Darah tinggi semasa hamil boleh menjejaskan nyawa bayi dan ibu

Darah tinggi atau hipertensi dialami antara 5 hingga 10 peratus dikalangan wanita hamil.Peratusan ini mungkin lebih tinggi di kalangan wanita asia oleh sebab faktor genetik. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menyebabkan preclampsia.  Penyakit ini bukan hanya memberi kesan kepada tekanan darah tinggi namun turut memberi kesan pada buah pinggang, otak dan organ penting dalam tubuh.

darah-tinggi

Justeru check up air kencing amatlah perlu dijalani oleh ibu hamil. Hal ini adalah demi mengesan kerosakkan buah pinggang dengan lebih awal. Kesannya pula boleh menyebabkan ibu terkena sawan dan menyebabkan kematian pada bayi atau si ibu.

Punca hipertensi semasa hamil

  • Kehamilan pada wanita berusia 35 tahun dan ke atas
  • Mempunyai sejarah penyakit darah tinggi sebelum hamil
  • Wanita yang selalu kena migrain
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga terdekat yang kena darah tinggi semasa hamil
  • Memiliki fizikal yang terlalu kurus dan terlalu rendah
  • Wanita yang hamil kembar

Pemeriksaan berkala

Wanita yang ada darah tinggi semasa mengandung perlu menjalani pemeriksaan tekanan darah secara berkala di klinik selepas bersalin. Biasanya tekanan darah tinggi akan kembali normal selepas 6 minggu tempoh berpantang. Amalkan supplemen semasa hamil yang selamat dan semulajadi.

Kesan pada bayi

Berlaku ‘placental abruption’ berikutan pengasingan placenta dari dinding rahim sebelum bersalin yang mana menyebabkan pendarahan faraj dan pendarahan dalam badan yang mendorong kepada kes kematian dan kecacatan bayi

Pertumbuhan dalam rahim yang terencat yang mana berikutan pencerutan salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi. Tumbesaran bayi akan terencat menyebabkan berat badan bayi ringan. Bayi memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan incubator selepas dilahirkan.

PREMATURE-BABY

Kelahiran pramatang boleh berlaku berikutan kelahiran yang mendadak. Kelahiran elektif pramatang kadangkala dilakukan untuk mengelakkan ibu dan bayi mendapat komplikasi. Kadangkala bayi akan melepaskan najis sebelum sempat dilahirkan, penyedutan najis oleh bayi itu sendiri akan berlaku menyebabkan kerosakan paru-paru.

Kesan kepada ibu

  • Kadangkala boleh membawa kepada kematian atau koma jika berlaku keadaan ‘eclampsia’ (tidak boleh bergerak) yang mana disebabkan oleh pembengkakan dibahagian otak (cerebral oedema).
  • Berlaku stroke jika terdapat pendarahan dibahagian otak.
  • Kegagalan hati.
  • Pembengkakan hati 
  • Kegagalan hati.

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung, ikuti segala nasihat doktor dan sila mengambil langkah berjaga- jaga seperti sediakan keperluan bayi sebelum bersalin dan dalam kereta.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1 Comment

Produk Kami

Previous
Lansing dalam masa 7 hari. Jom cuba menu ni
Darah tinggi semasa hamil boleh menjejaskan nyawa bayi dan ibu

0
Your Cart