Uncategorized

Rahsia sedondon di hari raya

Assalammualaikum WBT.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam di seluruh dunia. Raya ke 4 baru boleh update entry. Meriahnya raya kali ini, semua sedondon adik beradik. Buka facebook sangat seronok bila melihat kawan- kawan upload gambar baju raya sedondon.

Selepas mendirikan rumahtangga, barulah rasa setiap kali raya hendak sedondon dengan suami dan anak. Semasa muda remaja dulu tidak pernah ada kemahuan ingin sedondon, maklumlah citarasa adik beradik ini lain- lain walaupun kitaorang dilahirkan rapat- rapat. Sudahnya masa shoping raya, kami yang pilih sendiri, ayah dan emak cuma bayarkan sahaja.

Penerangan daripada fb Warga Prihatin ini menjelaskan apakah hukum budaya sedondon ini dalam islam. Jom kita baca.

ROH ISLAM DALAM BUDAYA SEDONDON

11737942_10154043819752786_1293528232959986939_n

Sepanjang raya timeline dipenuhi dengan posting gambar-gambar famili berpakaian sedondon. Tidak ketinggalan pelbagai fesyen canggih dan warna diperagakan. Semuanya kelihatan kemas dan cantik belaka apabila sudah sedondon semuanya. Sedondon dalam Bahasa Melayu dipanggil seragam. Dalam bahasa Arab dipanggil SAWASIAH. Si pemakainya dipanggil MUSAWWIMIIN, iaitu orang-orang yang diSAWASIAHkan.

Apa sahaja rupa pakaian, suara atau gerak laku memang akan nampak cantik apabila sudah sedondon. Dalam ibadah besar seperti haji dan umrah juga Allah tetapkan pakaian IHRAM yang sedondon. Rahsia kemenangan Nabi SAW dalam peperangan juga kerana pakaian sedondon.

Dalam alQuran, MUSAWWIMIN ada Allah kaitan dengan ciri malaikat yang terkenal dengan kepatuhannya terhadap segala perintah Allah tanpa banyak soal sepertimana perangai syaitan. Selain tidak membantah, Malaikat juga berbuat tanpa kepentingan diri sama sekali. Sebab itu malaikat dikatakan tidak makan dan tidak minum.

Itulah ciri utama yang harus kita terapkan dalam budaya musawwimiin. Masing-masing menetapkan ciri sedondon itu melalui musyawarah dan kemudian mematuhinya dengan satu faham. Itu juga melambangkan penyatuan hati yang telah Allah tetapkan untuk umat Islam. Alhamdulillah sudah 10 tahun budaya ini diterapkan di RPWP.

TRADISI SEDONDON ORANG LAMA DAN BUDAYA GOTONG ROYONG

Budaya sedondon sangat terkenal zaman dahulu. Waktu itu tidak banyak butik dan tukang jahit, terutamanya penduduk kampung di pendalaman. Budaya ‘kuih tunjuk’ juga tidak banyak. Semua pakaian dan kuih raya dibuat sendiri oleh suri rumah. Dodol yang perlu dikacau hampir 10 jam contohnya dibuat penduduk kampung secara gotong royong.

bakar-lemang
Semua persiapan raya itu menjadi tradisi yang unik. Di samping sedondon, ia juga menjimatkan kos apabila pembelian kain ela disatukan. Adakalanya bukan sahaja untuk membuat baju seisi keluarga, malah ada yang disatukan ke peringkat sepupu sepipit dan jiran tetangga.

Dalam proses pembikinan, ibu-ibu dan anak-anak nisak semuanya berganding bahu. Yang betul-betul tidak tahu menjahit dan buat kuih akan sibuk belajar dengan jiran tetangga. Semua itu mewujudkan suasana kerjasama dan muafakat dalam masyarakat mereka. Akhirnya bukan sahaja pakaian, malah makanan pun ada yang disatukan melalui aktiviti gotong royong itu.

PERUBAHAN BUDAYA

Sekali air bah, sekali pasir berubah. Apabila sosioekonomi berubah, anak-anak Melayu sudah mula bergaji besar, atau berjaya dalam perniagaan lalu situasi berubah sedikit demi sedikit. Menjelang raya terlalu banyak tawaran kuih muih dan biskut raya dijual. Ibu-ibu di kampung pula sudah semakin tua.

Atas niat baik anak-anak yang berjaya mula sponsor kuih dan pakaian raya. Kasihan pada ibu bapa di desa lalu semuanya diminta beli sahaja. Sampaikan dodol, lemang, ketupat pun dibeli juga. Akhirnya generasi muda kini tidak kenal buluh lemang, bagaimana mencari daun pisang dan bagaimana menyediakan beras lemang.

Budaya menganyam ketupat, mengacau dodol, wajik, menggoreng tumpi dan tempeyek, membakar kek, kuih bangkit, semperit dan lain-lain semuanya hilang sedikit demi sedikit. Akhirnya anak-anak generasi kini tidak lagi tahu bagaimana mengolah semua tradisi itu.

KESIMPULAN

Dalam mengenakan pakaian sedondon, atau apa sahaja yang terkait dengan keseragaman atau budaya musawwimin ini, masing-masing ahli keluarga akur dengan ketetapan pengatur. Daripada dalam keluarga kecil hinggalah muafakat di kalangan jiran menetapkan ia melalui budaya syuro dan tolak ansur.

Selain budaya sedondon dan bergotong royong, orang dahulu juga sambut raya dengan budaya marhaban. Dibuat penggiliran sehingga hampir sebulan penuh untuk berziarah secara berkumpulan ke rumah-rumah penduduk kampung. Yang berada akan memberikan sedekah kepada kumpulan marhaban dan hasil terkumpul dibahagi rata dengan ahli kumpulan. Dahulu tiada budaya ANGPAU.

budaya-duit-raya

Biarpun orang lama tidak kaya seperti kita sekarang, namun dengan budaya gotongroyong dan sedondon itu semuanya berkat. Sedikit tetapi mencukupi. Semua ahli menghayati dan mensyukuri apa yang mereka tetapkan dan hasilkan sendiri. Itulah antara spirit ISLAM yang telah sekian lama luput dari budaya masyarakat Islam sendiri.
Tahniah kepada ketua keluarga yang berjaya menerapkan semula budaya sedondon.

Semoga kita mampu menyatukan hati ahli keluarga yang sedang diasak dengan pelbagai fesyen dan budaya pelik-pelik untuk kembali bersatu memakai pakaian sedondon tradisi raya. Semoga ia benar-benar dapat dihayati untuk menyatupadukan hati-hati yang semakin berpecah belah sekarang ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kenapa Arjuna Beta Tak Dapat Masuk Final?

As salam semua pembaca setia ibudoakan.com. Harapnya masih belum jemu dengan apa yang Ibu sajikan buat para ibubapa sekalian.

Siapa tengok AJL semi final malam tadi? Sesiapa yang membaca kisah disebalik airmata Fynn Jamal ini pastinya kecewa kerana lagu Arjuna Beta tidak layak masuk final kan? Sejujurnya Ibu tidak menyaksikan semi final malam tadi tapi melalui group whatapps sekolah Ibu dapat mengetahui senarai 12 lagu yang layak.

Dalam list tersebut tiada Fynn Jamal, tiada Arjuna Beta. Sedih  kan? Lagu yang telah menyentuh hati hampir 30ribu kaum ibu di Malaysia tidak berjaya ke final dan menjadi juara. Tapi tak apa, lagu Arjuna Beta lagu yang menjadi JUARA di dalam hati nurani ibu- ibu semua.

Kita tinggalkanlah pasal Arjuna Beta tu. Jom tonton video ini dulu:

 

Sweet kan suami isteri ni kan? Berganding bahu dalam menjayakan misi penyusuan anak secara EBM. Apabila ibu memberi anak melalui EBM, apa yang diperlukan ialah TENAGA yang super duper extra. Berbagai cara terutama dari segi pemakanan patut dicuba untuk memberi anak susu badan.

Dan salah satunya seperti Puan Dilla Jalil seperti dalam video di atas. Puan Dilla menggunakan makanan tambahan shaklee dalam menjayakan misinya. Anda pula bagaimana? Jom kongsi di ruangan komen.

Pengedar suplemen

Dengan kualiti produk yang terjamin, Ibu sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap daerah dan kampung- kampung seluruh Malaysia, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi Ibu jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan! 017 508 2443.

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Pengedar Shaklee Alor Gajah, Melaka, Tampin

Pengedar-shaklee-alorgajah-melaka-tampin
Pengedar Shaklee Melaka
Saya Nuralisa bt Sazali,30 tahun..saya surirumahtangga sepenuh masa..mempunyai 2orang anak perempuan..suami bekerja sebagai pemandu lori..kehidupan kami sederhana..selalu menghadapi masalah kewangan tak mencukupi..
Tambahan anak yg bersekolah..saya risau akan masa depan anak-anak..saya juga mempunyai impian seperti orang lain..mempunyai rumah besar,kereta mewah,ada simpanan yang kukuh..
Saya pernah mencari alternatif untuk menambah pendapatan keluarga..tapi memerlukan modal yang besar..terbantut usaha saya..suatu hari terjumpa dengan kawan sama sekolah..dalam seronok bercerita dia bagi tahu pasal satu produk kesihatan dan supplement..shaklee..
Saya berminat dan terus menjadi ahli shaklee..dengan modal Rm65 sahaja..shaklee ada kumpulan tersendiri..mereka akan membimbing kita,tak akan biarkan kita sendirian..saya didedahkan dengan kejayaan2 ahli shaklee yang sudah jadi jutawan..bertambah teruja dengan shaklee..dengan shaklee saya nampak jalan untuk mengubah nasib keluarga saya..saya akan terus dengan shaklee dan akan terus berusaha..insyaallah..
Saya boleh dihubungi melalui sms/ whatapp 0176171265
COD sekitar Alor Gajah, tampin dan Melaka

Pengedar Shaklee di Kuantan, Pekan, dan Kemaman

 

Pengedar Shaklee di Kuantan, Pekan, dan Kemaman

Pengedar Shaklee Kuantan, Pekan dan Kemaman
Pengedar Shaklee Kuantan, Pekan dan Kemaman

Nama saya Aisyah binti Abdul Madul

Saya mengenali Shaklee sejurus selepas menghabiskan pantang sewaktu melahirkan. Sepanjang tempoh berpantang selama dua bulan, saya hanya memberikan susu badan kepada bayi saya.

Apabila sudah kembali bekerja, saya cuba memberikan susu formula kepada bayi. Namun begitu, saya dapati bayi saya sentiasa menolak susu formula tersebut. Oleh itu, saya terpaksa juga memberikan susu badan supaya tumbesaran bayi saya tidak terganggu.

Walau bagaimanapun, lama kelamaan saya dapati susu badan saya semakin berkurangan dan bayi juga cepat berasa lapar. Sehinggalah pada suatu hari saya melihat sesuatu di facebook kawan saya iaitu ESP Shaklee. Selepas sebulan menggunakan ESP saya berasa susu badan saya lebih meriah, lebih pekat dan bayi saya cepat kenyang. Tidur malamnya juga tidak terganggu.

Saya juga dinasihati supaya mengambil ESP tersebut bersama-sama Alfalfa Complex. Alhamdulillah, hasilnya juga sangat memuaskan. Selain itu, saya turut mencuba vitamin Lecithin untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan.

Walaupun berat badan saya tidak bertambah dengan mendadak, tetapi dengan pengambilan ketiga-tiga produk ini saya berjaya mendapatkan berat badan yang dikehendaki. Dahulu sebelum berkahwin saya menghadapi masalah jerawat dan parut jerawat yang agak teruk. Tetapi sekarang tidak lagi kerana protein ESP juga berfungsi untuk kecantikan wajah. Saya sangat berpuas hati dengan keadaan muka saya sekarang. ESP juga sangat membantu saya ketika berpuasa.

Dengan pengambilan setiap pagi semasa bersahur, saya masih kekal bertenaga sehingga waktu berbuka kerana ESP memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang agak lama.

Saya juga turut mengesyorkan pengambilan Alfalfa Complex kepada suami saya. Ini kerana suami saya merupakan penghidap resdung yang agak serius. Selepas pengambilan Alafalfa selama hampir 3 bulan saya dapati suami saya mula serasi dan berpuas hati. Penyakit resdungnya juga dapat dikawal walaupun tidak hilang seratus peratus.

Saya dihubungi secara sms/ whatapp 0167253423

fb : Aisyah Abdul Madul

email : rajiman84@yahoo.com

0
Your Cart