Disebalik check up di klinik semasa hamil yang patut anda tahu

Sebaik sahaja disahkan hamil, rutin pemeriksaan antenatal perlu dilakukan. Jangan sesekali culas kerana ia banyak membantu anda memantau kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan. Walaupun ianya sedikit sebanyak mengganggu mood untuk sehari, namun ianya sangat perlu untuk menjaga ibu dan bayi.

1. Timbang berat badan

timbang-berat-badan

Setiap kali pemeriksaan antenatal, timbangan berat badan akan dilakukan. Ini bagi memastikan berat badan anda terkawal dan berada dalam skala normal iaitu pertambahan antara 10 hingga 20kg sepanjang kehamilan. Jika berat badan anda kurang, ini mungkin menunjukkan bayi kurang mendapat nutrien yang mencukupi. Berat berlebihan pula boleh menunjukkan anda mungkin pengidap diabetis semasa mengandung

2. Ukuran tinggi

Ketinggian anda hanya diukur sekali sahaja iaitu ketika pertama kali membuka buku merah. Ia di ambil bagi mendapatkan gambaran awal mengenai saiz awal pelviks anda. Ukuran ini penting kerana saiz pelviks yang kecil akan mengganggu proses kelahiran bersalin dan doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani pembedahan semasa bersalin.

3. Pemeriksaan tekanan darah

cek-darah-tinggi

Pemeriksaan ini turut dilakukan setiap kali anda melalukan check up rutin. Ia dilakukan bagi memantau sebarang perubahan dalam tekanan darah. Tekanan darah yang normal sewaktu hamil ialah 120/70. Jika tekanan darah melebihi 140/90 doktor akan memberi perhatian khusus kepada kehamilan anda supaya tidak memudaratkan bayi dalam kandungan.

4. Ujian air kencing

Air kencing perlu diambil untuk diuji setiap kali pemeriksaan antenatal. Ini bertujuan untuk mengesan pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan rapi seperti gula, protein, nanah, darah dan sebagainya. Kewujudan gula dalam air kencing  merupakan tanda anda mengidap kencing manis atau diabetes.

Kehadiran protein pula dapat menunjukkan adakah buah pinggang anda berfungsi dengan baik atau tidak. Malah perlu diketahui protein yang banyak boleh menyebabkan anda mengidap penyakit darah tinggi.

5. Ujian darah

Kadang- kadang rasa tertekan kerana selalu diambil darah apabila setiap kali diperiksa. Kali pertama ia diambil bagi mengetahui kumpulan darah, rhesus darah dan kekebalan tubuh anda terhadap rubella. Antara lain, ujian darah juga dapat mengenalpasti sebarang risiko terhadap penyakit lain seperti siflis, hepatitis B dan HIV.

Ia juga memang diwajibkan untuk mengetahui paras hb darah dalam badan. Jika rendah, vitamin untuk naikkan hb diberikan.

6. Ujian imbasan

scan-bayi

Ketahuilah setiap ujian ultrasound bukan hanya sekadar untuk mengetahui jantina bayi. Ia lebih daripada itu. Ujian ini penting bagi membolehkan doktor mengetahui berapa saiz rahim anda, menjangka usia dan saiz kandungan, meneliti perkembangan bayi serta mnengenal pasti sebarang kecacatan yang mungkin ada pada bayi dalam kandungan.

  • Minggu ke 8 hingga 11: Imbasan trimester pertama dilakukan bagi menentukan usia bayi
  • Minggu 18 ke 22: Dilakukan bagi mengetahui usia sebenar bayi, bilangan bayi atau kecatatan yang mungkin ada pada bayi.
  • Minggu ke 28: Imbasan dilakukan bagi mengenalpasti perlekatan uri
  • Minggu 32- 34: Imbasan dijalankan bagi menilai perkembangan bayi dan jumlah air ketuban.

7. Pemeriksaan pergelangan kaki

bengkak-kaki-semasa-hamil

Bengkak di kaki atau kaki sembab menjadi petanda tekanan darah tinggi dan kencing berprotein. Oleh kerana itulah bahagian ini diperiksa setiap kali pemeriksaan antenatal dilakukan bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa bersalin.

8. Kekerapan pemeriksaan

  • Setiap bulan: selepas disahkan hamil sehingga kandungan berusia 7 bulan.
  • Setiap 2 minggu: pada bulan ke 8 kehamilan
  • Setiap minggu: pada usia kandungan 9 bulan dan ke atas.

 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
10 perkara tentang kulit bayi baru lahir yang patut anda tahu
Disebalik check up di klinik semasa hamil yang patut anda tahu

0
Your Cart