (tenaga) dan daging sebagai sumber protein (tumbesaran tubuh badan). Susu penuh krim adalah sebagai pelengkap kepada nutrisi harian mereka.]

3 skop susu untuk 3x minum hampir melengkapi nutrisi yang diperlukan mengikut RNIM (Recommended Nutrient Intakes Malaysia). Kebiasaan pada umur ini anak-anak memilih dan kurang makan makanan berkhasiat/picky eater.

Untuk anak berumur 4 tahun ke atas, boleh minum 1-2x sehari (4 skop per serving) kerana pada umur ini anak sudah tidak memilih makanan dan banyak dapatkan makanan bernutrisi. Tidak perlu mengikut sukatan di kotak lagi.

Bancuhan 180ml air sekadar cadangan. Boleh tambah atau kurangkan air bergantung kepada selera anak.

Rasa sebenar bancuhan Susu Puremil adalah seperti susu segar (bukan susu kotak) iaitu lemak berkrim. Bagi mengekalkan rasa sedap ini, bancuh dengan air kosong (air putih/air biasa) atau air sejuk. Bancuhan dengan air suam akan kurang sedikit rasa berlemak. Elakkan bancuh dengan air panas bagi mengekalkan nutrisi susu. Susu Puremil senang larut di dalam air suhu biasa kerana diproses secara “spray dry”.

Bagi memastikan kesegaran susu gunakan dalam tempoh 3 minggu selepas dibuka. Simpan di tempat yang kering dan elakkan daripada pancaran cahaya matahari secara langsung. Cara penyimpanan ini terdapat di kotak susu dan pastikan anda ambil perhatian.

Antara sebab susu Puremil tidak dipasarkan dengan meluas di outlet/kedai adalah pengeluaran susu dibuat secara berperingkat dan mengikut permintaan bagi menjaga kualiti susu. Tempoh expired susu tidak lama iaitu 1 tahun 3 bulan dari tarikh dikeluarkan.

MAKLUMBALAS PENGGUNA/ TESTIMONI SUSU PUREMIL

Bagi yang mahu mendapatkan secara online dengan kos pos yang lebih rendah, sila buat pembelian Susu Puremil di Shopee >>>

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 011-1943 6286.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Susu Puremil boleh lawati laman kami di https://mypuremil.com/

Jangan berperangai begini jika anda mahu kurus!

Elakkan perangai ini jika anda sedang diet untuk kurus

Niat

Anda perlu tahu tujuan anda berdiet. Tiga sebab terbaik untuk menurunkan berat badan adalah:

  1. Untuk kekal fit
  2. Mengelakkan masalah kesihatan
  3. Meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan keadaan sekeliling.

Jika anda menurunkan berat kerana demi menjaga hubungan cinta atau buat orang sekeliling bangga dengan anda, tujuan anda itu sudah salah. Anda jangan merasa hairan jika pelan diet anda gagal!!!

Tinggal sarapan

Jika anda meninggalkan sarapan pagi, ini akan menyebabkan anda akan makan dengan lebih banyak sepanjang hari tersebut. Jika anda bersarapan dengan makanan kaya protein, anda akan secara tidak lansung makan kurang 40 kalori pada waktu makan tengahari. Sebab itulah anda digalakkan untuk bersarapan secara sihat tetapi   bukannya tidak makan lansung.

Suka makan

diet-fail

Buang tabiat suka makan atau suka mengunyah makanan ringan. Menurut kajian jika anda suka mengunyah kerepek atau makanan ringan ketika menonton tv, ia merupakan salah satu simpton penyakit amnesia. Ia adalah tabiat yang tidak baik, tetapi anda boleh menggantikan snek kepada secawan teh hijau atau sebiji epal hijau.

Kurang protein

suplemen-bagi-kenyang

Ada sesetengah orang takut untuk mengamalkan diet tinggi protein kerana membayangkan tubuh mereka akan menjadi seperti ahli bina badan. Perkara ini adalah tidak tepat kerana minuman berprotien tinggi seperti cinch shake adalah minuman paling bagus untuk orang yang sedang berdiet.

Harap cepat turun

Jika anda turun 1kg dalam tempoh seminggu ianya adalah lebih baik. Elakkan penurunan berat badan secara mendadak kerana cara begini adalah tidak konsisten. Anda mungkin gagal menurunkan berat badan pada minggu berikutnya. Berat badan jika menurun dengan banyak ini menandakan tahap kesihatan anda terganggu. Sila rujuk pada doktor peribadi anda.

Timbang berat badan

diet-fail-2

Ketika berdiet, usahlah menimbang berat setiap hari. Jika semangat anda kuat, barulah boleh menimbang, tetapi jangan berasa kecewa jika jarum penimbang itu tidak bergerak. Seeloknya timbanglah berat anda seminggu sekali.

Makan sedikit

Percaya atau tidak, anda boleh makan banyak ketika berdiet. Tetapi ketahuilah makanan apa yang boleh digandakan pengambilannya. Sebagai contoh, anda boleh makan buah dan sayur sehingga 9 hidangan setiap hari. Elakkan makan makanan yang mempunyai kalori tinggi.

Selamat berdiet dengan supplemen  sebagai pencetus tenaga anda!!

https://vimeo.com/121330882

Merawat puting luka dan pedih semasa menyusu

Walaupun pedih dan sakit, luka pada puting tidak akan memberi kesan kepada bayi. Walaupun begitu, anda perlu sedar kerana puting anda luka menandakan bahawa penyususan bayi anda tidak berjalan dengan baik dan mesti ada sesuatu yang tidak kena, pastikan juga kedudukan bayi semasa menyusu betul agar puting tidak melecet atau luka.

Paling penting untuk sentiasa mengubah kedudukan bayi ketika menyusu dan membersihkan puting setiap kali selesai sesi menyusu. Dapatkan rehat yang mencukupi dan amalkan pemakanan semasa menyusu dengan betul.

cara-merawat-puting-susu-luka

Antara tanda- tanda yang menunjukkan bayi anda tidak menyusu dengan betul adalah:

  • Berat badan bayi tidak bertambah
  • Bayi melekap dan menyusu terlalu lama
  • Berasa tidak selesa selepas menyusu
  • Bayi mahu kerap menyusu.

Puting Luka

Ibu- ibu menyusu akan berasa sakit yang bagai dihiris- hiris jika putingnya luka atau melecet. Pertamanya anda semua kena yakin bahawa kesakitan ini akan reda dan anak syurga kita akan kembali menyusu dengan mudah serta menyeronokkan.

Cara mengatasi puting luka

Berhenti menyusu pada payudara yang sakit untuk tempoh sehari. Dalam tempoh ini, ibu perlu memerah susunya. ibu- ibu perlu belajar bagaimana hendak menyusu bayi menggunakan sudu atau cawan.

Mula menyusukan pada payudara yang sakit secara perlahan-lahan. Pada hari pertama, cuba lakukan dalam tempoh yang pendek. Pada hari kedua, cuba menyusu sebanyak dua kali dalam tempoh yang pendek. Begitulah seterusnya sehingga ibu berasa selesa dan tidak sakit lagi.

Sesetengah pakar kesihatan mencadangkan agar penggunaan ubat sapu tertentu seperti ‘lansinoh’ yang boleh dibeli di farmasi. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubat ini. Untuk suplemen pula, anda boleh cuba sapukan vitamin e pada puting yang luka. 

rawat-puting-luka

Ini cara mudah yang diberikan oleh bidan yang mengurut Ibu dulu. Tips ini juga diberikan oleh para jururawat iaitu selepas menyusukan anak, cuci atau basuh puting dan picit sedikit susu badan. Sapu di luka atau keliling puting dan amalkan sebelum puting luka atau yang memang telah luka. Inshallah , kesakitan akan berkurang dalam masa beberapa jam.

Anda berminat untuk mendapatkan vitamin E untuk merawat luka pada puting? boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah.

Puan Aminah Hussain

SMS@whatapps : 0175082443 

email : ibudoakan99@gmail.com

COD : perlis, jitra, changlun, uum

Adakah ibu minum kopi, selamat pada bayi menyusu?

Setiap ibu menyusu mempunyai minuman kegemaran masing- masing. Ibu menyukai campuran esp+ kurma sebagai minuman seharian, ia juga milk booster Ibu selain alfalfa dan vitamin c. Berjumpa kembali teman lama, dia menceritakan dia ketagih kepada kopi pracampuran jenama terkenal semasa dalam tempoh menyusukan bayinya.

milkbooster

Susunya tidak berkurang, tidak pula sampai bengkak payudara namun teman Ibu ini sempat meyusukan bayinya sehingga usia 2 tahun.

Soalan Ibu bolehkan ibu yang menyudukan bayi mengambil minuman kopi pracampuran untuk menambah kecergasan tubuh? Apakah pengambilannya secara harian boleh meninggalkan kesan buruk kepada bayi? Menjawab soalan ini Ibu suka menulis kembali jawapan daripada  Puan Rita Rahayu Omar, seorang pakar laktasi di Malaysia.

Umumnya ibu yang menyusukan bayi boleh makan atau minum apa sahaja yang diingini asalkan ia diambil dalam kadar sederhana. Untuk pengetahuan anda ibu menyusu boleh minum minuman berkafein asalkan ia dalam amaun sederhana. Ketahuilah bahawa segelintir bayi terutamanya yang berumur bawah enam bulan mungkin lebih sensitif kepada pengambilan  kafein oleh si ibu.

Jika anda minum kopi semasa hamil, anak anda mungkin sudah biasa dengan kehafiran kafein dalam susu ibu. Jika anda mengelakkan minuman kafein sepenuhnya semasa hamil, bayi anda akan sensitif terhadap kafein yang diminum si ibu semasa menyusu.

Sehubungan itu, bayi baru lahir perlu mengambil masa yang lama untuk mencerna kafein tersebut. Bayi pramatang pula mungkin akan mempunyai masalah dengan pengambilan kafein si ibu. Jika anda ingin minum kopi, pastikan minum selepas sesi menyusu atau mengepam. Dengan demikian paras kafein akan menurun pada sesi penyusuan seterusnya.

buku-bf

Satu kajian menunjukkan amalan meminum kopi yang tahap ketagih akan menurunkan kandungan zat besi dalam susu ibu. Berdasarkan buku menyusu tulisan Nancy Mohrbachern pengambilan kafein berlebihan oleh ibu iaitu melebihi 750ml sehari boleh memberi kesan kepada bayi di mana bayi akan menunjukkan tindakbalas yang negatif.

Bayi yang terlebih kafein menjadi aktif, bermata luas dan tidak akan tidur dalam tempoh yang lama. Bayi mungkin akan menjadi cerewet. Jika ini terjadi, kurangkan atau hentikan terus pengambilan antara dua hingga 3 minggu untuk melihat sebarang perubahan.

Jika anda teragak- agak berkenaan amaun kafein, perhatikan kelakukan bayi anda. Itu sahaja cara untuk anda mengenalpasti bayi anda sensitif terhadap kopi atau tidak. Ia bergantung pada umur dan tahap kesihatan bayi. Dianggarkan amaunnya perlu kurang daripada cawan bersaiz 5 oz atau 500mg/ sehari. Malah pelbagai sumber menyarankan had bagi pengambilan kafein adalah antara 300mg hingga 750mg sehari.

Jadi pilih minuman anda, pastikan yang bermanfaat untuk bayi syurga anda!

Kalau berpuasa adakah susu badan akan kering?

Assalammualaikum WBT semua ibu- ibu yang dirahmati Allah.

Bulan ramadhan, bulan yang mulia. Bulan yang di tunggu- tunggu oleh semua umat islam seluruh dunia kerana rahmat bulan ramadhan tiada pada bulan- bulan lain. Sudah separuh bulan kita berpuasa, bagi ibu yang menyusu seperti saya, adakah anda bersedia untuk berjuang 15 hari terakhir ramadhan ini? Mari kita meminjam semangat para mujahidin perang badar ini.

Semangat juang

Mujahideen fight for islam, Allah, Allah

Mujahideen fight for Islam, Allah, Allah

In the first battle of Al Badar

Muhajirin and Al Ansar

Only three hundred and thirteen men

With angel that Allah sent

In the fasting month of ramadhan

Thirst and hunger gave them power

They all fought hard for victory or become syuhada’

‘ish ‘azizan mut syahidan

saf by saf by saf by saf by saf..

Hanya dengan 330 orang tentera islam berjaya di dalam perang badar dan ianya berlaku pada bulan ramadhan iaitu ketika seluruh tentera islam ini sedang berpuasa. Apa kaitan tentera dan ibu menyusu? Allahuakbar, kita ibu menyusu juga pejuang, pejuang demi memastikan amanah Allah mendapatkan yang terbaik iaitu susu ibunya sendiri. Mari kita meminjam semangat dan tekad yang ada pada semua mujahedeen perang badar, dan kita berjaya memenangi ‘perang’ dengan diri sendiri demi memastikan anak dapat menyusu sehingga 2 tahun atau lebih.

breast-feeding

Susu badan tidak akan menjadi kering selagi ada ‘demand’ daripada anak. Anak menangis nak meyusu, itulah demandnya, dan Allah telah memberikan satu hormon yang hanya ada pada ibu menyusu iaitu prolaktin akan dirembeskan daripada otak, dan hormon inilah yang menyahut demand anak tadi dan akan memberitahu badan supaya keluarkan banyak susu untuk supply pada bayi tadi. Hormon ini juga di panggl hormon keibuan. Jadi tolong jangan dikacau hormon prolaktin ni.

Bagaimana hormon menyusu terjejas?

1. Stress

2. Badan keletihan

3. Tidak cukup air

4. Kekurangan nutrien dalam badan

5. Pemakanan tidak seimbang

6. Diet untuk kurus

7. Jamu atau ubat

Jadi sepanjang bulan ramadhan ini, elakkan ‘mengacau’ hormon prolaktin ini. Pastikan air sentiasa cukup dan pastikan juga anda mendapat makanan lebih protin semasa berbuka dan bersahur. Elakkan juga trafik jam dan pastikan juga anda mempunyai tidur yang cukup dan berkualiti. Minum air 8 gelas sehari serta suplemen tambahan untuk ibu menyusu jangan pula dilupakan. Nak lagi tips hebat? jom dengar kata mama salwa ni.

Banyak tips daripada mama salwa kan? Cubalah, mana tahu ia adalah milk booster anda. Setiap orang milk boosternya adalah tidak sama, ada yang hanya meminum kopi air susu dah melimpah ruah, mungkin anda boleh baca milk booster semulajadi ini untuk mencari apa milk booster anda.

Sila hubungi Ibu ye untuk milk booster yang digunakan oleh mama salwa. 

Puan Aminah Hussain

SMS@whatapps : 0175082443 

email : ibudoakan99@gmail.com

COD : perlis, jitra, changlun, uum

Milk booster semulajadi

Setiap ibu menyusu pasti mahukan penyusuan yang sehingga 2 tahun atau paling kurang penyusuan eksklusif selama 6 bulan namun masalah biasa yang berlaku ialah susu mereka tiada atau susu tidak cukup.

Tahukan anda bahawa, tiada istilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita sendiri masih tidak cukup ilmu mengenai penyusuan. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjayakan penyusuan ini.

Selain daripada suplemen menyusu yang sedia ada dipasaran, ada juga makanan alami yang boleh menjadi milk booster ibu menyusu. Pemakanan ysng sihat ini boleh membantu ibu mendapatkan susu yang melimpah ruah dan berkhasiat.

tambah-susu-secara-semulajadi

1. Kurma

Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.

2. Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

3. Lobak putih

Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

4. Kacang soya

Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu.

5. Buah longan kering

Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

5. Pucuk betik/Betik muda

Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

6. Halba/Fenugreek

Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

7. Jantung pisang

Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

8. Daun cekur manis/pucuk manis

Boleh dimasukkan dalam sajian masak lemak atau tumis air.

9. Minum banyak air

Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah  meminum air kosong dengan banyak supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

10. Pemakanan seimbang

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Tanamkan dalam diri dan minda, susu saya cukup untuk anak syurga saya. Pastikan diri berada dalam keadaan sihat, bertenaga selalu dan tiada tekanan. Sentiasalah berfikiran positif.

Jika anda bekerja selalulah mengepam susu untuk anak. Semakin anda kuat mengepam, semakin banyak susu akan keluar bertepatan dengan konsep demand and supply.

Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.

Selamat menjayakan penyusuan!

0
Your Cart