Essential oil bantu kawal tantrum anak

Anak kecil Mengamuk

Kita biasa lihat di pasaraya, pasti ada adegan anak kecil menangis sambil menghentak kaki sehingga berguling-guling di atas lantai. Ada juga yang menjerit-jerit selagi kemahuan mereka tidak dituruti. Nak tak nak, ibu bapa terpaksa mengikut kehendak anak dek kerana malu dengan pandangan dan label orang sekeliling.

Bagi yang mempunyai anak kecil pula, banyak aktiviti harian yang terpaksa ditangguhkan demi menjaga si kecil yang sentiasa merengek dan tidak selesa. Bila diperiksa pampers nya, semua ok. Perut pun tak kembung, susu pun sudah diberi. Jadi, apa yang tidak kena dengan si kecil kita ni? Buntu memikirkan apa lagi yang harus dilakukan untuk buat si kecil lebih selesa.

kontrol marah

Tantrum boleh berlaku apabila anak berada dalam emosi yang tidak stabil. Ia adalah cara untuk anak mengekspresikan perasaan mereka. Ramai ibu bapa yang mengeluh, malu, marah, sedih, dan kecewa bila menghadapi anak yang sedang tantrum.

Di tambah pula bila ada orang sekeliling yang mula melabel anak kita sebagai ‘nakal’ dan ‘tak mendengar kata’ disebabkan masalah tantrum yang sukar dikawal.

Ikhtiar

Jangan sedih! Sebagai ibu bapa, ikhtiarlah yang terbaik untuk anak-anak kita. Belajarlah mengawal emosi anak, tetapi dalam masa yang sama kita tidak terlalu mengikut kehendak mereka.

Selain faktor emosi, anak juga boleh jadi tantrum kerana sarafnya yang terlalu aktif. Mereka jadi tidak selesa tanpa sebab yang khusus. Ini kerap berlaku kepada anak kecil. Essesntial oil adalah antara salah satu penyelesaian terbaik yang boleh diberikan kepada anak kita.

Kebelakangan ini, essential oil semakin menjadi buah mulut kerana kelebihannya yang sangat banyak. Ia bukan sahaja digunakan untuk kesihatan tubuh badan malah turut digunakan untuk menguatkan emosi tenang, melegakan stress, serta mengatasi trauma.

Mengapa essential oil?

Walaupun essential oil mempunyai aroma tetapi ia bukan minyak wangi. Ia merupakan bahan ekstrak daripada tumbuhan dalam bentuk cecair yang sangat pekat dan mudah meruap.

Di dalamnya mengandungi bahan kimia aktif yang sangat baik untuk kesihatan badan serta bermacam lagi fungsi-fungsi lain.

Molekul essential oil adalah sangat halus dan mudah diserap masuk ke dalam salur darah, membolehkannya dibawa ke seluruh badan dan juga otak bagi memberikan kesan yang diingini.

Oleh sebab itu, essential oil ini hanya perlu di sapu pada tempat-tempat tertentu sahaja contohnya seperti di kawasan nadi dan di tempat yang berkulit nipis supaya ia lebih mudah diserap dan memberikan kesan dengan lebih cepat.

Lebih menarik lagi, essential oil mampu merangsang ‘amigdala’ iaitu bahagian otak yang dipanggil ‘pusat emosi’ di mana semua emosi (sedih, marah, kecewa, gembira) disimpan.

Keadaan seperti mudah cemas, kemurungan, autisme, fobia, dan lain-lain sering dikaitkan dengan fungsi amigdala yang terganggu akibat pelbagai sebab.

Jadi, dengan menghidu atau menggunakan essential oil ini, ia akan membantu unutk melegakan ketakutan, tekanan, trauma, serta menaikkan mood dan minda yang lebih positif.

Oleh itu, essential oil boleh digunakan sebagai salah satu alternatif untuk mengawal anak-anak yang kuat merajuk, mudah dan kerap tantrum, hiperaktif, autisme, trauma dan lain-lain.

Hakikatnya, kesihatan emosi adalah sangat penting. Anak yang bahagia dan stabil emosinya pasti lebih mudah untuk diurus dan lebih bijak dalam menangani masalah.

Mereka mudah untuk membawa diri dan lebih bersikap empati.

Dapatkan eo untuk kawal anak tantrum dalam bentuk balm. calit- calit je anak dah tenang. Boleh lihat perkongsian dari ibu dan ayah yang berpengalaman menggunakan balm ini untuk anak mereka yang tantrum teruk di page ibudoakan.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1 Comment

Produk Kami

Previous
Punca Anak Mengamuk (tantrum)
Essential oil bantu kawal tantrum anak

0
Your Cart